Resepi Cheesekut Leleh banjir

10/20/2020 08:19:00 PTG Fara Lumière 3 Comments

Sesekali memang teringin nak makan pencuci mulut yang enak. Nak beli malas, tapi bila nak buat macam tak rajin pulak. Yalah, bukannya senang nak baking kalau tak ada skill. Nanti dah penat buat tak jadi pula. Dah kempunan dibuatnya…

Tapi mesti ramai yang pandai dan suka buat kek batik sebab ianya amat mudah. Tak perlu sukatan tertentu, tak perlu mixer, dan tak perlu oven. Kalau nak sedikit kelainan, cuba buat kek batik versi cheese yang orang panggil cheesekut ini. Jom tengok cara buat di bawah

BAHAN BAHAN :

👉 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
👉 1/2 tin susu pekat
👉 1/4 cawan susu segar
👉 250g cream cheese Tatura
*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)



CARA BUAT :

1. KISAR BAHAN

Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati.Nak guna mixer pun boleh.



2. RENDAMKAN BISKUT

Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.



3. LAPIS-LAPISKAN

Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.

Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.

4. LETAK TOPPING

Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.



5. SEJUKKAN

Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Sedapnya!


Kalau jenis suka jenis ‘banjir’ dan ‘meleleh’, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut ini.

Lain-lain bahan pun boleh ditambah ikut kreativiti masing-masing. Mudah sangat dan gerenti menjadi.

Selamat mencuba!

You Might Also Like

3 ulasan:

  1. lama dah takbuat, sejak sejak krim cheese susah nak cari

    BalasPadam
  2. sedap tapi berharap ada orang buatkan..hahaha

    BalasPadam