Syarat dan Kriteria Asas Permohonan Rumah PRIMA
Kerajaan dalam setiap pembentangan Bajet (Belanjawan Malaysia) berusaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dengan menyediakan peruntukan dari segi jumlah pembinaan rumah dan SKIM Pembiayaan melalui program yang diperkenalkan kepada golongan sasar
Tentang PRIMA
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz
Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara
Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000
Syarat dan Kriteria Asas Permohonan Rumah PRIMA
- Warganegara Malaysia
- Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas
- Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000
- Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
- Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA
Permohonan PR1MA Secara Online
Cara memohon untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA, sila ikuti langkah-langkah permohonan di laman web rasmi PR1MA:
- klik pada judul pautan berikut: Garis Panduan Cara Permohonan PR1MA
- Sekiranya pemohon menepati syarat dan kriteria asas yang ditetapkan boleh mendaftar akaun PR1MA, klik pada judul pautan berikut: Pendaftaran Akaun PR1MA
- Mendaftar akaun PR1MA adalah bagi mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan
- Setelah berjaya mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan, pemohon boleh mengakses sistem borang permohonan online untuk mengisi dan melengkapkan serta memuat naik dokumen yang diperlukan
- Sila log masuk sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan di pautan berikut: https://register.pr1ma.my/Account/Login
Senarai Negeri / Wilayah Kediaman PR1MA
Keputusan Permohonan Rumah PR1MA
- Portal Rasmi PR1MA: https://www.pr1ma.my
- Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel & SMS
- Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda
- Anda bakal bergelar pemilik kediaman PR1MA!
Info Berkaitan
- Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri
- Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka
- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian
- Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan yang mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain
- Rumah PR1MA wajib didiami pemilik
Maklumat Lanjut
- Bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini dan pertanyaan, sila layari akaun Facebook rasmi PR1MA dengan klik pada judul pautan dibawah
- Facebook Rasmi PR1MA Home
- Pemohon disarankan mendapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang tersediakan di laman web rasmi PR1MA
PR1MA Perkenal Skim SPEF
Perbadanan PR1MA Malaysia (Perbadanan PR1MA) memperkenalkan Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF), sebuah skim pembiayaan akhir khas, khusus untuk para pembeli kediaman Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
Skim berkenaaan berpotensi meningkatkan peluang para pembeli kediaman PR1MA terutamanya pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pinjaman perumahan serta meningkatkan akses kepada jumlah pinjaman yang lebih tinggi berbanding pinjaman konvensional
erdapat dua asas bagi SPEF iaitu pembiayaan “step-up” atau pembiayaan “step-up” beserta pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kedua-dua asas pembiayaan ini membolehkan pembeli untuk hanya perlu membayar faedah dalam tempoh lima tahun pertama manakala jumlah asas (principal) hanya dibuat dari tahun keenam sehingga pembayaran pinjaman selesai
Bagi pilihan pembiayaan “step-up” beserta Akaun 2 KWSP, para pembeli berpeluang memperoleh jumlah pinjaman yang lebih tinggi
Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) adalah kerjasama antara Bank Negara Malaysia, KWSP, Maybank, CIMB, RHB dan AmBank
0 KOmen: