9 Makanan Proses Yang Enak Tapi Tidak Selamat Untuk Anak Ekzema

2/09/2022 09:16:00 PTG Fara Lumière 1 Comments


Ekzema adalah penyakit lifestyle, maka soal pemakanan yang perlu dititik beratkan berbanding ubat. Ekzema tiada ubat. Tapi ekzema adalah tentang makan makanan yang sihat dan bersih untuk kulit yang sihat dan kuat #cleaneating


Makanan yang asli, kurang terproses, mengandungi nutrien sebenar yang tinggi sangat penting untuk kulit berhenti meradang

Manakala makanan yang melalui pemprosesan besar besaran, sehingga hilang rasa asli, dan ditambah pelbagai bahan sintetik lain selalunya mengandungi rendah kadar fiber, vitamin dan mineral serta tinggi garam dan gula

Jika ekzema anak anda sedang di luar kawalan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah HENTIKAN MAKANAN PROSES, mula beri anak makan real foods. #realfoodsrealhealing

Contoh makanan terproses adalah :

  • Sosej
  • Nuget
  • French fries
  • Bebola ikan
  • Kek ikan
  • Roti inti manis
  • Biskut manis (walaupun gluten free)
  • Kek
  • Gula-gula, lollypop
  • Keropok
  • Megi segera
  • Minuman tin, kotak, kordial
  • Ais krim
  • Cereals
  • Yogurt berperisa
  • Minuman kultur
  • Processed cheese
  • Mee kuning
  • Kicap
  • Sos
  • Mayonis
  • Minuman 3 in 1
  • Kiub pati ayam
  • Susu cair
  • Susu pekat manis
  • Fast foods


Masalah utama makanan terproses yang menyebabkan radang ekzema sukar shut down adalah pewarna makanan, pengawet makanan, dan perisa tambahan makanan yang tinggi bahan kimia terlarang untuk pastikan rasa makanan ini enak dan tahan lama di rak pasaraya.

Pewarna makanan akan menyebabkan risiko kanser, kencing manis, gastrik dan masalah alahan kulit.

Plumbum dan aluminium yang terkandung dalam makanan ringan boleh menyebabkan risiko tumbesaran terjejas dari segi mental dan fizikal

Bahan Tartazin (E102) yang digunakan semasa memproses makanan boleh menyebabkan gatal kulit yang teramat gatal, serta pembengkakan sesetengah tisu lembut seperti kelopak mata, bibir, lidah dan tangan.

Makanan yang mengandungi perisa makanan sintetik tambahan yang tinggi boleh menyebabkan cirit birit, muntah dan senak perut di kalangan kanak-kanak alergi

Kajian menunjukkan kesan pengambilan makanan terproses tanpa kawalan akan menyebabkan keradangan tubuh dan leaky gut.

Leaky gut akan mencetuskan keradangan kulit, iaitu ekzema

Oleh kerana itulah zaman sekarang, sesiapa pun akhirnya akan kena juga ekzema jika tidak kawal diet harian dari pengambilan makanan terproses di atas setiap hari 


You Might Also Like

1 ulasan: