Tuala Kayangan NORWEX bukan biashe biashee

12/02/2020 03:44:00 PTG Fara Lumière 3 Comments

Ramai yang berkongsikan norewx reviews tentang kehebatan tuala Norwex di sosial media sampai rasa terpukau jugalah nak membeli tuala Norwex ni. Lalu, survey jugalah norwex cloths parice dalam norwex Malaysia catalogue.


Norwex cloths price ni bermula dari RM45 sehingga ratusan ringgit. Padanlah dengan gelaran tuala kayangan untuk golongan have have je ni. Jika dibandingan dengan tuala good morning bagai langit dan bumi. 

Norwex Cloth from which country Norwex origin dari Norway telah lama berada di pasaran sebenarnya. Telah dibangunkan sejak tahun 1994. Cuma baru menembusi pasaran di Malaysia sejak tahun lepas dan baru dikenali baru baru ni.

Pelbagai jenis produk dipasaran seperti tuala dapur, sarung tangan, pelitup muka, tuala muka dan banyak lagi. Yang baru baru ni popular, tuala dapur yang mampu hilangkan kesan minyak dengan sekali lap je.

Apa istimewanya tuala Norwex?

Tuala Norwex digelar sebagai pembantu rumah yang membantu memudahkan kerja kerja pembersihan di dapur. Benda wajib ada di dapur lah pendek kata. Dengan menggunakan konsep norwex consultant juga dapat membantu surirumah terjebak menjadi ejen untuk membeli sekaligus jana pendapatan.

Tuala Norwex yang dibincangkan ini lebih kepada produk tuala dapur. Komposisi tuala ini adalah dari mikrofiber yang cepat menyerap air dan kotoran lain. Dengan pora yang lebih kecil, ia menyebabkan serapan yang lebih baik berbanding kain dapur biasa. Namun, mikrofiber adalah mikrofiber, jika anda menggunakan tuala lain yang mempunyai komposisi yang sama, maka konsepnya masih sama.


Banyak lagi kelebihan tuala Norwex yang disebut di dalam lamannya seperti menjimatkan duit dari membeli tisu dapur, membantu dalam persekitaran hijau kerana mengurangkan penggunaan tisu dan mikroplastik, serta pelbagai kelebihan lain.

Kesimpulannya, tepuk dada, tanyalah poket. Jika anda mampu, boleh sahaja beli tuala Norwex, namun walaupun mempunyai set produk kayangan yang lengkap, jika kita malas membersihkan rumah, samalah sahaja natijahnya.  


You Might Also Like

3 ulasan: