Sabun Anti Bakteria "KIREI KIREI" Terbaik Melindungi Anak Dan Keluarga Dari Penyakit

5/09/2021 02:37:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Bila dah jadi parents, kita mesti nak lakukan segalanya untuk melindungi anak tersayang terutama bab mengajar anak tabiat-tabiat yang sihat seperti membasuh tangan yang betul. Walaupun membasuh tangan dalam rutin harian kita, seringkali caranya tidak betul. Tahukah anda dengan membasuh tangan dengan sabun iaitu selama 20 saat dapat mengelakkan diri anak dan keluarga dari penyakit?
 

Ia adalah salah satu langkah paling mudah untuk melindungi diri kita and keluarga kita dari penyakit. Kita mesti membasuh tangan dengan sabun, terutamanya selepas ke tandas dan sebelum makan. Dengan itu, kita boleh menghentikan rangkaian jangkitan.

Sabun Basuh Tangan ‘Kirei Kirei’ Pembersih Tangan No.1 di Jepun

Kirei Kirei diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai sabun pembersih tangan pada tahun 1997 di Jepun. Produk ini telah dihasilkan berikutan beberapa siri penularan keracunan makanan besar-besaran di Jepun, disebabkan oleh bakteria patogenik E. coli O157 menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Ini menyebabkan syarikat ini menjalankan misi sosial untuk memupuk “tabiat membersih tangan” untuk melindungi kanak-kanak daripada bakteria dan virus, dengan mencipta sejenis produk yang dapat membantu mereka memupuk tabiat ini.


Untuk memupuk tabiat membersih tangan di kalangan kanak-kanak, seluruh keluarga perlu mengamalkan tabiat ini. Tabiat ini tidak boleh dipupuk melalui disiplin tegas dan paksaan, dan kanak-kanak perlu merasa seronok sewaktu membersih tangan dan melakukannya secara gembira. Kami percaya amalan kerap membersih tangan harus dijadikan tabiat yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga dan ini merupakan konsep sabun pembersih tangan Kirei Kirei.

Selepas beberapa tahun Kirei Kirei diperkenalkan di Jepun, ia menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 negara tersebut pada tahun 2000. Sabun ini menduduki kedudukan tersebut selama 20 tahun berturut-turut, yang berubah menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Buih yang kaya dengan krim, mudah digunakan tanpa perlu menggosok, membersih dengan efektif, lembut pada tangan

Kirei Kirei, yang bermaksud “Bersih Bersih” dalam Bahasa Jepun, adalah sabun buih pembersih tangan anti bakteria yang telah dilancarkan di Malaysia pada bulan ini.

Sabun buih pembersih tangan ini adalah Jenama Pembersih Tangan No. 1 di Jepun dan boleh didapati di kebanyakan negara Asia seperti Korea, Singapura dan Thailand di mana ia turut menduduki tempat pertama bagi kategori pembersih tangan di pasaran masing-masing.

Dilancarkan pada 1997, Kirei Kirei telah dihasilkan selepas beberapa siri wabak keracunan makanan yang berleluasa di Jepun akibat bakteria patogenik E.coli menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Selain menghasilkan produk yang menangani penyebaran bakteria, jenama ini turut menjalankan misi sosial untuk memupuk tabiat membersih tangan bagi melindungi kanak-kanak daripada virus. Oleh sebab tabiat ini dapat dipupuk dengan panduan ibu bapa dan guru-guru di rumah dan di sekolah, dan bukan melalui disiplin tegas dan paksaan, Kirei Kirei membuat keputusan untuk menyelitkan elemen keseronokan sewaktu membersih tangan agar kanak-kanak dapat melakukannya dengan gembira bagi menjaga kebersihan setiap masa!

Keistimewaan buih yang banyak pada Kirei Kirei terbukti mampu menggalakkan kanak-kanak untuk memupuk tabiat membersih tangan

Salah satu keunikan Kirei Kirei ialah busa atau buih halus yang banyak dan berkrim yang disukai oleh kanak-kanak! Oleh sebab buihnya mempunyai 12 kali** lebih isi padu berbanding cecair pembersih tangan yang biasa, ia lebih mudah berbuih tanpa air dan dapat meliputi seluruh bahagian tangan dari tapak tangan hinggalah ke hujung jari. Sabun ini juga mudah dibilas. Secara asasnya, sabun pembersih tangan dengan busa atau buih halus ini mudah digunakan ini memberikan ibu bapa ‘alat’ yang sempurna untuk melatih kanak-kanak membersih tangan. Aktiviti membersih tangan bersama ini dapat mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan memupuk tabiat kesihatan yang berguna sepanjang hidup.


Kajian terkini mengenai tabiat membersih tangan di kalangan pelajar pra sekolah di lembah Klang menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai pengaruh yang amat besar dalam mengajar dan membimbing anak-anak membersih tangan, Keistimewaan buih yang banyak pada Kirei Kirei terbukti mampu menggalakkan kanak-kanak untuk memupuk tabiat membersih tangan. Formulasi anti bakterianya yang unik dengan ramuan pembersih yang 100% berasal daripada tumbuhan memberikan 99.9% perlindungan anti-bakteria untuk menghapuskan kuman secara berkesan

Produk ini diuji secara dermatologi dan didapati lembut dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak dan sesuai untuk seisi keluarga.

Terdapat juga beberapa faktor lain untuk ibu bapa memilih Kirei Kirei bagi kegunaan seisi keluarga. Antaranya termasuk:

Penjimatan kos – jumlah sabun yang diperlukan berkurangan untuk mencapai kebersihan efektif;

Mengurangkan penggunaan air – sabun ini tidak memerlukan air yang banyak bagi membersihkan dan membilas

tiada lagi bilasan yang comot kerana buihnya melekat di tangan dan tidak menitis seperti sabun cecair pembersih tangan biasa!

Sabun buih pembersih tangan anti bakteria Kirei Kirei datang dalam dua varian:
 
Sabun buih pembersih tangan anti bakteria Kirei Kirei datang dalam dua varian iaitu Moisturizing Peach dan Nourishing Berries. Setiap varian tersedia dalam format botol 250 ml dan pek isi semula 200 ml. Setiap botol dijual pada harga yang disyorkan iaitu RM12.50; dan setiap pek isian semula pada harga RM8.50. 


Beli produk Kirei Kirei dari AEON dan AEON Wellness yang terpilih, Don Don Donki di Lot 10 atau dapatkannya melalui penghantaran ke rumah dengan memesannya di Lazada atau Shopee hari ini!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Kirei Kirei, sila layari 



You Might Also Like

0 KOmen: