Bisnes 2022 Boleh Beri Impak Negatif Jika Hanya Tahu Bermimpi

2/13/2022 02:55:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang pesat membangun, itu tidak boleh dinafikan. Malaysia sudah terkenal antara negara yang mempunyai servis perniagaan yang sangat berpotensi. Kebanyakkan rakyat Malaysia memang suka berniaga. Tidak kira perniagaan kecil atau besar di mana-mana ada saja peluang untuk membuka perniagaan baru.


Walaubagaimanapun tahun 2022 ini menyaksikan cabaran bisnes yang sangat mendebarkan. Ia mampu memberi impak yang negatif jika tidak dilakukan dengan penuh agresif. Perniagaan di tahun 2022 ini menampakkan ciri-ciri cabaran yang sangat tinggi untuk berjaya dalam dunia bisnes.


Jika nak berjaya kena ada ilmu. Dalam bisnes, orang yang kurang ilmu mungkin akan mengalami perasaan yang agak kurang menyenangkan bila melihat perniagaan semakin lama semakin merosot. 



Kenapa ini berlaku?  Ini kerana sasaran yang telah ditetapkan menjadi semakin kurang disebabkan oleh orang ramai yang lebih bersifat jimat cermat. Al maklumlah ujian-ujian yang datang sebelum ini telah menyebabkan ramai rakyat kita mengalami kesusahan untuk perlu kembali pulih dari ekonomi masing-masing.


Menyedari akan perkara ini, RichWorks cuba mengambil inisiatif untuk membantu ramai usahawan supaya sedar akan perkara yang berlaku in. Masing-masing perlu mengambil kira apakah yang sedang berlaku supaya dapat memahami keadaan dan dapat cuba menyelamatkan perniagaan masing-masing dengan cara yang betul.


Salah satu langkah yang dilakukan oleh RichWorks adalah dengan mengadakan program-program percuma dari masa ke semasa ini untuk membantu ramai usahawan supaya dapat bangkit kembali dengan penuh agresif. 



Hanya rasa agresif saja yang dapat membantu perniagaan masing-masing kembali pulih jika masih berada di tahap lama dengan cara perniagaan yang masih pada tahap lama perniagaan tersebut susah untuk terus berada pada tahap yang membanggakan.


Kenyataan ini sesuai dengan pendapat yang diluahkan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman, pengasas RichWorks sendiri. 

 

Ini apa yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi :


Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.



Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.



Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.


Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.



Pihak RichWorks sedang mengadakan Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman, sertai segera dengan menyertai saluran Telegram Azizan Osman Official.


Pastinya ada banyak perkongsian berguna yang akan diperolehi, maka jangan lepaskan peluang yang ada. 


Ayuh! Ubah nasib diri kalian sekarang!





You Might Also Like

0 KOmen: