Minuman Susu kultur Fernleaf CalciYum menyokong sistem pencernaan yang sihat & menjaga daya tahan badan yang kuat

1/05/2021 12:41:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hai semua!

Minuman Susu kultur Fernleaf CalciYum Bagus Untuk Penghadaman & Imun Badan Anak| Sebagaimana yang kita tahu, minuman kultur ni baik untuk penghadaman. Tapi apakah kelebihan-kelebihan lain yang terdapat pada minuman kultur ni? Persoalan ini menguatkan lagi untuk Fara mencari info-info mengenai minuman kultur ni. 


Sekarang terdapat pelbagai jenis minuman kultur di pasaran. Minuman kultur ini terdapat dalam pelbagai perisa buah-buahan selain dari rasa yang original minuman tersebut. 

Secara umumnya minuman kultur mengandungi bakteria baik di dalam susu yang dikulturkan tanpa bahan pengawet. Sebab itu la, minuman kultur selalunya tidak boleh bertahan lama. So, kalau kita nak beli minuman kultur ni kene perhatikan betul-betul expired date nya. Kebiasaannya, ia hanya bertahan lebih kurang 7 minggu jika disimpan pada suhu yang sesuai (< 4 darjah celcius).

Seharusnya ia perlu diminum setiap hari bagi mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria bahaya dalam badan. Minuman kultur juga sesuai diminum ketika cirit-birit. Laktobsilus dalam minuman kultur boleh membantu dalam mengembalikan keseimbangan antara bakteria baik dan bakteria bahaya di dalam usus.

Kelebihan Minuman Susu Kultur : 

Secara umumnya, ini adalah antara kebaikan minuman susu kultur:

  • Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus.
  • Mengurangkan penghasilan bahan toksin dalam badan.
  • Membantu mengelakkan sembelit dan cirit-birit.
  • Membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan dan pertumbuhan sel kanser.

Minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum Pilihan Anak Fara

Minuman susu kultur kebiasaannya menyegarkan dan digemari oleh kanak-kanak. Sesuai sebagai sebahagian daripada sarapan pagi atau snek yang enak, dipenuhi dengan nutrien untuk menyokong kesihatan anak anda dari dalam dan luar. Sebagai ibu, Fara sendiri inginkan terbaik untuk anak-anak Fara. Dari segi pemilihan minuman susu kultur, anak Fara lebih memilih Minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum berbanding brand lain yang ada di pasaran. 


Manfaat nutrisi yang terdapat pada minuman susu kultur Fernleaf CalciYum

Minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum bukan sahaja baik untuk badan malah mempunyai banyak manfaat lain seperti :


Probio DR20TM- Bahan probiotik yang dipatenkan oleh Fernleaf. Probiotik diketahui menyokong sistem pencernaan yang sihat, dan menjaga daya tahan badan yang kuat

Kalsium & Vitamin D Untuk tulang yang kuat

Bakteria Baik - Untuk fungsi usus yang baik

Anak-Anak lebih Sihat & Cergas

Kanak-kanak mempunyai pelbagai aktiviti daripada pembelajaran di dalam kelas diikuti kokurikulum hinggalah ke waktu bermain yang membuatkan mereka sentiasa sibuk dan memerlukan tenaga.

Bagi memastikan anak-anak sentiasa sihat dan cergas berlari, dapat belajar dan bermain dengan aktif, faktor pemakanan seimbang sangat memainkan peranan kerana selain membekalkan tenaga, pemakanan sihat sangat penting untuk tumbesaran anak. Minuman susu kultur Fernleaf CalciYum secara tidak langsung membantu serba sedikit dari segi minda aktif, anak lebih suka meneroka alam, dan tubuh aktif. 

1. MINDA AKTIF

Minuman susu kultur yang enak ini membekalkan nutrien-nutrien utama untuk menyokong keperluan harian anak-anak. Menjaga kesihatan bukan hanya bermaksud yang anda akan bersedia untuk melakukan yang terbaik tetapi anda juga akan rasa lebih hebat.



2. TEROKAI KEUNIKAN A-FORCE

Sama ada di sekolah atau ketika bermain, anak-anak perlukan tubuh yang sihat di luar dan dalam. A-Force dengan Vitamin D dan DR20TM probio membantu anak anda menghadapi hari-hari yang mendatang.


3. TUBUH AKTIF

Fernleaf CalciYum minuman susu kultur mengandungi kalsium dan vitamin D yang tinggi untuk menyokong pertumbuhan tulang-tulang kuat. CalciYum juga mempunyai Probio DR20TM. Persekitaran usus yang baik penting untuk penyerapan nutrien.


Yogurt CalciYum baik untuk penghadaman

Antara stok wajib dirumah! minuman untuk perut yang sihat dan baik untuk penghadaman. selain jenis minuman, Fernleaf juga ada jenis yogurt yang baik untuk sistem penghadaman. Kat Rumah memang Fara standby yogurt untuk elak anak sembelit. 


Anak-anak Fara suka perisa strawberry. Memang nampak perubahan sejak Aimi dan Amira amalkan yogurt mereka jadi lawas ketika membuang. Yogurt CalciYum ni mengandungi empat nutrien utama termasuk 2x Kalsium untuk menyokong perkembangan tulang yang kuat dan sihat.

Terdapat 4 Varian minuman susu kultur Fernleaf CalciYum

Terdapat dalam pek 110ml untuk semua varian iaitu perisa Asli, Epal, Anggur, dan Oren. Setiap perisa varian susu kultur Fernleaf CalciYum ni bagi Fara mempunyai rasa tersendiri yang sangat sedap. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak juga terlalu pahit memang sesuai dengan citarasa anak-anak Fara. 



Minuman Susu Kultur Asli

Asli tak semestinya bosan. Dengan Vitamin D dan DR20TM probio minuman susu kultur biasa kami membantu menyokong pertahanan dalaman anda. Selain itu, rasanya memang digemari semua.

Minuman Susu Kultur Epal

Hilangkan kehausan dengan kesegaran Epal! Minuman susu kultur ini bukan sahaja mempunyai rasa hebat, ia juga dipadatkan dengan nutrien khas bagi menjaga pertahanan dalaman si kecil anda – agar mereka bebas meneroka.

Minuman Susu Kultur Oren

Manjakan lidah anda dengan rasa limau yang menarik dengan minuman susu kultur dalam perisa Oren Fernleaf CalciYum! Selain daripada keenakannya, ia mengandungi nutrien-nutrien untuk membantu pertahanan dalaman - agar kanak-kanak dapat terus bermain dan meneroka.

Minuman Susu Kultur Anggur

Minuman susu kultur ini dipek di dalam perisa anggur manis dan halus yang kami gemari. Bukan sahaja enak - ia mengandungi nutrien-nutrienuntuk membantu pertahanan dalaman - agar kanak-kanak dapat terus bermain dan meneroka dengan bebas.


Free Boboiboy Toy Car!

Ok, part ni tiap kali Fara ajak beli susu Fernleaf CalciYum anak-anak paling excited. Anak-anak sangat excited nak tahu free gift apa yang ada didalam pek susu kultur Fernleaf CalciYum. Free gift kali ni ada Boboiboy car! yeah!!  Leka anak-anak menyiapkan boboiboy car. 


Minuman Susu kultur Fernleaf CalciYum ni ada jual di pasaraya seperti Tesco, Giant, Jaya Grocer dan lain-lain. 

You Might Also Like

0 KOmen: