Beli Baju Raya Aisy Asyraf by IMAM MUDA Asyraf

3/21/2023 11:07:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Tak lama lagi, nak raya dah kan. Dah cari baju raya? Di pagi raya, tak sempurna la kalau takda Baju Raya kan. Sebelum ini, ingatkan baju melayu cuma ada satu atau dua jenis sahaja. Rupanya ada banyak jenis rekaan unik kepada baju melayu, khususnya baju melayu moden dan terkini mengikut perkembangan fesyen semasa.


Tahun ini, Suami memilih untuk mencuba baju raya dari Aisy Asyraf. Jenama ini rasanya sudah tidak asing lagi. Lebih mengfokuskan kepada pakaian lelaki. Aisy Asyraf tahun ini masih mengekalkan pengeluaran bagi pakaian Baju Melayu dan Kurta untuk tampil lebih tampan di pagi raya. Baju Melayu dan kurta masing-masing ada peminatnya sendiri. Ada sebab kenapa pilihan setiap individu berbeza samada untuk keselesaan, gaya atau apa pun sebab lainnya. Macam Suami Fara suka kurta sebab nampak smart dan boleh digayakan dengan seluar jeans.


Di Butik Aisy Asyraf ni terdapat pelbagai jenis kurta yang dijual seperti Izzi, Afgan, Nasz, Lawla dan banyak lagi. Tawaran warna juga banyak, ada biru, brown, hitam, ungu dan banyak lagi. Oh ya, Baju Melayu dan kurta mereka mengenakan potongan biasa yang direka untuk keselesaan dan sentiasa kelihatan kemas terutamanya di pagi raya. Tidak terlalu ketat dan warna yang ditawarkan pun banyak. Selain baju Melayu dan kurta, ada juga yang memilih untuk memakai jubah.

Baju raya berjenama yang selesa, berkualiti dan pilihan masa kini

Aisy Asyraf by IMAM MUDA Asyraf merupakan antara butik pakaian raya yang popular di di Shah Alam. Terletak berhampiran Berhadapan Bazaar @ Seven (Shah Alam) memang mudah untuk mencari butik ini.

Pasti ramai yang akan tertawan dengan pakaian yang cukup berkualiti di butik Aisy Asyraf ini. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan pilihan warna yang memukau. Dengan reputasi sebagai antara pengeluar pakaian ternama di Malaysia, pastinya jaminan pakaian disini adalah dengan kualiti terbaik.




Koleksi baju raya dari Aisy Asyraf juga amat mementingkan gaya yang minimalist, segak dan tampan. Walaupun baju Melayu dilihat sebagai pakaian tradisional, ia tetap boleh digayakan dengan gaya moden dan sesuai untuk golongan muda yang gemar bergaya.

Untuk kurta, ada sehingga lima pilihan yang boleh anda pilih. Di sini pelbagaikan jenis potongan, kolar, kedudukan poket dan juga jenis lengan agar si pemakai tampak lebih kemas dan bergaya.

Antara Sebab Mengapa Fara Suka Baju Raya Jenama Aisy ASyraf :

💗 Kolar jenis teluk belanga atau cekak musang
💗 Mempunyai jahitan halus yang kemas di sekeliling kolar dan butang.
💗 Logo Aisy Asyraf di hadapan dan pada butang baju
💗 Saiznya sedang elok iaitu tidak terlalu ketat atau longgar.
💗 Menggunakan material 100% cotton yang akan terletak kemas di badan si pemakai
💗Walaupun nampak simple tapi pasti akan kelihatan segak bila dipakai
💗Mempunyai poket tersembunyi di sisi baju bagi membolehkan anda menyimpan barangan yang ringan dan nipis.

Buat mereka yang mementingkan keselesaan, inilah pilihan kurta yang terbaik untuk anda!








Antara ciri-ciri menarik pada pakaian mereka adalah:

👉 Pelbagai Pilihan Warna
👉 Saiz Kids : Saiz 2 tahun - 12 tahun
👉 Saiz Dewasa : Saiz S - 3XL
👉 Cutting Perfect
👉 Material Kain Tak Panas
👉 Tak Mudah Renyuk
👉 Sesuai Di Pakai Untuk Semua Majlis
👉 Kain berkualiti tinggi
👉 Tidak jarang
👉 Mudah digosok
👉 Rekaan ringkas
👉 Tidak panas



Jika anda tiada masa untuk berkunjung ke butik mereka jangan risau, beli sahaja baju raya online di laman e-dagang mereka di

Website : www.aisyasyraf.com
Facebook : https://www.facebook.com/butikaisyasyraf
Instagram : https://www.instagram.com/aisyasyraf_hq/


Alamat Butik Aisy Asyraf di Shah Alam 

Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf
18a, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Landmark: Atas Restoran Jemari. Berhadapan Bazaar @ Seven (Shah Alam)






You Might Also Like

0 KOmen: