Beli Chalkboard Digital Murah di Selangor | Quokka Koala

11/04/2020 08:56:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Jika pada zaman dulu-dulu papan hitam adalah sinonim dengan sekolah. Ia merupakan alatan mengajar yang paling utama. Kini fungsi papan hitam di sekolah-sekolah sudah ditukar kepada papan putih yang menggunakan marker pen sebagai alat tulis. Namun begitu papan hitam ini tidaklah terus pupus. Ia kini digunakan dengan cara yang lebih kreatif. Dalam majlis perkahwinan, penggunaan papan hitam atau juga disebut papan tulis (orang putih kata chalkboard) secara kreatif dapat menampilkan dekorasi yang menarik.


Kebiasaannya, Chaklboard ini banyak kita nampak di acara-acara seperti wedding, event, seminar, pameran, dan lain sebagainya. Pernah tak kita tertanya kat mana tempat atau lokasi nak buat chaklboard ni? Atau jika kita jumpa sekalipun mesti harga chalkboard digital tu mahal. Jujur Fara cakap agak sukar nak cari kedai yang boleh buat Chalkboard digital di Selangor mungkin tak banyak advertising atau iklan dari mereka. 

Mengenai Quokka Koala

Untuk makluman, Fara buat digital chalkboard untuk Amira di QUOKKA KOALA. Quokka Koala ni merupakan personalised digital chalkboard yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Walaupun Quokka Koala agak baru ditubuhkan, mereka sangat pakar membuat digital chalkboard. Hasil kerja sangat memuaskan dan nampak kemas. Yang paling penting adalah, sangat mudah untuk berurusan dengan mereka sewaktu perbincangan nak buat design digital chalkboard. 



Digital Chalkboard Dari Quokka Koala Menjadi Penyeri di Hari Jadi Amira

Jika anda ingin berjimat dan bajet anda terhad, ‘kehadiran’ sekeping papan hitam (chalkboard) dengan lukisan menakjubkan sebenarnya sudah mampu membangkit seri majlis. Gabungkan Chalkboard Digital dengan butiran majlis, ucapan atau apa sahaja kata-kata manis yang pernah mewarnakan hubungan anda. Pasti konsep ini mampu menggamit memori.



Jika dilihat, Chalkboard Digital ni secara tidak langsung menjadi penyeri dalam majlis sambutan hari jadi Amira yang ke-3 tahun. Bagi Fara dengan adanya Chalkboard Digital ini, ia memberi fungsi sebagai elemen penting dalam sesebuah majlis sebagai contoh jika anda lihat tulisan di dalam Chaklboard Digital tersebut, ia ada menunjukkan butiran diri Amira untuk orang lihat dan kenal dengan lebih mendalam. 

Boleh Custom Made Design Digital Chalkboard Mengikut Citarasa

Ini yang paling Fara suka mengenai Quokka Koala. Masa Fara order kat Quokka Koala, staff dorang sangat peramah dan senang untuk berurusan. Fara hanya berikan contoh design selebihnya mereka yang uruskan. Andai kata masa mereka tunjukkan draft digital chalkboard ada yang kita ingin tukar atau tak berkenan, kita boleh suruh mereka edit sampai kita berpuas hati. 



Kalau berminat nak Digital Chalkboard macam ni boleh order di :

Facebook : https://www.facebook.com/quokkakoalainc/
Instagram : https://www.instagram.com/quokkakoalainc/
Whatsapp https://wa.me/60125630737   /   https://wa.me/60162822627



You Might Also Like

0 KOmen: