VIRAL! Polis Tembak Mati Dua Beranak Di Filipina, Ini Punca Sebenar…
Semalam viral satu video di media sosial dimana seorang anggota polis membuat tembakan secara sengaja ke atas ibu dan anak hanya gara-gara didakwa tidak berpuas hati keluarga tersebut bermain meriam buluh. Kejadian yang berlaku di Filipina itu mengejutkan ramai orang yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib anak beranak tersebut.
Koperal Jonel Nuezcal itu menyerah diri di Filipina sejurus kedua-dua mangsa ditembak menggunakan pistol polis tersebut. Dalam rakaman video berdurasi kurang 5 minit itu, wanita Sonya Gregorio berusia 52 tahun dilihat sedang melindungi anaknya, Frank yang sedang mabuk daripada dibawa ke balai polis oleh suspek. Namun berlaku pertengkaran apabila anak suspek masuk campur dengan memaksa ibu tersebut melepaskan anaknya dan menjerit memberitahu ayahnya seorang polis. Anak suspek kemudian tidak berpuas hati dan dilihat sengaja mencetuskan provokasi kepada bapanya.
Sonya Gregorio kemudian menjawab tidak kisah sebelum suspek geram terus menembak tepat di kepalanya dan diikuti kepala Frank. Kedua-dua mangsa kemudian terus terjatuh rebah ke tanah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Video aksi tembakan itu dirakam dan diviralkan di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.
Menurut Kolonel Renante Cabico, Pengarah Polis di Tarlac, Jonel Nuezcal bengang kerana mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh meriam buluh daripada Frank. Di Filipina, majoriti masyarakat mereka adalah Kristian. Jadi sudah menjadi tradisi setiap tahun rakyat mereka akan bermain meriam buluh pada bulan perayaan. Jonel Nuezcal disahkan tidak bertugas pada hari itu dan baru kembali ke kampungnya selepas bertugas di makmal forensik di Parañaque City.
0 KOmen: