Memaparkan catatan dengan label My Little Kitchen. Papar semua catatan

Sayur timun telur penambah selera

Assalamualaikum....hai!!

Bila badan xsedap selera pon makin kurang jadi hari ni dan selamanya lauk timun telur dengan ayam goreng la penambat selera fara.

Timun telur ni suami yang ajar fara masak. Kebetulan favourite suami masa kecil dulu katanya. Sekarang dah jadi favourite kami berdua. Masakan yang sangat ringkas dan senang untuk dimasak.



Bahan bahan :

Timun 1biji
∆ bawang besar sebiji*
∆ bawang kecil 2 ulas*
∆ ikan bilis segengam*
∆ 1biji telur ayam

Cara masak:

1) tumbukkan bahan bertanda * hingga lumat
2) panas kan minyak dalam kuali dan tumis bahan bertanda yang telah ditumbuk tadi hingga agak garing
3) Masukkan air 1 cawan dan biarkan didih seketika kemudian masukkan pula telur dan timun
4) Siap dan sedia untuk dihidang.

Nota kecil:
Timun dibelah 2 bahagian kemudian dipotong nipis 


Sangat sedap dimakan bersama ayam goreng. Sape pernah try masakan camni angkat tangan sat? Kite geng. Hehe.



Selamat mencuba







Resepi Ayam Masak Merah Ajaib

Assalamualaikum....

Bila tekak nak makan sambal memang ayam masak merah la menjadi pilihan utama fara. Kali ni fara try resepi dari Che'Nom Resepi asal. 1st time fara masak sambal bubuh daun kari. Tulah yg ajaibnya.. Ngee!

Image result for ayam masak merah

Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 ulas kecil kunyit
1 batang serai hiris nipis
10 sudu cili boh yg telah siap diblend
1 Kulit kayu manis
Satu tangkai daun kari

Cara Penyediaan:

Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang.

Bau dan daun kari bile buat sambal memang MELETOP!! Resepi asal Che'Nom 

Selamat mencuba 

Resepi Murtabak Kulit Popia

Assalamualaikum....

Harini fara buat murtabak, resepi yang paling mudah dan senang dibuat. Sedap dimakan bila-bila masa sahaja.


Buka puasa td teringin murtabak..bayangkan mcm pergi bazar ramadhan la kannn 😂

Bahan2

Kulit popia
isi ayam / daging di cincang
3 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar di potong dadu
Daun sup
Garam
Gula

Cara memasak inti

1. Tumis bawang yg dipotong dadu

2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.

4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.

Untuk balut murtabak


1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti yang dimasak tadi.

2. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.

3. Balut dgn kulit popia. Sedia untuk di”murtabakkan” 🤣🤣





Siap dan Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!






Donut Gebu


Assalamualaikum.....

Buat pertama kalinya fara buat kuih iaitu Donut. Masa buat donut memang hati tawakal jadi atau tidak terpaksalah cuba yelah praktis make perfect gitu. Alhamdulillah percubaan pertama yang menjadi. Resepi donut ni kawan yang bagi katanya gebu dan lembut bile makan. Thanks to Noor Izreen Fara mmuahhh ciked kat ko!! haha :D


Resipi Donut Doh :

2 Cawan Tepung Gandum
2 Sb Gula
2 Sb majerin/Butter
1/2 Cawan air (Ikut Perlu)
1 Sk Yis

Cara buat :

~ Satukan kesemua bahan kedalam 1 bekas untuk diadun
~ Uli bahan tersebut sehingga tidak melekat ditangan
~ Kemudian, tutup doh dalam tupperware kedap udara dan biarkan selama 40 minit untuk bagi Doh kembang
~ Lepas doh dah kembang tumbuk-tumbuk donut untuk buang angin dan bentukkan donut dan        biarkan   lagi donut dalam 15 minit
~ Goreng dengan minyak panas,api sederhana kecil
~ Angkat dan toskan 
~ Akhir sekali salutkan donut dengan gula halus

doh yang telah kembang




Selamat Mencuba!! ;)

makanan pertama Aimi (6Month)

Assalamualaikum..
Diumumkan Noor aimi damia sudah 6 bulan dan boleh start makan... Yippie!! :D sooo excited maa..tiap kali waktu makan aimi aq la paling excited nk suapkan.. Haha
Ha! Perlu diingatkan sebelum bg aimi makan fara byk jgk buat research ttg jenis2 pemakanan yg sesuai, jadual pemakanan, etc laa... Budak baru nak start makan so fara xberani nak bagi sebarangan.. Pape jadi kat anak kite jugak susah... X gitu?



Gambar amik kt mr google.



Antara contoh2 pemakanan yang sesuai untuk baby 6 bulan.. 




Untuk aimi fara bagi buah betik. Hancurkan betul2 betik tu smpai jadi macam jus. 


4 hari fara akan bagi aimi makan bende yg sama untuk tgk aimi ade alergik dekat makanan tu atau tidak. 4 hari berikutnya try pulak puri lain. Sambil aimi tengok tb time tu la fara suapkan... Suami tlg pegangkan.. Hehe.. Tiap kali aimi try telan makanan pejam2 mata die merase bende baru.. So funny anak mommy nie..






Xsah kalau x tomot.. Muka xde perasaan langsung syok sgt tgk tb sambil makan...



Yg ni bile aimi nak makan lagi die akan muncung2... Budak banyak perangai macam ni la.. Next time nak tggu aimi blaja makan sendri pulak.. Coming soon je.. Hehehe