Jualan Mega Raya di Lulu Hypermarket Setia City Mall

5/06/2021 02:12:00 PTG Fara Lumière 1 Comments

Assalamualaikum.. hai korang!

Tiap kali shopping tak kiralah barang rumah, makanan, pakaian atau sebagainya korang survey tak harga barang? Mestilah survey kan? Buat perbandingan harga sesuatu barang tu sangat penting! dapat jimatkan duit. Macam Fara suka buat perbandingan harga tak kiralah barangan rumah atau perayaan mesti nak cari tempat paling berbaloi.


Fara suka pergi Lulu Hypermarket. Kalau dulu time PKPB tak risau nak pergi Lulu Hypermarket di Kuala Lumpur tapi sekarang keadaan tidak mengizinkan dengan kes harian Covid-19 semakin meningkat sangat membimbangkan. Nasib baiklah Lulu Hypermarket dah buka di Setia City Mall. Senang Fara nak beli kelengkapan rumah di situ. Dekat dengan rumah dan kos perjalanan juga dapat dijimatkan.

Lulu Hypermarket Setia City Mall Lebih Besar dan Menyeronokkan

Lulu Hypermarket yang telah dibuka di Setia City Mall ini menjanjikan suasana dan pengalaman membeli-belah yang selesa dan menyeronokkan. Dengar cerita keluasan Lulu Hypermarket Setia City Mall kali keluasannya 150,000 kaki persegi. Memang besar! Oh ya, untuk pengetahuan semua Lulu Hypermarket ini juga betul-betul terletak dalam Setia City Mall (SCM). Kiranya dari Setia City Mall nak ke Lulu Hypermarket ada laluan dalam bangunan tersebut. Mudah je nak cari!


Kemudahan lain seperti Parking kereta juga disediakan. Korang boleh pilih nak parking di bahagian luar atau dalam. Ikut selesa masing-masing. Harga parking pun murah. Sedar tak sedar Lulu Hypermarket telah pun menjadi daya penarik warga Klang dan pengunjung luar untuk merasai sendiri pengalaman menarik berada di dalamnya.

Dengan tiga aras tarikan berbeza, Lulu Hypermarket telah menjadi destinasi sehenti yang menawarkan produk barangan runcit hingga ke pakaian, gaya hidup, makanan dan minuman serta banyak lagi. Dari barangan berjenama di butik terkemuka, gajet telefon pintar & juga cenderamata untuk kenang kenangan. Semua kita boleh dapati di Lulu Hypermarket
Banyak Promosi Sempena Jualan Mega Raya

Sempena Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi, Lulu Hypermarket telah mengadakan Jualan Mega Raya yang meliputi diskaun besar-besaran dari 40% sehingga 70% diskaun keatas barangan terpilih seperti pakaian raya, barangan elektrik & elektronik, barangan baby dan banyak lagi! Untuk pilihan baju raya, korang boleh shopping mulai 6 Mei sehingga 9 Mei 2021. Tawaran hebat ini berlangsung di semua outlet Lulu Hypermarket.



Pelbagai Pilihan Baju Raya Fesyen Terkini

Di saat ini fesyen bukan hanya boleh dinikmati oleh wanita umum saja. Seiring perkembangan zaman, banyak pilihan fesyen baju kurung telah dicipta untuk wanita muslimah. Gambar-gambar di bawah sudah cukup membuktikan bahawa baju raya di Lulu Hypermarket seiring dengan perkembangan zaman dan menepati citarasa wanita.





Baju raya untuk kaum adam juga tidak ketinggalan. Banyak pilihan warna dan design baju melayu seperti cekak musang, modern dan banyak lagi boleh dipilih. Rambang mata dibuatnya! Nak cari set sedondon baju raya untuk keluarga juga ada di Lulu termasuklah baju raya kanak-kanak lelaki dan perempuan. Sempat Fara dah check material pakaian raya di sini berkualiti setanding dengan harganya.
Potongan sehingga 70% ke atas barangan terpilih dari semua kategori

Tidak ketinggalan sempena Jualan Mega Raya, barangan segar seperti ayam, daging lembu, kambing atau sebagainya turut boleh didapati pada harga yang murah. Fara dah target awal-awal nak beli barangan memasak hari raya, kuih raya, pakaian raya semua di Lulu. Waktu macam nilah terbaik nak shopping barangan raya sebab tengah murah dan senang sebab semua kelengkapan menyambut Hari Raya boleh didapati pada 1 tempat sahaja.

Barangan lain seperti elektronik, gadgets, home & living pula ada promosi tak? Mestilah ada... Jom lihat gambar-gambar di bawah :





Boleh Order Secara Atas Talian di Website Lulu Hypermarket

Bagi korang yang mempunyai masalah kekangan masa nak ke Lulu boleh juga order secara atas talian di https://www.luluhypermarket.com/en-my/ . Rasanya ramai yang dah mula menggunakan perkhidmatan Online Shopping Lulu Hypermarket ni. Memang mudah kalau hendak beli barang segar contohnya sayur, ikan, ayam, roti, rempah ratus semuanya ada. Barang elektronik dan pakaian pun boleh beli. 

Paling best kat website Lulu Hypermarket juga ada potongan sehingga 70% ke atas barangan terpilih dari semua kategori. Tak dapat beli depan mata boleh order secara online. Macam kita pergi Lulu jugalah senang dan mudah! Sememangnya, Lulu memang terbaik! Tawaran terhebat tiada tandingan

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi atau Lulu Hypermarket terus klik link di bawah :

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. bila ckp psl raya ni, bukan je nak siapkan baju raya. malah langsir raya, groceries raya, kuih raya, karpet raya, oven raya eh serba serbi nak raya juga hehehe. Sebab tu, kena bijak berbelanja, beli masa ada diskaun hebat !

    BalasPadam