Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash BERKESAN mengurangkan bintik hitam, pores dan sel kulit mati
Jenama pemutih esen No. 1 di Jepun, Melano CC telah memperkenalkan Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash, penyelesaian yang berkesan untuk membersihkan liang pori sambil mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Ia adalah pencuci muka enzim jenis tiub pertama yang dihasilkan untuk membantu mengekalkan kulit licin berseri. Dengan campuran Vitamin C dan enzim protease, pencuci muka ini mengurangkan bintik hitam, dan sel kulit mati dengan lembut serta menanggalkan kekotoran untuk menghidupkan semula kulit kusam. Pencuci berkrim ini kaya dengan buih untuk membuka pori-pori yang tersumbat dan menjadikan kulit licin dan bersih.
Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash, sesuai untuk kegunaan harian
- Enzim untuk mengelupas dan menanggalkan sel kulit mati dengan lembut.
- Tanah liat Kaolin untuk menyerap lebihan minyak, kotoran, dan kekotoran daripada liang-liang.
- Vitamin C untuk mengekalkan kelembapan kulit, mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan jerawat.
- Bebas daripada bahan yang merengsakan seperti Alkohol, Paraben dan Silikon- sesuai untuk kulit sensitif.
Enzim mengandungi bakteria aktif, Melano CC menggunakan teknologi unik untuk mengurangkan kandungan airnya bagi menghalang enzim hidup daripada dinyahaktifkan semasa masih dalam tiub. Berbeza dengan pencuci muka enzim jenis serbuk di pasaran yang mengambil masa untuk berbuih selepas dicampur dengan air, pencuci muka enzim Melano CC jenis tiub dapat berbuih dengan lebih mudah dan pantas. Ia senang digunakan dan buihnya padat dan licin.
Cara untuk menggunakannya:
1. Picitkan jumlah yang mencukupi pada tapak tangan anda.
2. Buihkan dengan air.
3. Urut pada muka dan bilas dengan air bersih.
Berharga RM39.90, Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash boleh didapati di cawangan Watsons di seluruh negara dan juga di kedai dalam talian rasminya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk, log masuk ke www.facebook.com/MelanoCCMY.
0 KOmen: