TERBARU Gumash memperkenalkan set penjagaan rambut seperti Hair Serum, Hair Mask dan Hair Tonic
Memandangkan kita beragama islam, pengambilan produk pewarna rambut yang halal perlu untuk memastikan wudhuk sah dan solat dapat dilaksanakan dengan sempurna. Nak pilih pewarna rambut telus air ni mungkin sedikit mengelirukan sebab ada terlalu banyak pilihan di pasaran. Tapi sekarang, nak cari pewarna rambut halal itu mudah dan senang sahaja.
Kelmarin Fara menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan rambut jenama Gumash. Setelah kukuh berada di pasaran selama lima tahun, dan bermula dengan hanya tiga pilihan warna rambut Gumash kini telah mengeluarkan lapan pilihan warna yang sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Antara pilihan warna tersebut ialah Auburn, black Burgundy, Chestnut, Copper, Dark Brown, Dark Red dan Ruby.
Rangkaian produk rambut Gumash berkualiti antarabangsa
Bukan sahaja menitik beratkan soal hukum, bahkan Gumash juga mementingkan kualiti produk supaya setiap pengguna boleh menikmati produk yang premium dari Gumash setanding dengan produk jenama popular antarabangsa.
TERBARU Gumash memperkenalkan set penjagaan rambut seperti Hair Serum, Hair Mask dan Hair Tonic
Selain itu, menyedari kepentingan penjagaan rapi untuk rambut, Gumash turut memperkenalkan set penjagaan rambut seperti Hair Serum, Hair Mask dan Hair Tonic. Ini menjadikan Gumash sebagai syarikat yang mengeluarkan set penjagaan rambut lengkap dan sah untuk dibawa solat.
Berikut ialah 2 rangkaian produk baru yang di perkenalkan pada hari pelancaran :
1. Gumash Color Expert Shampoo yang merupakan Color Expert Shampoo yang pertama keluaran syarikat bumiputera Malaysia.
Dengan kualiti dan bahan - bahan premium pengguna yang kerap mewarnakan rambut , disarankan menggunakan syampu ini agar warna kekal tahan lebih lama serta rambut kelihatan lebih sihat dan bersinar.
2. Gumash Saloon Collection, yang merupakan pakej dan koleksi khusus untuk kegunaan salon agar memudahkan mereka menepati kehendak dan citarasa pelanggan.
Ianya juga bagi merealisasikan permintaan yang tinggi dari salon untuk Gumash mengeluarkan koleksi khas, khusus untuk kegunaan salon bagi memenuhi permintaan pelanggan mereka. Ini kerana kebanyakkan pelanggan ingin pewarna rambut yang lebih mewah dengan bantuan kepakaran pendandan rambut di salon.
Pelancaran kali ini bukan sahaja memperkenalkan rangkaian baru produk Gumash tetapi turut meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti Islam akan kepentingan memilih produk perwarna rambut yang betul dan sah untuk tujuan beribadah. Umum mengetahui produk pewarna rambut Gumash adalah tanpa ammonia dan paraben.
Gumash amat mementingkan kualiti produk dan sentiasa memastikan pengguna menikmati produk yang premium dari Gumash setanding dengan produk jenama popular antarabangsa. Visi ini sejajar dengan sasaran Gumash untuk menembusi pasaran antarabangsa. Tidak hanya selesa mempunyai ramai pengguna tetap dari seluruh negara, produk Gumash juga telah menembusi pasaran antarabangsa seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan akan datang Turki.
Produk Pewarna Rambut Pilihan Saya
Bagi korang yang sukakan pewarna rambut halal sah solat dan juga organik jangan lupa try Gumash. Selain Halal ianya juga sesuai digunakan untuk rambut kering atau rosak kerana bahan utama produk mereka mengandungi minyak argan dan koko butter yang bermanfaat untuk kesihatan rambut. Kandungan bahan-bahan itu akan memberikan anda rambut yang berkilat dan lembut.
Tambahan pula, pewarna rambut terbaik ini tidak mengandungi ammonia yang akan merosakkan rambut anda.
Paling penting, telah disahkan halal dan telus air, jadi wanita muslimah boleh mewarnakan rambut dengan hair coloring ini dan dalam masa yang sama, ianya sah wudhu
Produk ini juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan terutamanya jika korang mempunyai kulit rambut sensitif.
Syampu pewarna rambut Gumash
Bila selalu guna pewarna rambut, Fara faham ramai risau takut terjadinya rambut gugur, kering, rosak, kulit kepala gatal, kelumumur dan sebagainya. Gumash Color Expert, Diperkaya dengan bahan semulajadi seperti Minyak Argan dan Vitamin E yang merawat rambut menjadikan rambut berwarna anda tidak kusam, lebih lembut, sihat dan bersinar
Untuk korang yang mencari pewarna rambut halal dan syampu, Fara cadangan korang membeli brand jenama Gumash. Gumash merupakan salah satu produk pewarna rambut halal yang disukai ramai. Ramuan yang digunakan adalah mematuhi shariah dan ianya juga sah wuduk. Malahan, produk pewarna rambut mereka juga disahkan oleh panel shariah. Oleh itu anda tidak perlu berasa was-was.
Jom dapatkan rangkaian produk GUMASH sekarang!
Pewarna rambut Gumash boleh didapatkan dari laman sesawang dan media sosial Gumash, stokis, ejen dan salon-salon muslimah terpilih seluruh Malaysia.
Facebook : https://www.facebook.com/gumashcolor
Instagram : https://www.instagram.com/gumashcolor/
0 KOmen: