Ring Sling Baby Best Dan Selesa dari Mamaway

10/20/2022 07:16:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Zaman sekarang ramai ibu bapa mula Menggengdong bayi menggunakan baby carrier atau ring sling semasa di rumah, di mall mahupun ketika melakukan aktiviti beriadah. Pengalaman Fara menggunakan ring sling bayi sejak anak pertama memang sangat memudahkan. Fara mampu melakukan kerja secara multitasking iaitu menjaga bayi sambil menyiapkan kerja-kerja rumah. 


Bayangkan sambil menggendong bayi dalam dakapan, kedua-dua belah tangan Fara masih mampu digerakkan secara bebas untuk menyelesaikan pelbagai urusan penting melibatkan kerja rumahtangga atau urusan kerja lain. Penggunaan Ring Sling ini memberikan kebebasan kepada Fara untuk menjaga anak sambil memasak hidangan makanan tengah hari di dapur, mop lantai, menulis dan sebagainya. Memang fleksibel!

Mengurangkan Beban Di Bahagian Lengan

haa! ni paling best. Memang lenguh seluruh lengan dan badan apabila terpaksa mendukung bayi sehingga beberapa jam lamanya tanpa peralatan sokongan. Keadaan ini menyebabkan Fara terpaksa bergilir-gilir dengan suami untuk tugas mendukung bayi. Ring Sling adalah penyelesaian terbaik menghilangkan lenguh di bahagian lengan ketika mendukung. Sistem sokongan Ring Sling Mamaway yang kuat mampu menampung berat sehingga beberapa kilogram sekaligus membolehkan mengurangkan beban dan kelenguhan di bahagian lengan.

mamaway ring sling


Kepelbagaian Posisi

Salah satu kelebihan menggunakan Ring Sling Mamaway ialah posisi bayi tidak tetap pada satu keadaan sahaja. Rekabentuk baby carrier dilihat lebih fleksibel di mana kita boleh mempelbagaikan posisi bayi. Menggunakan Ring Sling Mamaway ni Fara bebas menentukan posisi gendongan mengikut keselesaan sama ada menggendong bayi di bahagian depan, belakang badan, membaringkan bayi dalam posisi tidur, meletakkan bayi dalam posisi mengadap ke arah dada dan sebagainya. Kepelbagaian meletakkan posisi bayi ini penting supaya kita lebih fleksibel mengikut keselesaan postur tubuh.


Mamaway
baby fara selesa posisi begini 'posisi M'


Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja

Penggunaan stroller mungkin lebih memudahkan tetapi ia tidak fleksibel di bawa ke mana sahaja. Tidak seperti baby ring sling di mana kita boleh membawa bayi ke tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai, ke kawasan pantai yang berpasir, mendaki bukit, melalui jalan yang sempit dan sebagainya. Dengan adanya Ring Sling tidak perlu susah melipat semula stroller yang di bawa dan dalam masa yang sama terpaksa pula membawa dua beban iaitu bayi dan stroller yang dilipat. Penggunaan Baby Ring Sling tentunya jauh lebih memudahkan untuk tujuan berjalan-jalan

Ring Sling Mamaway ni bersaiz kecil dan mudah dilipat masuk kedalam bag


5 Sebab Kenapa Ring Sling Dari Mamaway Menjadi Pilihan!

 
1. Material Kain Yang Best


Material kain dari Mamaway yang selesa! Ring Sling Mamaway diperbuat dari kain cotton yang berkualiti tinggi. Bila kain nya selesa, confirm anak pun selesa sebab tak panas kan. Cotton berkualiti tinggi bersifat absorbent dan breathable.


2. Boleh Carry Sampai 50 kg Baby / Toddler



Ring sling Mamaway ni boleh carry sampai 50kg beban berat tau. Tanpa perlu risau kain terkoyak ke apa! Material dia double ring, takkan berubah bentuk dan boleh menjadi pengalir haba.


3. Diluluskan Oleh International Dysplasia Insitute As Hip Healthy product


 
Ring Sling ini juga selamat digunakan dan mendapat kelulusan dari International Dysplasia Insititute as 'hip healthy' product. Bila guna ring sling ni, kaki anak akan berada dalam M position. Maksudnya kalau dari belakang boleh nampak macam baby dalam keadaan duduk. Posisi begini perlu dalam keadaan di mana lutut lebih tinggi dari kedudukan punggung. So kalau korang dok mencari baby carrier yang selamat, MamaWay confirm mengikut piawaian yang ditetapkan dan confirm selamat tau!


4. Mudah untuk breastfeeding mommy



One thing best pasal kain ring sling ni, size dia besar so bila pergi mana-mana, dia boleh jadi sebagai nursing cover tau time kita nak breastfeed.


5. Boleh Dukung Toddler Juga!


Ring sling ni bukan sahaja untuk bayi, tapi boleh sampai anak-anak yang dah besar sebab boleh tampung sampai 50kg kan. Means, kalau Fara nak dukung Amira pun lepas lah, sebab Amira baru 13 kg!

Boleh dapatkan Baby Ring Sling Mamaway Di :


Bagi moms yang nak beli Ring Sling Mamaway boleh beli di :


Official Website: https://my.mamaway.com/
How to wear a ring sling


Pstttt!!! Nak lebih jimat? guna code ni MAMABLOG-FARAH dan enjoy RM15 off for purchase over RM150.

You Might Also Like

0 KOmen: