TERBARU! Tony Roma's Menawarkan 3 Menu Festive Flavours

5/20/2021 01:35:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Sekiranya korang ingin menikmati hidangan yang lazat, mewah dan menyelerakan pada Ramadan dan Syawal ini, kunjungilah Tony Roma’s kerana restoran popular ini menyajikan 3 menu Festive Flavours  buat semua penggemar daging.


Tony Roma’s bukan hanya satu restoran untuk menikmati hidangan tulang rusuk. Menunya telah diperluas untuk menawarkan kepelbagaian kepada semua pengunjung. Tony Roma’s juga menawarkan pilihan makanan laut, stik, ayam, biri-biri, salad, sandwich dan burger, serta pelbagai hidangan pembuka selera dan pencuci mulut bersaiz mini yang unik. Semua hidangan di sini sesuai untuk pelanggan beragama Islam.

TERBARU! Tony Roma's Menawarkan 3 Menu Festive Flavours 

Penggemar daging pasti teruja bila tahu Tony Roma's menawarkan 3 menu baru Festive Flavour ini. Dengar cerita menu baharu ini lebih jimat dan sedap! Excited nak cuba! Jom lihat 3 menu baharu tersebut


3 Menu Festive Flavours Tersebut Adalah :

1. Festive Beef Ribs Platter yang menawarkan 10 ketul tulang rusuk
2. Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing
3. T-Bone Steak beserta minuman dan pencuci mulut. 

Menu ini menawarkan pelbagai juadah lazat yang pasti mengujakan deria rasa pengunjung. 

1. Festive Beef Ribs Platter

Istimewanya Festive Beef Ribs Platter ini korang dapat cuba lima rasa unik yang dihidangkan khas bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung. Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap. 

Bagi Fara, Festive Beef Ribs Platter yang dihidangkan dengan lima rasa yang berbeza ini sesuai dikongsi dengan kumpulan ramai kerana saiz hidangan yang besar dan lengkap bersama hidangan sampingan dan Rib Bone Stew yang sedap!


Kalau korang suka rasa pedas, Sriracha atau Black Pepper pasti menggoda, manakala yang mahukan rasa asli, Original BBQ serta pilihan Spicy juga boleh didapati di dalam hidangan tersebut.

Dengan harga RM359.90 sangat berbaloi dimakan lebih-lebih lagi jika datang secara berkumpulan set ini merupakan pilihan terbaik!

2. Festive Lamb Slabs Platter

Festive Lamb Slabs Platter yang juga didatangkan dengan Rib Bone Stew dan hidangan sampingan, menampilkan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat. Diperap dengan gandingan sos Madu dan Plum, hidangan ini sungguh menyelerakan dan lembut sekali. 


Peminat Lamb boleh cuba Set ini. Datang dengan set yang besar dengan portion yang banyak, sesuai dimakan 4 hingga 6 orang. Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu RM299.90 sahaja. 

3. T-Bone Steak

Bagi yang inginkan hidangan bersaiz kecil, korang boleh try set T-Bone Steak. Hidangan saiz kecil iaitu 450gm T-Bone Steak ini dimasak dengan sempurna sekali. Kualiti dagingnya memang premium dan dimasak dengan sempurna serta dituang dengan Melted Butter Sauce pasti membuatkan pelanggan berpuas hati.


T-Bone Steak ini sangat lembut ketika dipotong. Makan berdua pun susah nak habiskan sebab isi dagingnya sangat tebal. Memang puas hati makan. Siapa yang suka daging yang dimasak 'medium cook' boleh cuba T-Bone Steak ni. 👍👍👍

Rib Bone Stew

Tak lengkap hidangan tanpa adanya pembuka selera. Walaupun Rib Bone Stew disediakan dengan cara masakan Amerika, ia masih mengekalkan elemen rasa masakan tradisional. Dimasak dengan kaedah reneh selama beberapa jam, daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya, tambahan pula, stew yang pekat dan kaya dengan rasa seumpama masakan dirumah sendiri.



Puas Hati Dengan 3 Menu Festive Flavours Tony Roma's

Setelah mencuba ketiga-tiga menu ini, boleh dikatakan semuanya sedap-sedap belaka. Paling memikat selera Fara adalah Festive Beef Ribs Platter kerana dalam setiap barisan tulang rusuk yang lazat tu telah diletak 5 jenis rasa sos unik yang sangat sedap. Tak bosan nak makan setiap kali ambil tulang rusuk rasanya berbeza! Memang kena dengan selera Fara.

 



Untuk maklumat lanjut mengenai menu atau membuat tempahan, layari:

Jika korang ingin menikmati hidangan premium yang lazat, mewah dan menyelerakan dari Tony Roma's ini, korang boleh dapatkan melalui platform >> Grab Food dan juga >> Foodpanda bermula 7hb sehingga 20hb Mei 2021. Available di semua outlet Tony Roma's kecuali Mahkota Parade.


You Might Also Like

0 KOmen: