Hidangan Istimewa Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop KEMBALI!

12/18/2020 12:49:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum dan hai semua!

Siapa perut nasi kat sini? sehari tak makan nasi jadi tak keruan hidup. haha! Alang-alang tengah shopping kat Mall Fara suka makan lunch terus. Malas nak masak kat rumah. Penat! Perut Fara ni pula kalau tak makan nasi rasa tak kenyang. Kalau tak kenyang mulalah moody sepanjang hari. Jadi, setiap kali ada kat shopping mall Fara akan cari kedai yang jual nasi. Nak nasi sedap Fara suka makan kat The Chicken Rice Shop. yum yum... 

Tiba je kat The Chicken Rice Shop (TCRS) nampak menu akhir tahun yang paling popular iaitu Grilled Butter Chicken. Hidangan istimewa ini tersedia sehingga 17 Januari 2021 – khas untuk memuaskan selera rakyat Malaysia sambil memikat hati mereka dengan padanan yang sempurna. Haruslah cuba!


Sebagai salah satu hidangan yang paling dinanti-nantikan di TCRS, menu yang memukau ini sudah tentu menjadi idaman ramai lagi-lagilah bagi mereka yang ingin menikmati isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti memikat hati rakyat Malaysia! Serius sedapppp 😋😋

June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. TCRS sentiasa bersedia untuk menghidangkan menu popular ini setiap hujung tahun khas buat rakyat Malaysia.

“Mentega bukan hanya sebarang ramuan. Ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan, dan tiada kata dapat menggambarkan nikmat mentega. Saya pasti rakyat Malaysia akan jatuh cinta berulang kali dengan Grilled Butter Chicken.

“Kami terus berusaha untuk menyediakan makanan yang enak dan berkualiti. Itulah sebabnya menu ini menjadi pilihan ramai sekian lama. Hidangan istimewa akhir tahun ini sebagai tanda menghargai pelanggan kami.”

TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu citarasa tempatan seperti hidangan akhir tahun ini. 


Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang sempurna untuk mengakhiri tahun anda dan diharapnya mendatangkan permulaan penuh kesempurnaan bagi tahun yang akan datang ibarat padanan ayam dan mentega yang tiada tandingan.

CONTEST "Jadikan GBC JODOH anda"


Suka masuk contest? TCRS ada buat contest best taw.. Jom join contest GBC! Caranya mudah sahaja.

Kirimkan video anda yang menyatakan cintanya kepada Grilled Butter Chicken dengan mengikuti langkah-langkah di bawah. SEPULUH (10) Pemenang akan dipilih. Sertailah sekarang dan berpeluang untuk menang! 

Tempoh Peraduan: 16 Nov - 20 Dis 2020 

Langkah-langkah: 

1. Beli Ayam Mentega Grilled dari The Chicken Rice Shop, dan ambil gambarnya. 

2. Buka Cerita Instagram dan cari penapis "panggilan video palsu". 

3. Pilih penapis "panggilan video palsu" dan pilih pilihan "Tambah Media". Tambah gambar Ayam Mentega Bakar. 

4. Dengan menggunakan penapis "panggilan video palsu", beritahu Ayam Panggang Bakar yang anda suka. 

5. Muat naik video di akaun Facebook, Instagram, atau TikTok anda. 

6. Tag @thechickenriceshop dan tambahkan hashtag #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken pada siaran / cerita anda. 

Tetapkan siaran / profil anda kepada umum. Peraduan dijalankan di Instagram, Facebook dan TikTok. Terma dan syarat: https://www.thechickenriceshop.com/GBC20contest.pdf

Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi 

You Might Also Like

0 KOmen: