TONTON Drama Bukan Kahwin Paksa Episod 1 - Episod13 (Episod Akhir)

1/11/2021 05:52:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Ia mengisahkan Izz Rizqin (Kamal Adli) dan Dara Safiya (Hannah Delisha) yang dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mail,mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon. Ikuti sinopsis Drama Bukan Kahwin Paksa di bawah :


Sinopsis Novel Bukan Kahwin Paksa

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”

“Kenapa cakap macam tu pulak?”

“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh... maka jodohlah ia! Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. 

Disebabkan tersalah emel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Dia, Izz Rizqin mengorbankan cintanya pada yang lebih berhak. Dia seorang yang menjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Bila berkorban itu bermakna dia seorang pencinta yang sejati. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya. Dia pula, Dara Safiya, tidak percaya pada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri. Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta.

“Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru... what say you?”

“Then you get your answer...”

“Jawapan?”

“That I love you too...” Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali... kita mula mencintai untuk dicintai.


TONTON Drama Bukan Kahwin Paksa Episod 1 - Episod13 (Episod Akhir)


Bukan Kahwin Paksa Episod 1 : https://youtu.be/v4BvoPUPwA0

Bukan Kahwin Paksa Episod 2 : https://youtu.be/ei_PjT-2BVo


Bukan Kahwin Paksa Episod 3 : https://youtu.be/Jpqqn1fARqg


Bukan Kahwin Paksa Episod 4 : https://youtu.be/BC8-ri9wrv8


Bukan Kahwin Paksa Episod 5 : https://youtu.be/SQIgl5C27dw


Bukan Kahwin Paksa Episod 6 : https://youtu.be/egUH5tcVrZo


Bukan Kahwin Paksa Episod 7 : https://youtu.be/NilrCw_d6LY


Bukan Kahwin Paksa Episod 8 : https://youtu.be/hxAq9yxOGc8


Bukan Kahwin Paksa Episod 9 : https://youtu.be/dqL9NLHIbFg


Bukan Kahwin Paksa Episod 10 : https://youtu.be/K5yvmc_64XA


Bukan Kahwin Paksa Episod 11: https://youtu.be/97DxJOtqLGQ


Bukan Kahwin Paksa Episod 12 : https://youtu.be/gQnY9EdJmPc


Bukan Kahwin Paksa Episod 13 : https://youtu.be/E6h3yijnDqg

You Might Also Like

0 KOmen: