Resepi Muffins Coklat Moist Sedap & Senang Buat!
Assalamualaikum.. hi semua orang!Bila dah beli oven rasa excited sangat nak cuba macam-macam. Fara google segala resepi mudah menggunakan oven dan tertarik untuk membuat muffins. Resepi muffins ni bagi Fara sangat ringkas dan sesuai untuk mereka yang nak belajar baking (seperti fara). Tanpa membuang masa, jom kita mula
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 ¾ cawan je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
Bahan C
¾ cawan air panas
Cara-cara:
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Fara bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.
Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman.

0 KOmen: