Sesi Persekolahan Secara PdPR Selepas Cuti Raya 2021

4/26/2021 09:20:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan selepas cuti hari Raya Aidilfitri. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, manakala sesi persekolahan secara bersemuka akan dimulakan selepas cuti penggal persekolahan pada 12 atau 13 Jun depan mengikut kumpulan sekolah.



Pelaksanaan ini adalah bagi memastikan tidak berlakunya jangkitan di luar sekolah ke dalam sekolah.

Jelasnya, KPM mengumumkan hal ini lebih awal supaya guru mempunyai masa serta kebebasan untuk memilih kaedah pengajaran serta modul yang sesuai untuk PdPR.

Jadual PdPR Lepas Raya

Berikut adalah jadual sesi persekolahan PdPR lepas cuti Hari Raya yang diumumkan sebentar tadi. Pelajar sekolah akan bermula cuti :

Untuk cuti Hari Raya Aidilfitri

11 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021 (Kumpulan A)
11 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 (Kumpulan B)

Selepas cuti hari raya Aidilfitri pelajar bermula belajar di rumah :

16 Mei 2021 sehingga 27 Mei 2021 (kumpulan A)
17 Mei 2021 sehingga 28 Mei 2021 (Kumpulan B)

Bermula cuti sekolah : 

28 Mei 2021 sehingga 12 Jun 2021 (Kumpulan A)
29 Mei 2021 sehingga 13 Jun 2021 (Kumpulan B)

Kembali Sekolah :

12 Jun 2021 (Kumpulan A)
13 Jun 2021 (Kumpulan B)

Kumpulan A : Negeri Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu
Kumpulan B : Perlis, Perak, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya


You Might Also Like

0 KOmen: