Resipi Sosej Coney ala-ala A&W
Coney sosej ala A&W atau bahasa Melayunya, roti sosej bersalut sos daging cincang. Teringin nak makan A&W tapi rasanya boleh buat sendiri je kat rumah. Jimat masa dan boleh dibuat banyak untuk minum petang.BAHAN-BAHAN:
Roti sosej
Sosej
Daging kisar lembu
sebiji bawang holland
3 ulas bawang putih
sebiji tomato
5 biji cendawan butang
2 sudu serbuk cili
2 sudu sos tomato
2 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk lada hitam
Sosej
Daging kisar lembu
sebiji bawang holland
3 ulas bawang putih
sebiji tomato
5 biji cendawan butang
2 sudu serbuk cili
2 sudu sos tomato
2 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk lada hitam
CARA PENYEDIAAN:
- Mula-mula potong & cincang separuh bawang holland, bawang putih, sebiji tomato & cendawan butang. Tomato tu rebus dulu sebab nak buang kulit dia & isi tengah.
- Daging kisar tu jangan lupa basuh dulu. Boleh basuh dengan gandum pastu sejat daging kisar tu untuk buang air.
- Kemudian tumis sekejap bahan-bahan yang dipotong cincang tadi tu dengan minyak panas dan masuk kan daging kisar yang disejat.
- Lepas tu, masukkan serbuk cili, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari dan lada hitam seperti dalam resepi tu.
- Tambahkan secawan air. Jangan lupa sedikit garam & gula untuk bagi secukup rasa.
- Kacau hingga masak. Pastikan sambal tu tidak terlalu kering. Bila dah masak, biarkan seketika.
- Roti sosej tu kukus ye supaya nak bagi roti tu lembut. Dalam 1-2 minit macam tu.
- Sama juga dengan sosej. Kukus dalam 5 minit macam tu. Sosej tu pilih sosej pulut jumbo. Supaya rasa dia mewah sikit. Tak kisah pun sosej apa nak guna, terpulang. Dan sebelum kukus sosej tu, kelar/hiris dulu. Nak bagi dalam sosej tu masak sekali.
- Apabila semua dah selesai, letakkan sosej diatas roti, kemudian letakkan sambal daging kisar tu atas dia. Akhir sekali separuh lagi bawang holland tu potong dadu dan taburkan di atas sambal daging kisar tu. Kalau tak nak pun takpe.
- Sedia untuk dihidang. Kalau nak tambah cheese ke, letak sos cili ke, sos mayonis ke, pun boleh je takde masalah. Makan macam tu pun dah sedap dah.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Mohamad Fakhrul Aiman Via SMAHI
0 KOmen: