Langkah Mudah Membasmi Kuman Bakteria & Virus di Rumah | Germ Killer Malaysia

1/20/2021 05:08:00 PTG Fara Lumière 1 Comments

Sekali lagi kita terkesan dengan pendemic Covid-19 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ke-2 telah dijalankan bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021 ke atas rakyat Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Perseketuan (KL, Putrajaya,Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. Apabila Kes harian Covid-19 telah mencecah 3000 membuatkan ramai rakyat Malaysia lebih berjaga-jaga. Pelbagai cara kita boleh lakukan untuk mencegah wabak ini dari terus mengganas. Sebagai contoh sentiasa jaga SOP, pakai mask dan jaga kebersihan diri.



Bercerita tentang kebersihan diri, persekitaran dalam rumah juga tidak terlepas untuk virus dan bakteria merebak kerana di rumah adalah tempat yang paling banyak kita meluangkan masa. Tambahan pula, dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilalui, Fara dan anak-anak lebih banyak menghabiskan masa dirumah. Fara tinggal di kawasan yang tersenarai dalam PKP jadi adalah tanggungjawab Fara untuk pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas segala virus atau bakteria.

Sekarang ni, pelbagai cara dan kaedah kita boleh lakukan untuk mencegah diri dari virus atau bakteria contohnya pakai hand sanitizer. Mungkin ini juga adalah waktu terbaik untuk Fara lakukan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di rumah sendiri dengan lebih kerap supaya family Fara terhindar dari wabak merbahaya ini.

Tahukah anda sebenarnya sekarang dah banyak produk dan bahan berbeza yang boleh digunakan untuk tujuan sanitasi dan pembasmian kuman, virus serta bakteria?

Jika anda risau dijangkiti virus atau sekadar mahu mengambil langkah proaktif dengan melakukan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi, pastikan anda fokus pada tempat-tempat yang lebih berisiko kepada sentuhan tangan seperti di tombol pintu, sofa, kerusi, sinki, meja makan dan lain-lain.

Berikut, ingin Fara kongsikan produk terbaik yang boleh anda gunakan dalam proses membersih dan mensanitasikan rumah.

GERM KILLER MALAYSIA

Izinkan Fara perkenalkan dahulu produk yang Fara guna untuk kegunaan dalam rumah iaitu dari GERM KILLER. Antara sebab utama Fara memilih Germ Killer adalah kerana setiap produk GERM KILLER adalah berasaskan air yang diyakini selamat dan tidak memudaratkan kepada para pengguna. Yang paling utama – produk GERM KILLER menggunakan campuran sebatian quarternary ammonium compounds (QUATS) sebagai bahan aktif utamanya. QUATS adalah merupakan agen kuman yang cepat bertindak dan tidak beracun kepada manusia ataupun haiwan.



GK-GermKiller disinfectant adalah merupakan jenama rangkaian produk disinfeksi berasaskan air dengan spektrum luas bactericidal dan virucidal properties yang didatangkan di dalam bentuk rangkaian produk yang diformulasikan secara khusus untuk kegunaan umum mahupun peribadi di mana ianya fungsi utamanya adalah untuk membersihkan dan disinfeksi permukaan umum atau tangan serta menghapuskan kuman berbahaya secara efektif.

Senarai Produk GERM KILLER MALAYSIA

1. GK Hand Sanitiser

Seperti yang kita tahu, hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman tangan ini adalah berfungsi untuk menghalang individu daripada terkena sebarang jangkitan penyakit menerusi tangan yang kotor setelah seharian memegang pelbagai objek, lebih-lebih lagi apabila objek itu turut digunakan atau dikongsi dengan orang lain seperti tombol pintu, besi pemegang di tangga dan di dalam kenderaan awam atau pili tandas.

Walaupun sekarang kebanyakkan premis atau kedai ada menyediakan hand sanitizer, Fara tetap bawa GK hand sanitiser kemana sahaja. Jujurnya Fara kurang yakin dengan hand sanitiser yang disediakan di premis kerana ada yang terlampau cair, berbau terlalu wangi, atau membuatkan tangan berasa tidak selesa.



Ada ke orang allergic dengan hand sanitizer? Well, surprisingly yes! Fara dan anak-anak, kami tidak tahan dengan hand sanitizer yang mengandungi alkohol. Sekali guna tangan dah rasa pedih. Kali ke-dua guna, kulit mula menggelupas. Maka, tiada kali ke-tiga bagi kami! Memang serik nak pakai hand sanitiser yang sedia ada di kedai. Lebih baik bawa hand sanitiser sendiri. Lagi selamat!

Kelebihan GK Hand Sanitiser

1- Memberi perlindungan segera dengan membunuh 99.99% virus, bakteria dan kuman.
2- Pencuci antibakteria (direka khas untuk kuman yang menyebabkan bau dan bakteria)
3- Bertindak dengan cepat dan mudah.
4- Mudah sebagai pencuci tangan tanpa air.
5- Bebas alkohol
6- Keselamatan dari segi alergi, dematologi di uji.
7- Bukan toksik kepada haiwan, tumbuhan & manusia.
8- Mewujudkan persekitaran sihat dan selamat.

Hidup dalam Norma baharu ni selain kena pakai mask, hand sanitizer adalah penting dan perlu dibawa kemana sahaja. Yang penting jaga kebersihan diri dan elakkan daripada ke tempat-tempat umum jika anda rasa kurang sihat. Jangan malas juga untuk mencuci tangan.

Kalau tiada hand sanitizer, cuci tangan dengan sabun pun ok juga! Jadikan ia sebagai rutin!

2. GK Concentrate

Bila 24 jam sentiasa di rumah lantai adalah tempat yang paling banyak dipijak. Ada kalanya anak-anak dan Fara suka baring dan bermain di lantai. Menyapu dan vakum sahaja tidak memadai untuk memastikan lantai rumah kita bebas daripada pengumpulan bakteria dan kuman yang boleh menjadi punca penyakit. Salah satu cara untuk memastikan lantai bebas dari bakteria adalah dengan penggunaan pembersih lantai dengan kuasa anti bakteria. Apabila menyebut pembersih lantai, sudah semestinya kita tidak boleh lari daripada kerja mengemop lantai.



Mengemop lantai sememangnya kerja yang agak melecehkan bagi sesetengah orang. Namun langkah ini penting bagi memastikan lantai rumah dibersihkan secara menyeluruh. Pelbagai pilihan pembersih lantai boleh didapati di pasaran. Setiap jenama menawarkan kelebihan kuasa pembersihan masing-masing. Kalau tanya Fara, Fara suka pakai GK Concentrate.

GK Concentrate adalah sejenis cecair yang perlu dicampur bersama air untuk kegunaan seperti laundry, toilet, floor dan toys. Haa bayangkan dalam 1 botol ni boleh guna untuk pelbagai sangat bagus dan jimat!

Cara nak guna GK concentrate sedikit rumit sebab ianya high dilution rate 1:80 (1ml concentrate campur 80ml air). Kalau sekadar nak cuci tanpa soaking (Fara cadangkan guna formula 1:40)

GK Concentrate telah terbukti mampu membunuh Virus Covid-19

Beberapa hari yang lepas, HQ Germ Killer di Singapura telah diumumkan Vance Chemicals Pte. Ltd. (Vance Chemicals") telah mengumumkan bahawa pembasmian kuman GK-GermKiller® Concentrate ™ tujuan umum telah terbukti secara ilmiah> 99.9% berkesan dalam mematikan virus SARS-CoV-2 yang bertanggungjawab untuk pandemik COVID-19 yang sedang berlaku.





Hasilnya: GK-GermKiller® Concentrate ™ menunjukkan keberkesanan berdasarkan syarat kriteria lulus EPA AS sekurang-kurangnya 3 pengurangan log10 SARS-Cov-2. Dengan kata lain, GK-GermKiller® Concentrate ™ dapat dengan cepat mematikan> 99.9% virus ini dalam masa yang singkat!!

Di sini Fara dah boleh nampak yang GK Concentrate dah start gunakan emblem Covid 19. Ini maksudnya Gk concentrate telah lulus testing. Banyak produk diluar yang ada claim boleh bunuh bakteria, virus sehingga 99.9% (tapi dia tak cakap pun virus atau bakteria jenis mana). Pada Fara semua sama je. Tapi virus dan bakteria pun ada banyak jenis. Human coronavirus pun ada 7 jenis strain.

Ingat tak dulu masa penyakit SARS dan MERS juga disebabkan oleh human coronavirus? (tapi strain lain.) Yang kini kita concern sebagai human coronavirus jenis SARS-Cov-2 iatu Covid-19. Sekarang dah tak perlu risau sebab GK Concentrate telah diujii dan terbukti berkesan membunuh virus Covid-19. After exposing to GK product, barulah fara tahu the difference between produk produk kat luar.


3. GK Surface

Tombol pintu permukaan yang kerap disentuh nampak bersih tapi siapa sangka tempat yang paling banyak terkumpulnya bakteria. Tombol pintu sekarang menjadi salah satu bahagian rumah yang sangat penting untuk selalu dijaga kebersihannya. Bagaimana cara kita bersihkannya adakah dengan lap sampai bersih sahaja sudah memadai? Kalau dulu Fara ambil kain dan lap sampai bersih. Ingatkan dah memadai rupanya silap!

Belajar dari kesilapan. Apa sahaja yang berada di permukaan Fara akan lap menggunakan pencuci yang mampu membunuh bakteria seperti GK Surface. GK Surface mengandungi formulasi pelbagai tindakan yang membersihkan dan membasmi kuman di dalam satu langkah mudah. Mempunyai ciri up to 24 hours anti-microbial effect. Produk GK Surface yang serba boleh dan dipercayai ini memberi keluarga anda perlindungan menyeluruh terhadap kuman



GK Surface sesuai untuk lap meja, kitchen stove, door knob, lampu switch (all high touch areas) - kalau sembur and wipe, in less than 3 minit kalau ada virus corona, ianya akan dihapuskan.

4. GK Air

Bagaimana pula untuk memastikan pengaliran udara dalam rumah sentiasa segar? Rasa stress bila ada bauan yang tidak menyenangkan timbul entah dari mana. Pengaliran udara yang baik diperlukan bagi menyahaktifkan udara kotor dengan membunuh mikro organisma seperti bakteria dan virus yang membawa pelbagai penyakit. Bila umur semakin bertambah Fara cepat sensitif dengan bauan dan habuk. Kat rumah memang kena standby GK Air untuk bagi udara segar.




GK Air berfungsi sebagai penjagaan kesihatan dengan memastikan persekitaran dalam premis dan kediaman lebih bersih dan sihat. GK Air ini ada bau green tea, tidak berwarna dan yang pentingnya Fara suka, ianya tidak melekit kerana bahannya berasaskan air. Ianya amat sesuai digunakan di bilik, tandas dan dapur sebab selain daripada meningkatkan mutu udara dalam rumah, ianya boleh juga menghapuskan bau yang melekat.

Ada masanya bila Fara masak makanan goreng goreng kegemaran suami, Fara akan semburkan GK Air bagi mengelakkan rumah berbau. Sangat berkesan untuk menghilangkan bau busuk! Bau kepam! Bau hapak!


Memutuskan rantaian jangkitan Menggunakan GERM KILLER

Kuman ada di sekeliling kita. Tetapi, jangan khuatir. Kebanyakannya adalah tidak merbahaya. Apa yang penting adalah melindungi keluarga daripada kuman yang menyebabkan jangkitan. Gunakan produk yang berkesan membunuh bakteria seperti Germ Killer. Akhir kata, rumah yang bersih bukan sahaja dapat membuatkan penghuninya berasa nyaman dan selesa selepas seharian sibuk dengan urusan di luar tetapi masih mampu menjaga kesihatan seseorang.



Oh ya, sebelum lupa.. Kalau anda berminat nak cuba produk GERM KILLER ni jangan lupa guna kod "GKFARA" ok! Ada hadiah misteri menanti anda. #staysafewithgk

Maklumat lanjut mengenai Produk GERM KILLER sila klik pautan di bawah :






You Might Also Like

1 ulasan:

  1. Bagus jugak ya produk nie. Bolehlah try nanti. Time sekarang nie memang kena lebih alert menjaga kebersihan rumah.

    BalasPadam