Beli Pokok Murah di Palace Rose Floriculture (Setia Alam)

7/03/2020 10:39:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hai semua orang!

Tidak dapat dinafikan tanaman dalam rumah atau indoor houseplant dapat membantu menyerikan lagi suasana rumah.  Pernah dengar orang kata "Pokok membawa kehidupan ke dalam rumah"? Fara sendiri percaya bahawa kehadiran pokok dalam rumah sangat memberi kelainan pada suasana dalam rumah.


Walaupun ada sesetengah kita yang kurang mahir menanam pokok dan ada juga mereka yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi tumpuan kepada tanaman ini. Jangan risau, ada jenis pokok indoor plant yang mudah ditanam. Malah, di antara jenis-jenis pokok ini, ada yang mempunyai fungsi tersendiri seperti menyimpan air dan mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran rumah. Pokok-pokok ini juga datang dalam pelbagai bentuk, rupa, saiz dan warna!

Beli Pokok Murah di Palace Rose Nursery (Setia Alam)

Bila dah minat dengan tumbuhan pastinya kita akan mencari dan survey Nursery terbaik di sekitar kawasan tempat tinggal kita bukan? Fara pernah survey pelbagai jenis nursery tapi kebanyakkan rakan-rakan semua kata di Sungai Buluh murah. Jauh sangat dari lokasi Fara sekarang

Dipendekkan cerita kelmarin ada perasan di Setia Alam ada nursery pokok yang baharu sahaja buka. Sebelum ni lokasi tu kosong. Fara singgah untuk cuci mata. Lokasi nursery di kawasan DOMINOS Setia Alam ya. Kawasan Nusery sangat besar dan luas. Memang rambang mata dibuatnya. 

Landmark Nursery Setia Alam : dekat Tesco. Berdepan Proton/ Office Eco World

Pelbagai jenis pokok indoor, sayur, baja, benih dan tanah ada disini. Pada peminat pokok jangan lepaskan peluang untuk dapatkan segala jenis pokok anda. Sangat berbaloi.

Jom cuci mata tengok sekitar dalam nursery : 









Nama Nursery : Palace Rose Nursery (Setia Alam)
Waktu operasi : 8.30am-6.00pm




You Might Also Like

0 KOmen: