5 Produk GKB ini Membantu Meningkatkan Kesihatan Usus Dan Sistem Penghadaman

3/27/2023 01:41:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Usus kita memainkan peranan penting untuk kesihatan. Selain untuk penghadaman, usus juga merupakan bahagian utama sistem imun. Namun, kebanyakan orang cenderung untuk mengabaikan kesihatan usus sehinggalah kita kerap kali mengalami masalah berkaitan usus seperti cirit-birit, sembelit dan sindrom iritasi usus besar. Walaupun masalah tersebut tidak mengancam nyawa, menghadapinya setiap hari pasti mengganggu kehidupan seharian seseorang. 


Menjaga kesihatan usus bukanlah satu perkara yang sukar. Korang boleh mengurangkan risiko mendapat masalah penghadaman dengan mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah mengamalkan diet yang seimbang dan pelbagai. Ini membantu memastikan mikrobiota usus yang seimbang. Satu faktor diet khusus adalah pengambilan probiotik yang terbukti sebagai cara terbaik untuk mengekalkan keseimbangan ini.

Kenali Probiotik

Pernah dengar Probiotik? atau tahu tak fungsi Probiotik pada tubuh? Probiotik adalah bakteria dan ragi yang baik. Apabila ditelan, mereka akan hidup dalam usus dan membantu melancarkan sistem pencernaan. Usus kita ni penuh dengan bakteria baik dan buruk dan mereka semua menyumbang kepada kesihatan usus yang baik atau tidak. Jadi apabila korang menambah bakteria yang baik, kesihatan usus korang akan mula berkembang dengan cara yang lebih baik. 

Latar Belakang GKB 

Sebelum Fara perkenalkan produk mereka, mari kenal dahulu siapa GKB ini. GKB (GK BIO International Sdn. Bhd.) telah ditubuhkan pada tahun 2018, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan.

Objektif utamanya adalah bertujuan untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi di Malaysia pada harga yang berpatutan untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan. Sejak penubuhannya, syarikat itu telah membantu lebih daripada satu juta rakyat Malaysia untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

GKB memastikan setiap produk kesihatannya diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025, untuk memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawai pembuatan produk pada tahap tertinggi.

Bagaimana Produk GKB Probiotik Membantu Meningkatkan Kesihatan Usus Dan Sistem Penghadaman?

Kajian juga telah membuktikan bahawa produk GKB probiotik boleh membentuk halangan pada dinding usus untuk mencegah bakteria ‘jahat’ dari memasuki badan. Bakteria ini dapat meningkatkan fungsi fisiologi, membantu mengekalkan fungsi saluran pencernaan, dan meningkatkan metabolisme dan imuniti, melegakan sembelit dan cirit-birit yang mana seterusnya dapat memperbaiki tabiat buang air besar.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bagaimana probiotik dapat membantu memodulasi sistem imun dan malah menambahbaik sistem imun dengan lebih baik

5 Produk GKB Berikut Sangat Bagus Untuk Meningkatkan Kesihatan Usus Dan Sistem Penghadaman

Salah satu cara mudah untuk meningkatkan populasi bakteria usus yang baik adalah dengan mengambil makanan dan produk yang mengandungi probiotik. 5 Produk GKB Berikut Sangat Bagus Untuk Meningkatkan Kesihatan Usus Dan Sistem Penghadaman

(1) Untuk memperbaiki usus | GKB Probio+

GKB Probiotik

Kekerapan membuang air besar adalah berbeza bergantung kepada individu kerana ada yang akan ke tandas untuk ‘hajat besar’ 3 kali sehari, 3 kali seminggu dan pelbagai lagi tempoh lain. Jadi, mungkin definisi sembelit itu sendiri adalah berbeza di antara setiap individu

Bila terjadi sembelit serba sedikit menggangu rutin harian. Probio+ ini bagus diamalkan kerana mampu melembutkan najis dan memudahkan proses membuang air besar. Pada mereka yang sering ada masalah sembelit dan cirit-birit bagus untuk amalkan Probio+ ini


(2) Untuk Mengurangkan Gastritis | GKB Probizymes

GKB Probiotik

Dah tak tahan menanggung gastrik setiap kali terlewat makan? Dah cuba macam-macam nak atasi masalah gastrik tapi tak jadi. Saya faham dan saya nak bantu anda.

Saya yakin Ramai pesakit gastrik bermula bila selalu biarkan perut kosong dalam tempoh yang lama. Produk ini bagus kerana memberikan rasa kenyang lebih lama dan tidak memedihkan perut.

Selain itu, GKB Probizymes juga tidak mengandungi asid urik yang mengganggu perut dan sangat mudah diserap oleh tubuh dan sumber protin lengkap beralkali dan cepat untuk memberikan rasa kenyang kepada pesakit gastrik.

Diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan.


(3) Untuk memperbaiki kulit | GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

GKB Probiotik

Mereka yang ada masalah kulit kering, kulit sensitif, masalah gastrik boleh mengamalkan produk ini. Selain membantu mengurangkan masalah gastrik ianya juga boleh meyihatkan kulit luaran dan dalaman. 
Selain itu ia juga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita dan meningkatkan imuniti

(4) Untuk mengurangkan sembelit | GKB G-Pro Gold

GKB Probiotik

Sembelit adalah masalah biasa yang sering berlaku. Ramai orang mungkin mengalami sembelit disebabkan oleh makanan yang mereka makan, pilihan gaya hidup, ubat-ubatan yang mereka ambil, atau masalah perubatan yang mereka hadapi.

Tanda-tanda sembelit adalah :
 
👉Membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu
👉Najis keras, kering atau berketul
👉Kesukaran atau kesakitan apabila membuang najis
👉Rasa tidak semua najis keluar sepenuhnya, atau tidak lawas

Masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan GKB G-Pro Gold. GKB G-Pro Gold boleh membantu mencegah sembelit yang kronik. Probiotik dalam produk ini ialah bakteria baik yang hidup secara semula jadi di dalam usus

Mengambil GKB G-Pro Gold selama 2 minggu boleh membantu merawat sembelit, meningkatkan kekerapan membuang air besar dan konsistensi najis yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik
.

(5) Untuk menurunkan berat badan | GKB Lactobacillus Plantarum GKM3

GKB Probiotik

Boleh ke produk yang ada probiotik menurunkan berat badan? Jawapannya boleh! Ada beberapa cara yang berbeza yang probiotik dapat membantu mengurangkan berat badan, tetapi yang jelas, apa yang sebenarnya kita bicarakan kesihatan yang baik dan bagaimana kesihatan usus mempengaruhi berat badan dan keradangan


Keradangan yang berlebihan di dalam badan menjadikannya sukar untuk menurunkan berat badan, dan mikrobioma yang tidak seimbang menyumbang kepada jenis keradangan yang mendorong kenaikan berat badan dan pengekalan cecair dan menjadikan berat badan sukar. 

Oleh kerana probiotik membantu mengimbangi mikroba usus, mereka dapat membantu menyeimbangkan keradangan di saluran pencernaan dan membantu usaha menurunkan berat badan yang sudah anda lakukan lebih efektif .

Selain itu, produk ini sesuai juga untuk orang yang ingin mengekalkan bentuk badan dan orang yang mengalamai masalah sembelit ringan atau masalah kulit kering. Selain dapat meningkatkan kesihatan usus dan perut, produk ini mengurangkan kedutan kulit serta meningkatkan kesihatan dan keanjalan kulit

Kekalkan Kesihatan Usus yang Baik dengan Gaya Hidup Sihat

GKB Probiotik

Kini setelah anda pelajari tentang kepentingan mengekalkan kesihatan usus yang baik, pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat, makan secara seimbang dan pilih makanan yang pelbagai serta amalkan aktiviti fizikal setiap hari. 

Kelebihan utama probiotik GKB

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman

penambahan probiotik yang sesuai boleh membantu mengekalkan kesihatan, meningkatkan fungsi penghadaman, dan meningkatkan sistem imun.

GKB Probiotik

Akhir kata, 5 produk ini inshaAllah boleh membantu pengguna mengekalkan kesihatan usus mereka dan seterusnya dapat membantu mengubah mereka lebih cantik dari dalam dan luar


GKB Official Selling Platform:
All major pharmacies in Malaysia, including

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 


Youtube : https://www.youtube.com/@mygkb01

You Might Also Like

0 KOmen: