Sinopsis Drama Korea SWEET HOME

12/20/2020 03:15:00 PTG Fara Lumière 1 Comments

TAYANGAN HARI INI (Jumaat 18 Disember)

Drama : Netflix Sweet Home

Tayangan : Netflix Netflix 

Waktu Siaran : 10 Episod Sekaligus

Barisan Pelakon : Song Kang, Lee Do Hyun, Lee Jin Wook, Lee Si Young



Sinopsis :


‘Sweet Home’ adalah sebuah drama terbaru Netflix yang berdasarkan web hit thriller dengan nama yang sama. Drama bertemakan genre thriller dan science-fiction (sci-fi) menceritakan kisah Cha Hyun Soo (Song Kang), seorang penyendiri di sekolah menengah yang berpindah ke sebuah pangsapuri baru setelah kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan tragis. Di sana, dia akhirnya menghadapi serangkaian peristiwa mengejutkan dan menakutkan di mana manusia disekelilingnya tiba-tiba mulai berubah menjadi monster.

Biarpun penduduk di pangsapuri Cha Hyun Soo hampir tidak berinteraksi sebelum fenomena misteri itu, mereka tiba-tiba bergabung untuk bertempur hidup-atau-mati untuk bertahan.

Selain Song Kang, drama ini turut dibintangi oleh Lee Jin Wook yang membawakan watak Pyeon Sang Wook, seorang bekas detektif yang mempunyai masa lalu yang penuh misteri. Lee Si Young pula sebagai Seo Yi Kyung, bekas ahli bomba yang biasa berkhidmat dalam pasukan tugas khas. Bagaimanapun watak Seo Yi Kyung ini adalah karakter baru yang tidak wujud dalam webtoon tersebut. Jadi, watak baru ini dijangka akan menjadi perhatian ramai bagi mengetahui bagaimanakah tenaga yang akan di bawakannya dalam drama ini. Manakala, Lee Do Hyun membawakan watak Lee Eun Hyuk yang cerdas dan menjadi pemimpin penghuni pangsapuri tersebut dalam melawan monster..

Lee Do Hyun akan berperanan sebagai Lee Eun Hyuk yang cemerlang, yang akal fikirannya yang tajam dan tenang membantunya memimpin penghuni bangunan pangsapuri, sementara Lee Jin Wook akan berperan sebagai Pyun Sang Wook, bekas detektif dengan masa lalu yang penuh misteri yang setiap orang salah anggap seorang samseng. Akhirnya, Lee Si Young akan berperanan sebagai Seo Yi Kyung, bekas anggota bomba yang biasa bertugas di pasukan khas.

“Sweet Home,” akan diarahkan oleh PD Lee Eung Bok yang sebelum ini pernah menghasilkan drama hebat seperti “Goblin” dan “Mr. Sunshine”.


#SongKang #LeeDoHyun #LeeJinWook #LeeSiYoung #SweetHome #kdrama2020 #dramakorea

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. Boleh lah layan nanti cerita nie.. tq sharing Fara..

    BalasPadam