Resipi Kek Span Basuh Pinggan Viral!!

12/02/2020 08:48:00 PTG Fara Lumière 1 Comments

Assalamualaikum dan Selamat Petang Korang‼️

Seperti yg telah dijanjikan, petang nie nk share resepi yg tengah n mula nk trending iaitu Kek Span basuh pinggan.. hahah.. Nampak sama tapi bukan die.. 


Bahan2 :-

2 biji telur A 

1/2 cawan gula halus

1 sudu kecil ovalet

1 sudu kecil esen vanila

2 sudu besar susu cair

1 sudu besar susu pekat

1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayakkan) 

1/2 cawan butter/marjerin suam yg dicairkan (cairkan butter pastu sukat 1/2 cawan)

Cara penyediaan

🌸 pukul guna mixer semua bahan kat atas kecuali butter cair. pukul adunan sampai kembang & jadi warna putih. 

🌸 lepas adunan dah kembang, masukkan butter cair & mix slow sekejap je sampai sebati. 

🌸 bahagikan adunan utk warna hijau & kuning. pastikan adunan kuning lagi banyak dari adunan hijau. 

🌸 bakar suhu 150c 40 minit. keluarkan adunan hijau selepas 30 minit. cucuk dulu ngan lidi nak tahu masak ke tak. teruskan bakar adunan kuning sampai masak. suhu & masa bergantung pd oven masing2 jugak

🌸 sejukkan kek atas redai. potong kek ikut saiz & ketebalan yg kita nak. 

🌸 sapu sedikit madu atas kek kuning utk lekatkan bersama kek hijau. 

🌸 dah lekat biar sekejap pastu boleh la potong cantik2

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. ehehe adakah ini bakal menggantikan popularity Biscoff ?
    betul pula sbjijik macam span pinggan hahaha..

    BalasPadam