40 USAHAWAN WANITA B40 DAN 12 RUMAH WARGA TUA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA HADA LABO WE CARE FOR SOCIETY TAHUN INI
KUALA LUMPUR, 6 April 2023 – Hada Labo, jenama penjagaan kulit terkenal, sekali lagi mengambil langkah ke hadapan untuk meningkatkan kehidupan wanita B40 melalui kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya, “We Care for the Society” yang menyasarkan untuk mendidik dan melengkapkan golongan wanita ini dengan pengetahuan dan kemahiran yang berguna seterusnya membantu mereka mencapai bebas daripada masalah kewangan. Program mendekati golongan wanita berpendapatan rendah B40 telah dijalankan dengan kerjasama Women Of Will (WOW) dan Watsons.
Melalui kempen ini, Hada Labo berjanji untuk menderma RM1 daripada setiap produk Hada Labo Premium Whitening yang dijual di cawangan Watsons di seluruh negara untuk kempen dana "We Care for Society" sepanjang bulan Mac. Melalui perkongsian dengan Watsons, Hada Labo telah berjaya mengumpul RM50,000 untuk menyokong kempen ini.
Dana yang diperoleh melalui kempen ini digunakan untuk menyokong seramai 37 wanita B40 berpendapatan rendah seperti pembuat biskut dan tukang jahit wanita dalam menyediakan 22,000 biskut dan menjahit 500 uncang untuk 500 warga emas dari 12 rumah kebajikan warga emas yang berbeza di sekitar Lembah Klang sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang.
Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia, telah menyatakan komitmen terhadap tujuan dan sokongan jenama kepada wanita berpendapatan rendah B40 sejak pandemik Covid-19. Beliau berkata, jenama ini akan terus membantu wanita yang kurang bernasib baik pada masa hadapan juga.
“Kami telah menjalankan kempen ini dengan WOW & Watsons sejak empat tahun lepas untuk membantu meningkatkan kehidupan wanita B40 yang terjejas teruk semasa wabak dan walaupun kita kini dalam fasa endemik, keadaan ekonomi mereka masih belum pulih berikutan kadar inflasi yang tinggi. Kami berharap program kami akan berupaya memberi sedikit bantuan kewangan terutamanya dengan kehadiran Hari Raya tidak lama lagi,” kata Lim.
Kakitangan Hada Labo juga turut serta dalam lawatan ke rumah kebajikan warga tua untuk pengedaran biskut raya dan kerja komuniti di rumah kebajikan terpilih sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan mereka terhadap warga tua.
Ketua Pegawai Operasi WOW Lakshwin Muruga menambah, bahawa masyarakat berpendapatan rendah masih terkesan dari segi kewangan walaupun selepas wabak. Pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka dan pemilik perniagaan kecil-kecilan mendapati sukar untuk membuat keuntungan dengan kadar inflasi yang tinggi.
“Kami amat menghargai sumbangan kewangan oleh Hada Labo dan kami pasti ia akan membuat perubahan dalam kehidupan wanita-wanita ini terutama pada musim Hari Raya di mana perbelanjaan biasanya lebih tinggi semasa musim perayaan,” katanya.
“Secara keseluruhannya, usaha Hada Labo untuk meningkatkan kehidupan wanita B40 adalah membanggakan, dan komitmen untuk membuat perubahan melalui kempen sebegini sememangnya patut dipuji.
Tumpuan jenama untuk memperkasakan komuniti berpendapatan rendah dengan kemahiran dan pengetahuan berharga yang boleh membantu mereka mencapai bebas masalah kewangan adalah benar-benar memberi inspirasi,” tambahnya.
Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen masa depan, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman Facebook mereka: MyHadaLabo.

0 KOmen: