Rawatan PERCUMA untuk Pesakit Kencing Manis

1/29/2021 09:32:00 PTG Fara Lumière 2 Comments

Penyakit kencing manis tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Pesakit perlu mengawal pemakanan, bersenam dengan kerap dan mengambil ubat dengan teratur untuk mendapatkan paras gula yang terkawal. Sekiranya tahap gula dalam darah tidak dikawal, ianya boleh menyebakan komplikasi yang teruk seperti masalah mata, luka lambat sembuh, kerosakan saraf atau tisu mati (gangrene) yang boleh membawa kepada pemotongan kaki.


Langkah-langkah pencegahan perlulah dilakukan dalam hidupan seharian agar masalah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan sebagainya dapat ditangani. Hasil yang besar bermula daripada langkah yang kecil. Ikuti tips di bawah jika anda sayang pada diri dan pentingkan kesihatan.

Cara Merawat Kencing Manis Tanpa Rawatan

Post entry kali ni adalah satu usaha alternatif bagi penghidap kencing manis. Boleh la pilih salah satu dari petua ini. Semoga usaha yang dibuat dapat berhasil dan menambahkan tahap kesihatan pada diri.

1. Perubahan budaya pemakanan

Buat pelan makan dengan bantuan daripada pasukan penjagaan kesihatan anda. Pilih makanan yang lebih rendah dalam kalori, lemak tepu, lemak trans, gula, dan garam. Makan makanan dengan lebih banyak serat, seperti bijirin bijirin, roti, keropok, beras, atau pasta. Pilih makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, roti dan bijirin, dan susu rendah lemak atau skim dan keju. Minum air bukan jus dan soda biasa.

Apabila makan, isi separuh plat pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, satu perempat dengan protein tanpa lemak, seperti kacang, atau ayam atau ayam belanda tanpa kulit, dan seperempat dengan bijirin, seperti beras perang atau pasta gandum .

2. Sentiasa menjadi aktif

Tetapkan matlamat untuk menjadi lebih aktif sepanjang hari dalam seminggu. Mula perlahan dengan mengambil 10 minit berjalan kaki, 3 kali sehari. Dua kali seminggu, bekerja untuk meningkatkan kekuatan otot anda. Gunakan jalur regangan, lakukan yoga, berkebun berat (menggali dan menanam dengan alatan), atau cuba tekan-up atau mendapatkan berat badan yang sihat dengan menggunakan pelan makan anda dan bergerak lebih banyak.

3. Bawa bekalan ubat untuk keadaan kecemasan

Bawa bersama ubat-ubatan diabetes anda dan apa-apa masalah kesihatan lain walaupun anda berasa sihat. Tanya doktor anda jika anda memerlukan aspirin untuk mencegah serangan jantung atau angin ahmar. Beritahu doktor anda jika anda tidak mampu membayar ubat anda atau jika anda mempunyai apa-apa kesan sampingan. Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, lepuh, bintik merah, dan bengkak. Hubungi pasukan penjagaan kesihatan anda dengan segera tentang sebarang luka yang tidak hilang.

4. Kurangkan stress

Badan seseorang akan memberi respons yang berbeza kepada jenis-jenis stres ini. Badan akan mengeluarkan hormon stres dan akan melonjakkan paras glukosa dalam darah dengan menggalakkan pengeluaran glukosa daripada hati. lni membuatkan insulin terpaksa bekerja keras dan boleh menyebabkan badan menjadi anti-insulin. Ini bermakna badan anda memerlukan banyak lagi insulin untuk mengatasi insulin ‘resistant’ itu. Satu lagi sebab mengapa glukosa naik adalah apabila seseorang itu mengalami stres, anda akan makan lebih dan kurang bersenam.

5. Ikuti Program PERCUMA Kawal Kencing Manis Secara Talian Anjuran kawalkencingmanis.com

Sebuah platform sehenti yang diterajui ahli professional kesihatan telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis.

Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021 yang terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang www.kawalkencingmanis.com

Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

Kajian mendapati bahawa golongan yang berisiko tinggi mendapat kencing manis adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis, berat badan yang berlebihan serta berumur diantara 45 tahun dan ke atas.


Malah, golongan yang berisiko ini selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka sehinggalah mereka disahkan menghidap kencing manis. Penyakit ini boleh menyebabkan banyak komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi.



Kalau tengok pada situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober2020)

Dengang mengikuti program ini, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ni.



Antaranya termasuklah :

- jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah,
- akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah,
- latihan pengawalan stress,
- kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam
- kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.


Jom Ikuti Program Kawal kencing manis Sekarang!!

Program ini akan diadakan selama14 hari secara online. Seramai 150 TERAWAL akan dapat ikuti program ini secara PERCUMA!! 

Ya! Percuma! Tidak ada sebarang cas! Diulangi tiada sebarang cas! Dengan syarat anda betul-betul komited dan bersedia untuk dipantau!!

Berminat? Daftar Sekarang Program KawalKencingManis di :

Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1-14 Mac 2021. Daftar segera di www.kawalkencingmanis.com





You Might Also Like

2 ulasan:

  1. Best nya kan ade platform macam ni. Tak sabar nak ketahui tentang kesihatan diri.

    BalasPadam
  2. Perkongsian menarik. Tq untuk info yang sangat bermanfaat ini.

    BalasPadam