Bersantai di Sarang by the brook, Selangor

7/21/2020 01:34:00 PTG Fara Lumière 1 Comments

Assalamualaikum.. hai semua orang!

Mencari penginapan untuk bersantai bersama keluarga tercinta sambil boleh mandi pool dan bbq? Nah Sarang By The Brook adalah jawapannya.

Disini juga pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti mandi air terjun, buat fam day & bbq

Bagi mereka yang inginkan kelainan, menginap di homestay Sarang by the Brook yang berhadapan dengan swimming pool. Buka saja pintu terus terjun kolam... Nak mandi malam malam pun boleh...


Sekali-sekala seronok juga kalau bawa anak-anak pergi holiday, tapi malas nak pergi jauh-jauh memang Sarang By The Brook la menjadi pilihan. 

Sarang by the brook yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor ini menawarkan tempat penginapan yang cukup unik dan menarik buat para pengunjung. Rata-rata ia menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik dan tidak jauh dari bandar, namun tetap aman dan tenang. Dengan konsepnya yang segar, urban dan ala hipster, anda pasti terpukau dan dapat memenuhi akaun Instagram dengan pelbagai gambar menarik.



Pandang sahaja sudah tahu ia Selesa dengan rekabentuk dalaman yang cukup unik dan moden. Yang paling menarik, tentulah kolam renang yang pasti membuat anak-anak tak sabar untuk mandi-manda.

Kawasan sekitar sini juga luas dan sesuai untuk majlis reunion, family gathering, dan sebagainya.




Bagi anda yang inginkan lari daripada keserabutan kota raya dan kembali ke persekitaran alam semulajadi, cubalah menginap di Sarang By The Brook. Dengan harga penginapan bermula RM180, ianya menawarkan sebuah pengalaman yang indah dan luarbiasa, jauh dari kesibukan kotaraya.


Lokasi Sarang By The Brook :

📍 Sarang By The Brook, Jalan Seruling 20, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
FB : Sarang by the brook (Facebook)



You Might Also Like

1 ulasan: