TABUNG KEMPEN HADA LABO 'WE CARE FOR SOCIETY'

5/26/2022 05:45:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

TABUNG KEMPEN HADA LABO 'WE CARE FOR SOCIETY' MEMBAWA KECERIAAN KEPADA USAHAWAN WANITA B40



22 Usahawan Wanita B40 dan 500 Keluarga Mendapat Manfaat daripada Kempen ini


KUALA LUMPUR, 17 Mei 2022 – Hada Labo dengan kerjasama Watsons telah berjaya mengumpul RM50,000 sepanjang 5 minggu kempen ‘We Care For Society’. Kempen ini yang dilancarkan pada bulan Ramadan bertujuan menyokong perniagaan tukang jahit wanita B40 dan pembuat biskut wanita B40.


Dengan kerjasama Women Of Will (WOW), Hada Labo menugaskan usahawan wanita B40 menjahit sejumlah 1,500 topeng muka dan membakar lebih kurang 10,000 keping biskut, yang kemudiannya diedarkan kepada 500 keluarga yang tinggal di lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Lembah Klang iaitu, PPR Batu Muda, PPR Pekan Batu, PA Sri Kelantan, PA Sri Negeri Sembilan, dan PA Sri Perlis 2.


Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen, berkata Hada Labo gembira dapat memainkan peranan dalam menyumbang kepada komuniti yang terkesan, terutamanya komuniti B40 yang terjejas teruk semasa wabak itu.


Lim berkata, kempen ini berjaya dan dia ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan di atas sokongan mereka kepada Hada Labo dan juga menjadikan sambutan Hari Raya bermakna untuk masyarakat B40.

“Hada Labo ‘We Care For Society’ bermula dua tahun lalu sebagai komitmen jenama kami dan inisiatif untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Kempen kami dua tahun lepas telah membantu 230 orang wanita B40 dalam perniagaan mereka dan memberi manfaat kepada 300 keluarga B40 daripada tiga Projek Perumahan Rakyat. Tahun ini sahaja, kami telah membantu 22 lagi usahawan wanita B40 dan 500 keluarga B40,” tambah Lim.




'We Care For Society' Hada Labo adalah salah satu inisiatif jenama untuk kembalikan kepada masyarakat. Melalui kempen itu, RM1 daripada hasil jualan setiap produk Hada Labo Premium Whitening yang dijual di cawangan Watsons di seluruh negara telah disumbangkan kepada tabung tersebut.


Ketua Pegawai Operasi Women Of Woill (WOW), Lakshwin Muruga, menghargai sokongan berterusan daripada Hada Labo untuk membantu wanita yang kurang berkemampuan dalam mencari rezeki.


“Walaupun kita sudah memasuki fasa endemik tetapi perniagaan kecil yang dijalankan oleh usahawan B40 masih terjejas akibat inflasi dan kos operasi yang tinggi. Oleh itu kami berterima kasih kepada Hada Labo atas sokongan kewangan berterusan mereka tahun demi tahun. Kami berharap untuk terus bekerjasama rapat dengan Hada Labo untuk memperkasakan wanita yang kurang bernasib baik dengan kemahiran baharu selain menawarkan bantuan kewangan kepada mereka,” kata Lakshwin.


Untuk maklumat lanjut mengenai Hada Labo, layari www.hadalabo.com.my atau laman Facebook: MyHadaLabo.


Falsafah penjagaan kulit Hada Labo:

“SEMPURNA X SEDERHANA”

Untuk kemuncak kesempurnaan dan kesederhanaan

Hada Labo menggunakan bahan terbaik, paling suci dan sangat berkesan untuk memberikan anda hasil kemuncak kulit yang cantik. Diilhamkan oleh kebijaksanaan kecantikan Jepun, Hada Labo mengadaptasi falsafah “tidak lebih tidak kurang” dalam rumusan produknya untuk nisbah ramuan “sempurna” bagi memberikan hasil optimum. Bahan membebankan kulit seperti bahan tambahan, pewarna, wangian dan minyak mineral dihapuskan. Hanya ramuan pati yang bermanfaat untuk kulit dikekalkan bagi memastikan keberkesanan maksimum – Hanya yang terbaik untuk kulit anda dan tiada yang lain…



Mengenai Syarikat Mentholatum Inc.

The Mentholatum Company Inc. ditubuhkan pada tahun 1889 adalah pengeluar dan pemasar ubat-ubatan dan produk kesihatan tanpa preskripsi. Ibu pejabatnya di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat yang beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, Republik Rakyat China dan Jepun. Pengeluaran dibuat di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran / pengedaran di lebih dari 150 negara. Syarikat itu yang dimiliki secara swasta selama 99 tahun, diambil alih oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. dari Osaka, Jepun pada tahun 1988. Rohto adalah pemain utama dalam pasaran farmaseutikal Jepun, produk terlaris dalam kategori penjagaan mata, topikal dan kelegaan perut. Sejak 1889, The Mentholatum Company berkembang dan daripada pembekal kecil sabun dan peralatan mandian menjadi syarikat antarabangsa yang makmur, memasarkan formula ubat-ubatan sendiri yang berkualiti di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat dan banyak negara di seluruh dunia, produk keluarga Mentholatum memperoleh reputasi kerana kualiti dan nilainya. Setiap jenama Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.


Jenama di bawah Mentholatum: Lipice, Oxy, Hada Labo, Selsun, Sunplay, Rohto Eye Drops, Botanics, Deep Heating Rub, Melano CC.

You Might Also Like

0 KOmen: