TERKINI: PENGELUARAN KWSP 10K ONE-OFF DILULUSKAN Perincian akan diumumkan dalam masa terdekat.
Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri DS Ismail Sabri dalam sebuah kenyataan media pada jam 1.30 tengah hari sebentar tadi, 16 Mac 2022.
❗PENGELUARAN KHAS KWSP❗
➡️ PERMOHONAN BERMULA 1 APRIL 2022.
👉 Untuk ahli KWSP berumur di bwh 55 Tahun.
👉 Minimum pengeluaran RM50
👉 Maksimum pengeluaran RM10,000.
👉 Ambik Baki di dalam Akaun 2 dahulu, tak cukup baru ambik Akaun 1 (Bergantung kpd jumlah yg dipohon)
✅ PEMBAYARAN AKAN DIBUAT MULAI : 20 APRIL 2022.
⛔ TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 APRIL 2022.
Petikan dari YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob :
"Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan."
#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat
0 KOmen: