20 Pekerjaan Dari Rumah Yang Mudah Dan Senang Buat Duit

3/02/2022 09:03:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Keadaan ekonomi yang tak menentu ni membuatkan ramai terjejas pendapatan. Tambahan pula kena duduk dekat rumah sebab PKP, nak ke hulu ke hilir cari kerja pun susah, kan? Bila duit tak cukup nak belanja bulanan, boleh jadi resah gelisah dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau komitmen tinggi, mana nak cekau duit nak bayar rumah, kereta, kad kredit, atau pinjaman-pinjaman lain, betul tak? Jangan risau sebab ada banyak sangat peluang pekerjaan dari rumah yang boleh dicari di alam maya (tapi, jangan salah tempat pula), dan anda pasti menemui kerja dari rumah yang serasi dengan kemahiran anda.

Antara 20 kerja tersebut adalah:

1. Penulis Bebas (Freelance Writer)

Kalau anda memang jiwa menulis, ada banyak sangat peluang untuk anda di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan akan memerlukan penulis, jadi bina portfolio anda dan cari kerja penulisan yang sesuai dengan anda.




2. Pemasaran Afiliasi (Affiliate Marketing)

Bagi yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat, inilah kerja dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Bila jadi ejen afiliasi, anda akan dibayar komisyen antara 2% - 60% tau. Menarik, kan?

3. Pembantu Maya Peribadi (Personal Virtual Assistant)

Sekiranya anda seorang yang teratur dan dapat menangani tugas pejabat seperti membalas e-mel, pengurusan kalendar, memasukkan data dan pengurusan media sosial, pekerjaan ini sangat sesuai untuk anda.

4. Pereka Grafik (Graphic Designer)

Rugi tak tawarkan kemahiran membangun dan menyunting grafik yang ada secara Bukan setakat dalam Malaysia, anda nak ke pasaran global pun boleh.



5. Pereka Animasi (Animator)

Dah tengok Upin Ipin, Ejen Ali atau BoBoiBoy? Haaa…inilah kemahiran yang ramai cari untuk pereka animasi. Permintaan sangat tinggi untuk freelance animasi, jadi rebut peluang yang ada secepat mungkin.

 6. Tutor Online

Anda pakar subjek Matematik, Sejarah atau lain-lain? Musim pandemik ni, bukan kelas saja online, tuisyen pun ramai yang nak dapatkan khidmat online sebab risau nak hantar anak pergi mana-mana. Inilah masa untuk anda mendidik dari rumah sambil buat duit lebih.

7. Perniagaan Makanan

Buat yang pandai memasak, rugi kalau tak cuba jual masakan anda. Mana tahu makanan tu sedap sangat sampai tiba-tiba viral, tak menang tangan nak memasak pula. Kita tak tahu kalau tak cuba, kan?

8. Dropship

Dropship ni maknanya anda memasarkan produk syarikat / orang lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan saja. Tak perlu risau tentang penghantaran sebab syarikat / orang tu yang akan uruskan. Maknanya, anda kena bijak pemasaran dan berkomunikasi saja.

9. Perkhidmatan Pelanggan

Adakah anda mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik dan juga talian internet yang kuat? Anda boleh cuba untuk memohon kerja sebagai khidmat pelanggan dari rumah. Kerja ni pun dah boleh diuruskan dari rumah kalau anda dah tahu selok belok syarikat.

10. Pekerja Kemasukan Data (Data Entry)

Memasukkan data untuk perniagaan bukanlah pekerjaan yang menarik, tapi sangat senang! Anda pula tak memerlukan pengalaman untuk memohon, jadi boleh mulakan kerja sambilan dengan masukkan data.

11. Copywriter

 Kerja ni sesuai untuk mereka yang pandai menjual melalui penulisan. Kiranya apa yang anda tulis tentang sesuatu produk / servis akan menarik perhatian prospek.

 12. Pengurus Media Sosial

 Sekarang ni semua perniagaan nak dapatkan tarikan di media sosial. Kalau anda hebat mengurus konten media sosial, inilah kerja sambilan yang boleh anda cuba. Dapat syarikat besar atau femes, boleh tahan bayarannya, tau!

13. Pengulas Produk (Product Review)

Siapa yang berpengaruh dan ramai pengikut (follower) di media sosial boleh ambil peluang untuk jadi pengluas produk berbayar. Lagi ramai pengikut, lagi tinggi bayaran anda boleh dapat.



14. Pengaturcara Komputer (Programmer)

Kadang-kadang satu bahasa programming seperti Ruby pun dah cukup untuk anda mendapatkan kerja sebagai programmer dalam talian. Sebagai pakar, anda boleh mendapat bayaran tinggi dan caj ikut jam.

15. Penterjemah (Translator

Kalau anda fasih dalam dua bahasa atau lebih, kemungkinannya anda boleh dapatkan kerja untuk terjemah dalam bahasa tersebut. Di Malaysia sekarang pun banyak syarikat yang dah mencari penterjemah untuk laman web, artikel, dokumen dan pelbagai lagi.

16. Pembangun Web (Web Developer)

Boleh kata semua syarikat, baik yang baru atau lama, akan perlukan laman web. Jika anda mempunyai kepakaran untuk membangunkan laman web dari awal, pasti mudah untuk bersaing dengan yang lain.

17. Youtuber

Siapa hebat buat konten unik dan mampu meraih ramai penonton, ada ganjaran lumayan dari Youtube untuk anda. Jangan main-main, orang memasak atau menyanyi pun boleh viral kalau video menarik dan tertarik.


18. Pembangun Aplikasi Mudah Alih (Mobile App Developer)

Kemahiran ni adalah salah satu industri yang tengah panas membangun sekarang. Anda boleh cari kerja di syarikat secara online ataupun buat aplikasi sendiri yang menarik seperti aplikasi permainan atau pembelajaran.

19. Editor Video

Kerja editor video memang senang buat dekat rumah sebab perlukan software Kalau ada semua kelengkapan dan anda boleh hasilkan video yang menarik, sangat senang untuk dapatkan kerja.



20. Pengulas Buku

Kerja ni memerlukan kemahiran bahasa dan analisis yang baik. Sebabnya, ia masih baru di Malaysia dan kebanyakan peluang wujud di luar negara. Kalau anda memang pencinta buku dan mahu cari duit lebih dengan buat review, apa kata tengok senarai syarikat yang memang sentiasa mencari pengulas buku sambilan ni.

Nampak tak betapa banyaknya peluang untuk yang nak bekerja dari rumah. Kalau anda boleh keluar rumah dan ada kenderaan yang bersesuaian, lagi bertambah lah kerja part time yang boleh dibuat.

Platform untuk cari kerja-kerja dalam senarai di atas pun dah tersedia online. Anda hanya perlu rajin meneroka dan tahu selok beloknya.

You Might Also Like

0 KOmen: