Raya Tahun 2020 Yang Penuh Beza Tetapi Masih Meriah
Assalamualaikum... hai semua orang!
Tahun 2020 seluruh dunia dilanda pendemic Covid-19. Sambutan Hari Raya juga berbeza tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Ingat lagi masa seminggu sebelum raya sentiasa menanti arahan dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang syarat-syarat atau kelonggaran yang boleh dan tidak boleh dibuat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB termasuklah menunggu arahan sambutan hari raya nanti.
Alhamdulillah, PM kita sangat baik hati memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia boleh sambut Hari Raya AidilFitri pada hari PERTAMA Sahaja. Walaupun dapat beraya pada hari pertama Syawal sudah cukup gembira buat kami sekeluarga.
Malam raya kami hidupkan suasana raya dengan memasak rendang ayam dan kuah lodeh. Memasak sambil dengar lagu-lagu raya yang berdendang di kaca televisyen begitu mengasyikkan. Siap sahaja memasak kami kemas rumah pula. Perasaan teruja nak sambut raya memang lain macam tahun ni.
Keesokkan pagi, siapkan anak-anak dengan pakaian kebaya mereka yang Fara beli secara online. Bertemakan baju raya berwarna pink menjadi pilihan kami sekeluarga. Anak-anak kelihatan sangat cantik dan comel dengan rona pink tersebut. Entah kenapa Fara memilih warna pink pada tahun ini. Mungkin kerana anak-anak suka dengan warna pink? atau belum ada lagi baju raya warna pink? Masih menjadi tanda tanya. hehe!
Beli Baju Raya Di Minimalace
Telah menjadi rutin setiap tahun, Fara akan membeli pakaian raya sedondon untuk keluarga. Kebiasaanya, Fara akan beli baju di butik-butik atau kedai pakaian yang menjual baju raya sedondon. Tentang harga Fara tidak kisah asalkan baju raya tersebut berkualiti tinggi. Fara juga tidak kisah membeli baju yang branding atau tiada branding asalkan pakaian tersebut selesa dan sedap dipakai.
Tahun ni perasaaan nak beli baju raya di kedai terpaksa dibatalkan atas faktor pendemic Covid-19. Tapi itu bukanlah halangan untuk tidak membeli baju raya. Banyak butik-butik dan kedai pakaian menjual pakaian mereka secara dalam talian (online) sewaktu bulan Ramadan. Jadi, baju raya tahun ini semua Fara beli online. Alhamdulillah baju dapat dalam tempoh yang diharapkan.
Dipendekkan cerita, teringat baju raya dari MINIMALACE yang menawarkan koleksi baju raya yang sangat cantik dengan design yang menarik. Fara memang follow Instagram Minimalace ni dari dulu lagi. Special nya baju raya Minimalace dari pandangan peribadi Fara, butik ni mempunyai koleksi baju yang up to date dan trendy. Design baju juga tidak bosan dipandang. Orang kata 'sekali pandang terus jatuh cinta'.
Buka laptop terus cari website Minimalace untuk melihat segala koleksi baju raya tahun 2020.
Design lebih RARE dan MEWAH.
Minimalace menawarkan koleksi terbaru meraka kali ni tampil dengan design lebih RARE dan MEWAH. Rekaan moden, tapi minimalis menjadi pilihan untuk Fara kerana di samping mahu tampil ringkas, busana sebegini sesuai dijadikan pilihan ke kenduri kahwin mahupun event lain. Minimalace sememangnya menepati citarasa baju raya tahun 2020. Gambar dibawah merupakan salah satu koleksi LOVE RAYA COLLECTION dari Minimalace. Cantik tak?
Website : https://minimalace.com/
Instagram : https://www.instagram.com/minimalace/
Beli Design EMELDA di Minimalace
Bila lihat satu persatu koleksi design dari Minimalace terus jadi rambang mata tak tahu mana satu nak pilih. Jadi, Fara minta tolong husband untuk pilihkan baju dan akhirnya dia memilih design EMELDA untuk Fara.
Design Emelda ni nampak anggun dan sesuai untuk wanita yang tinggi. Rona gold pada busana ini juga sangat cantik dan nampak ekslusif. Takut sebenarnya nak pakai design macam ni. Risau tak sesuai. hehe
ni baju emelda dari minimalace pilihan husband |
Maka, inilah hasilkan seketol Fara memakai design Emelda dari Minimalace. Alhamdulillah selesa pakai dan material kain tidak panas sesuai dengan cuaca kat Malaysia. Oh ya, baju Emelda tidak melekap pada badan dan tidak mudah renyuk "ironless"
Dalam pada berfesyen dan raya, ada 1 element penting yang perlu kita tahu iaitu cari baju yang Wudhuk Friendly. Baju Emelda ni ada zip di pergelangan tangan yang memudahkan kita mengambil wudhuk. Memang tepatlah pilihan husband memilih design Emelda untuk Fara. TQ husband! 💗
Itu sahajalah perkongsian Raya tahun 2020 dari Fara. Korang pula macam mana raya tahun ni? Diharap semuanya baik-baik belaka. Semoga virus Covid-19 cepat reda.. amin inshaAllah.
Kepada korang yang mencari baju raya trendy dan nak cuba koleksi baju raya dari Minimalace boleh terus ke laman sesawang mereka ok!
Instagram : https://www.instagram.com/minimalace/
Facebook : https://www.facebook.com/MinimaLace1/
Alamat Butik :
Minimalace Shah Alam
No 33A, Jalan Plumbum P7/P Section 7
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Operation hours:
Tuesday - Friday : 11am - 7pm
Saturday - Sunday : 10am - 7pm
Close every Monday.
Alamat Butik :
Minimalace Shah Alam
No 33A, Jalan Plumbum P7/P Section 7
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Operation hours:
Tuesday - Friday : 11am - 7pm
Saturday - Sunday : 10am - 7pm
Close every Monday.
cantik baju fara..:)
BalasPadamWhoaaa, canntikk...i am pink lover tooo! Heheeee
BalasPadamAmin, moga covid 19 ni hancurrr segera........
Berseri-seri satu family. Next raya nak cari baju kat Minimalace jugak la..
BalasPadam