TONTON Episod Penuh DRAMA SIHIR

11/16/2021 12:15:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

SIHIR adalah ilmu berkaitan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib sama ada syaitan atau jin yang lebih berfokus kepada perbuatan untuk menyakiti, memudaratkan atau mengelirukan manusia.

Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni mengupas sihir sebagai ikatan halus, jampi dan perkataan yang diucapkan, ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir termasuk kesengsaraan hati dan akal seseorang tanpa menyentuh jasad secara langsung.

Percaya atau tidak, amalan sihir yang bertentangan dengan ajaran Islam masih lagi menjadi obsesi segelintir masyarakat Melayu di negara ini. Dan sudah banyak juga naskhah atau karya yang dihasilkan dalam usaha mendidik golongan itu agar menghentikan amalan yang tidak elok.


Terbaharu, Astro bakal mempersembahkan sebuah lagi tayangan drama rantaian berjudul Sihir yang jalan ceritanya masih lagi berkisar mengenai amalan itu.

Sihir yang diterbitkan sebanyak 20 episod oleh syarikat produksi Juita Viden Sdn Bhd itu menceritakan kisah pasangan kembar, Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam.

Astro dalam kenyataannya memberitahu, idea asal drama Sihir diilhamkan oleh pengarah prolifik Michael Ang, Syawal Azrai dan Srikandi Emma.


Selain Kamal Adli dan Hun Haqeem, drama Sihir turut diserikan dengan kehadiran nama-nama popular seperti Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Farah Ahmad, Zaryn Myn, Wan Ellyas, Fiza Thomas,Dr. Katalina, Mak Wan Latah, Dilla Ahmad serta ramai lagi.

Bakal membuka panggung malam ini, drama Sihir akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula pukul 11 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

SINOPSIS SIHIR

Menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam dan cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan sihir yang mengganggu orang di sekeliling mereka.

Nuh mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi manakala Hud pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.

Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara.

Kembar ini dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir.

Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari.

Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.

Episod 01
Hud & Nuh kini perlu meninggalkan rumah anak yatim yang didiaminya setelah cukup umur namun terpaksa membatalkan hasrat mereka setelah mendapat alamat mengenai Mak Cik Halimah yang merana terkena busung.

Episod 02
Nuh mendapat alamat mengenai seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun di sebuah jambatan. Hal ini membawa mereka kepada gangguan di sebuah majlis perkahwinan yang terkena sihir pemisah.

Episod 03
Bayangan yang mucul dalam pandangan Hud menjelaskan keadaan Nuh yang sedang sakit. Kerana iri hati, Nuh di uji dengan sihir "Gong Tau" yang hampir meragut nyawanya.

Episod 04
Salina membawa Nuh & Hud bekerja di sebuah kelab malam tempatnya bekerja. Nuh & Hud mula mendapat petunjuk tentang penyanyi suara merdu yang mereka dengari selama ini menggunakan minyak buluh perindu.

Episod 05
Cik Hilyah meminta bantuan Nuh & Hud setelah kes histeria yang berlaku di asrama mereka sukar dibendung. Kembalinya mereka kini merungkai kisah jin yang bersarang dalam rahim warden asrama itu.

Episod 06
Berbekalkan informasi terbaru, Nuh & Hud kembali merantau untuk mencari asal usul mereka dan dipertemukan dengan keluarga En Azmir. Azimat taring rimau yang digunakan En Azmir akhirnya memakan diri.

Episod 07
Nuh & Hud bekerja sambilan di sebuah kedai makan untuk kelangsungan hidup. Namun kehadiran mereka telah membuka rahsia pemilik kedai itu yang menggunakan pocong pelaris bagi menarik pelanggan.

Episod 08
Fikri menjemput Nuh & Hud untuk hadir ke majlis perkahwinannya. Namun di majlis itu Hud mendapat bayangan wajah sebenar mak andam yang hodoh dan menakutkan.

Episod 09
Nuh mendapat petunjuk melalui mimpinya mengenai kes perogol bersiri yang semakin berleluasa. Dari petunjuk itu mereka cuba merungkai dan menjejaki penjahat ini yang mengamalkan ilmu pukau.

Episod 10
Ben adalah kenalan Nuh & Hud yang telah terkena sihir Bitas sebagai balasan atas kejahtan yang sering dia lakukan terhadap gadis-gadis yang ditemuinya. Sihir ini sangat popular kalangan masyarakat Sabah.

Episod 11
Nuh & Hud diberi kepercayaan untuk menguruskan food truck baru majikan mereka. Namun persaingan yang mereka hadapi semakin teruk apabila ada yang menggunakan sihir tanah kubur.

Episod 12
Ustaz Ayub terpaksa meminta bantuan Nuh & Hud untuk membantu anak rakanya yang terkena sawan tangis. Tanpa Daim sedari gangguan itu datang dari pedang antik lama yang disimpan olehnya.

You Might Also Like

0 KOmen: