Origina - jus berkhasiat untuk seisi keluarga




Assalamualaikum....

Origina merupakan minuman berkhasiat yang mengandungi pelbagai vitamin dan juga mineral. Selain membekalkan tenaga pada badan, ia juga mampu untuk menyihatkan badan. Dalam erti kata lain, minum sambil sihat tubuh badan dengan minuman jus dari origina.

jus Origina mengandungi jus buah-buahan semula jadi, yang bukan berkarbonat tanpa bahan pengawet. 


Origina Jus Black current

Yang ni paling sedap! Rasa dia macam ribena tapi lagi sedap dari ribena! jus berperisa Blackcurrant sentiasa pilihan kegemaran kanak-kanak


Origina Jus Epal

Rasanya agak pahit manis. Pure epal dalam jus ni membuatkan minum 1 tak cukup! Kalau tiada selera tu memang sesuai la minum jus epal dari origina. Ianya akan membangkitkan kembali selera korang. Fuji Apple, yang terkenal dengan kemanisan semula jadi Kaya dengan mineral dan juga vitamin.


Origina Jus Delima

Kaya dengan mineral dan juga vitamin rasanya seakan buah delima asli. Pada yang suka mengamalkan minum jus delima dalam kehidupan seharian bolehlah cuba produk dari origina ni pula. Jus delima menyediakan minuman sihat kerana ia adalah 100% buah delima tulen manis


Origina Black Tea with apple juice

Peminat teh wajib cuba black tea with apple juice dari origina ni. Ia mempunyai rasa jus buah-buahan semula jadi kita dan ia dibancuh daripada ekstrak teh semula jadi. keunikan teh dengan jus, yang bukan sahaja rasa sedap tetapi juga sihat, kerana teh tiada bahan pengawet dan bebas daripada pewarna tiruan.. Selain itu, ianya minuman yang kaya dengan vitamin C.


Chocojoy chocolate

chocojoy berperisa coklat sesuai untuk seisi keluarga kerana bahan yang digunakan mengandungi vitamin fortifield seperti vitamin A, B3, B2 dan juga D3. 


Kelebihan Origina Jus

 Kaya dengan mineral dan vitamin
  Minuman berkhasiat untuk seisi keluarga
  Mengandungi vitamin A,B2,B3 dan D3
  Membekalkan tenaga pada tubuh
 Jus buah-buahan semulajadi
 Tanpa bahan pengawet dan bukan berkarbonat


Harga Origina Jus

Chocojoy  RM 2.69, 
Origina Jus (small packet – 100ml) RM 1, 
Origina Jus (big packet – RM 2.49), 
Origina Jus Tea range (small packet-100ml- RM 1)



Produk ini boleh didapati di hampir kesemua koperasi sekolah di Klang Valley, Kelantan, Terengganu dan juga di supermarket Matahari di Taman Medan dan USJ19 city mall. Di Aeon juga ada jual tapi tidak kesemua produk ada disitu.

Ingin menjadi stokis Origina boleh hubungi 03 5519 5700 atau email origina2u.com


Untuk maklumat lanjut sila layari :

Website Origina :
Facebook page origina jushttps://www.facebook.com/OriginaJus/




Rupa artis korea Dulu VS Sekarang


Hi guys!

Pernah tengok rupa Pelakon korea terkenal yang menjadi kegilaan remaja masa zaman sekolah mereka? Haa.. silakan tengok gambar dibawah :




Betollah orang kata, biar tak cantik atau selekeh masa sekolah sebab mesti korang akan cantik selepas bekerja. Dah ada duit baru boleh mencantikkan diri kan?

Follow fb page Annyeong oppa untuk lihat ramai artis korea yang lain.








Homestay termurah di melaka


Assalamualaikum..

Homestay 2 tingkat yang terletak di Taman Merak Bukit Katil sangat indah dan murah hanya berharga RM300 semalam. 

Mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi sangat sesuai untuk mereka yang ingin santai bersama keluarga tersayang. 


Bilik utama terletak di tingkat atas dan mempunyai kemudahan lain seperti tilam king dan juga tilam single extra untuk tetamu yang datang. Muat untuk 6 orang pada 1 bilik utama.


Antara bilik lain yang ada juga disediakan tilam extra. Tetamu yang datang tidak perlu bawa toto atau bantal kerana kelengkapan bilik disini semua lengkap.


3bilik di tingkat atas, dan 1 bilik lagi dibahagian bawah.


Hot shower, sabun mandi juga disediakan pada setiap bilik air. 


Almari dan juga cermin makeup turut ada pada setiap bilik


Kawasan dapur yang sangat luas dan selesa. Mesin basuh, dan peti ais juga ada disini.




Meja makan yang cantik.


Disini merupakan bahagian ruang tamu. Wifi dan  astro njoi juga merupakan salah satu kelebihan untuk bermalam disini. Kedai runcit yang tidak jauh dari kawasan rumah memudahkan untuk tetamu yang datang membeli barang ringan atau basah. Kalau malas nak masak, makan je di KFC atau Mcd yang berhampiran. 

Kawasan ini terletak di Taman Merak, Bukit katil. Jika ingin pergi ke bandar hilir mengambil masa dalam 15-20 minit sahaja. Homestay ni muat untuk 14 orang dewasa dalam 1 rumah. Air corn turut disediakan pada setiap bilik tetamu. 


Bagi yang ingin menempah homestay disini boleh hubungi :

Homestay homesuite
+60 10-212 0033






Kitchen set - Set mainan dapur untuk simanja



Assalamualaikum... Hiii!

Nampak tak betapa excited dan berlagaknya muka aimi dapat parcel besar macam ni.  Gift from someone ye. Mak dia dah malas nak belikan pape. Hehe.



Tadaa!! Kitchen set yang aimi idam-idamkan akhirnya dapat juga dia merasa.


Dah bukak parcel, kenalah mak dia pasangkan kitchen set ni. Jenuh mak dia dok fikir macam mana nak pasang. Jumpa juga cara nak pasangkan walaupon terkial-kial berjaya juga pasang.



Diharap lepasni aimi rajin kedapur untuk masak. Dah ada dapur sendiri jangan kacau dapur mommy okay! 




Air laut biru di Crystal bay Melaka



Assalamualaikum... Hi! 

Jika datang ke Melaka jangan lupa singgah sebentar di crystal bay melaka yang terletak di Alai. Airnya yang biru sangat menenangkan hati sesuai jika ingin melapangkan fikiran yang kusut.

Disekitar crystal bay jugalah terletaknya medan ikan bakar yang paling popular dimelaka. Fara lupa nak amik gambar kedainya. Hehe. 



Kawasan laut di crystal bay ni tiada kawasan untuk bermandi mungkin sebab faktor air pasang besar yang selalu terjadi disini agak bahaya untuk bermain air. Masa fara tengok air di tepi ni memang dalam. Tidak mustahillah kawasan ini hanya dijadikan sebagai tempat untuk memancing atau beridah ringan je.



Air laut yang sangat cantik tapi sayang tidak sesuai untuk bermandian. Hanya mampu lihat je dari tepi sini. 



Disebabkan tiada kawasan untuk bermain air di cystal bay, suami bawak ke pengkalan balak sebagai ganti. This little girl excited dapat mandi laut! 





Hampir buta akibat memakai contact lens

Assalamualaikum.. hai...

Pengasas butik terkenal delfirastyle iaitu Fie Nuradley Muhyiddin menceritakan detik cemas beliau hampir buta disebabkan memakai contact lens kerana ingin nampak cantik.

Cerita ini sememangnya memberikan impak yang besar pada pengguna contact lens agar tidak ambil ringan pada penggunaan contact lens yang betul dan selamat. 

Image result for kesan buruk contact lens

Jom ikuti cerita sebenar : 

ALLAH HANTAR REMINDER DI PENGHUJUNG TAHUN 2016 DAN ASBABNYA ADALAH CONTACT LENS
.
.
Ramai yang call, wassap, pm tanya kakfie.. kenapa.. kakfie sampai warded? Takkan sebab contact lens kot? Kakfie pun tak tahu nak start cerita ni macam mana.. tapi apa yang kakfie boleh katakan, ALLAH HANTAR REMINDER kat kakfie dengan cara begini.. Mungkin kakfie terlalu ghairah dan lupa diri seketika..
.
Ok, kakfie sebenarnya bukan pengguna tegar contact lens.. Kakfie pakai pun just nak melawa je.. bukan rabun pun. Kakfie start pakai contact lens color color sejak zaman anak dara lagi.. warna yang kakfie suka, hijau, purple, biru.. warna yang mengancam gitew.. tapi sejak kakfie kawin, ada anak dua.. kakfie dah jarang sangat pakai. Sibuk, tak sempat la nak pakai.. nak, nak sejak berhenti kerja kakfie dah takpakai, Cuma, kakfie pakai kalau photoshoot dan ada event je.
.
Tapi tulah, benda nak jadi kan..latest contact lens kakfie beli minggu lepas.. baru sangat.. dah kali kedua cuba pakai brand tu, agak dikenali dan famous jugak di pasaran online..tapi kakfie tak salahkan contact lens tu.. cuma, kakfie ulangi, Allah tegur kakfie cara macam ni, kakfie redha.. insaf pun ya..sebab kalau kita nak pakai apa pun, bergantung kepada niat kita.. kalau niat kita tu “lain”, anytime je Allah boleh Tarik balik.. kan ke semua ni milik DIA? Dia berhak kalau nak ambik balik kalau Dia suka.. Kita ni pinjam je. Tapi tulah, kadang tak sedar diri.. dan buat –buat lupa..
.
ALLAH.
.
26 DECEMBER 2016
.
Pagi tu kakfie nak attend seminar roket emel by  najib assadok (one of internet marketer yang agak famous di kalangan peniaga online lah).. kakfie pun teragak nak pakai lens ke tak pagi tu..
.
 “eh nak pakai ke tak eh?”,
.
kebetulan kakfie bangun awal pagi.. so kakfie pun emm.. pakai lah.. Cuma masa nak pakai tu, terlintas kat hati,
 “pakailah, baru Nampak lawa.. orang dah start kenal kan, siapa aku”
.
So, kakfie pun pakailah.. tapi masa tu niat tu sebenarnya dah lain, lebih kepada riak, ujub pun ada.. Cuma kita ni tak berapa nak sedar.. hanyut dek nikmat dunia yang Allah beri.. kakfie pun selama ni pakai pun takde pernah terdetik pun dalam hati benda-benda mcm ni.. tpi pagi tu.. entah mcm mana boleh terfikir macam tu.. so niat pun dah terpesong sikit.. lebih kepada nak menunjuk  MAAF
.
Macam biasa.. pagi tu kakfie pun live FB dan selfie.. pokpek pokpek nak pi kelas katanya.. ceyy.. masa selfie tu, kakfie pun tanya husband berulang kali, “comel tak?” and kakfie pun upload la kat fesbuk dengan seronoknya..
.
Masa kakfie kat seminar, kakfie duduk depan sekali, berdepan dengan skrin besar tu, keadaan dewan agak gelap, tapi masa jam 1130pg  macam tu kakfie keluar dari dewan, nak ke toilet.. masa tu kakfie notify that kabur sikit.. tapi kakfie just ignore.. maybe perasaan je kot.. kakfie ni pulak spesis suka “think positive” hehe.. then, masa lunch time around 1-2pm tu, mata kakfie OK ..takde rasa kabur ape pun..
.
Then masa kul 3 masuk balik dewan, kul 645 macam tu kakfie keluar, tiba tiba kakfie rasa kabur yang amat sangat.. tak Nampak tiba-tiba.. kakfie cepat cepat ke toilet.. BUKAK lens.. eh.. still tak Nampak.. kabur sangat..tp kakfie dok think positive lagi.. maybe sekejap lagi OK la tu kakfie cuba bertahan.. tapi masa maghrib tu kakfie rasa lain macam dah.. kakfie basuh mata dengan air paip.. kakfie kat surau time tu.. kakfie pun solat la menangis bagai.. dengan harapan sekejap lagi mata cerah balik…
.
Dalam jam 8 tu, kakfie masuk balik dewan, kakfie tgk fon.. still Nampak tak Nampak macam tu… kelas start balik dalam jam 830.. masa tu kakfie perasan, kakfie mcm tak Nampak sangat.. 8.35 kakfie keluar.. kol husband.. cakap nak balik.. sebab kakfie rasa macam worst sgt.. orang depan kakfie pun kakfie dah tak Nampak.. idung ke mata ke.. dah tak Nampak.. Allah..
.
Kakfie cuba bertenang.. kakfie tak continue seminar tu malam tu.. terus pi klinik.
.
Sampai je klinik.. muka doctor tu pun dah tak Nampak dah.. dia kata dia pun tak tau kenapa… Cuma bila tengok mata.. dia kata merah je.. bila kakfie cerita kat dia.. dia kata “maybe u pakai terbalik”.. masa tu doctor inject and bagi 4 jenis ubat makan… dia tak berani bagi ubat titik sebab dia takut ada infection nanti.. sebab dia rasa mcm kakfie pakai lens tu terbalik.. dia suruh kakfie pagi pagi besok refer ke pakar mata..
.
“malam ni u balik, u tgk keadaan mata u, kabur atau tak lagi.. kalau pagi esok still sama atau worst, u cepat2 pergi specialist, ini mata u, u tak boleh main-main, kena cepat-cepat pergi..”
.
Kakfie ingat nak pi malam tu jugak hospital.. tapi doctor kata, pakar mata ada siang je.. itupun kat KPJ je. Kakfie balik malam tu.. mata tak sakit.. tapi kabur tu semakin teruk.. tapi kakfie ni dok fikir positif lagi.. esok pagi mesti OK..
.
27 DECEMBER 2016
.
Subuh tu kakfie bangun.. Allah.. still kabur.. sedihnya tak tau nak kata apa.. Husband kakfie pi office dulu.. Cuma dia janji sekejap lagi dia balik.. and bawak kakfie ke hospital.. kakfie pun OK je. Kakfie rehat je dulu pagi tu kat rumah.. sebab kakfie rasa letih dan nak tidur je..
.
Masa jam 9 pagi tu.. tiba tiba rasa menyucuk yang amat sangat.. Sakit sampai terjerit-jerit.. kakfie pun tak tahu dah nak ingat apa.. ingat Allah ja masa tu.. tiba tiba kakfie rasa payah nak buka mata, tp dapat buka sikit sikit.. pastu Nampak tangan sendiri secara jelas.  “Yess!! Aku dah Nampak..” then Kakfie tutup mata balik.. sebab andaian kakfie.. tu process nak sembuh.. so kakfie tutup mata, kejap lagi kakfie bukak balik la… then kakfie sambung tidur.. husband call pagi tu.. kakfie kata kita pi tengah hari.. sebab kakfie rasa kejap lagi tengah hari dah boleh nampak dah heheehe..
.
Jam 12, husband balik. Kakfie pun bukak mata perlahan-lahan..
.
Allah.. tak Nampak lagi.. laki aku pun tak Nampak jugak dah..
.
Kakfie pun tak mau dah dok positif sangat.. so cecepat pi hospital.. masa on the way tu tetiba rasa menyucuk tu datang balik.. aduh.. and again tak boleh buka mata langsung.. sangat perit rasa.. tak tau nak gambarkan macam mana.. cahaya tak boleh langsung direct kat mata.. siap pakai spek hitam lagi..
.
Sampai hospital, terus ke emergency.. doctor check.. nurse letak ubat mata and letak macam kertas kat mata.. kakfie pun tak tahu kertas apa.. sebab kakfie pun tak boleh bukak mata dah..
.
Masa tu doctor tu cakap..
.
“Allah, luka seluruh mata .. bulat luka tu.. dua dua biji mata pulak tu … macam mana boleh jadi  macam ni?”
.
Kakfie jawab la.. kakfie pakai contact lens sambil tersedu-sedu..
.
Kakfie tanya doctor tu macam-macam.. dia kata.. kakfie kena jumpa pakar mata.. dia tak berani bagi jawapan sama ada boleh sembuh atau tak..huhuhu.. masa tunggu tu, kakfie dibenar baring dan rest kat emergency room.. masa tu menyucuk tu datang tanpa henti.. mata langsung dah tak leh bukak.. lagi menangis.. lagi menyucuk rasa dia.. masa tu kecoh jugak kat situ dikalangan nurse2.. smpaikan orang yang tolak wheel chair kakfie pun tau.. pastu siap dok kesian kesian lagi..
.
Jam 1 lebih tu, kakfie dapat jumpa pakar mata.. doctor tu agak veteran.. macam mak-mak gitu.. (masa tu tak Nampak la..)
.
Bila dia tanya, kakfie pun cerita la macam kakfie dok cerita nie..
.
Then dia tanya,
.
“Kenapa pakai? Adik rabun ke”
.
“Tak doctor. Saya tak rabun. Sy pakai Seronok2 je doctor.. “
.
“Kenapa seronok2?”
.
“Sebab nak cantik je.. “
.
Then,
Doctor cakap,
.
“adik, Allah kurnia mata kat kita ni dah elok dah.. kenapa nak ubah ciptaan Allah? Kenapa nak buat perkara yang Allah tegah? Ingat, kita kalau nak Allah sayang kita, kita buat apa yang Allah suruh, jangan buat apa yang Allah larang.. “
.
“Ya doctor, saya tahu saya salah doctor.. saya menyesal. Saya minta maaf. “
.
“Adik, adik tak boleh minta maaf dekat doctor, adik kena mintak maaf kat Allah. Istighfar banyak2 doa banyak2 sebab yang nak sembuhkan adik pun bukan doctor. Tapi Allah. “
.
Kakfie tersedu kat situ. .menangis kat situ..
.
Rasa berdosa rasa bersalah semua ada.. Dah kena tarbiah pulak.. tapi memang terkesan kat jiwa..
.
Lepas ceramah, baru doctor check, ayat terawal yang doctor ucap:
.
“Allahuakhar”
“Astaghfirullah halazim”
“Masha Allah”
.
“Teruknya luka mata adik.. dua-dua luka.. (sambil mulut doctor berbunyi menahan rasa nyilu).. Luka dan terkoyak.. hampir kena mata kecik kat tengah tu.. pastu dia pun explain dengan Bahasa saintifik yang kakfie tak paham.. Adik kena warded cecepat ni.. ni belum ada jangkitan lagi.. kalau ada jangkitan, mata boleh rosak.. sekarang hanya luka.tapi luka ni sangat teruk.. adik boleh tak Nampak langsung.. “
.
Allah, kakfie terkedu.. menakutkan pulak explaination doctor ni.. .
.
Kakfie tanya, doctor takkan tak boleh sembuh kot?
.
“Saya tak pasti, kena ikhtiar dulu.. kena avoid jangkitan dulu.. supaya tak semakin teruk.. sebab skrg tak ade jangkitan.”
.
Doctor, nanti saya kena operate ke doctor?
.
“Tak tentu juga.. kita kena tengok dulu keadaan mata adik macam mana.. “(sambil masa tu dok fikir kos operate)
.
Doctor, kalau tak sembuh nati saya buta ke doctor?
.
“Adik doa banyak-banyak, setakat doctor tengok ni.. luka smpai terkoyak dan terhakis.. jangkitan kuman tak de langsung.. adik masuk hospital dulu, kita tgk mata adik.. kemudian kita akan tengok macam mana ye.. tapi biasanya susah nak sembuh sebab keadaan luka ni teruk sangat.. “
.
Bila doctor tak dapat bagi jaminan yang kakfie boleh sembuh.. kakfie dah rasa gelap dah dunia ni.. kakfie cuba bersabar.. cuba positif.. Cuma kakfie terfikir, “how do I complete my mission kalau mata tak Nampak??”.. boleh ke suami aku terima kalau aku dah buta.. macam mana aku nak tengok anak-anak aku membesar.. argh.. semua soalan itu datang bertalu-talu..
.
Then, kakfie pun masuk la ward..
.
28 DECEMBER 2016- 29  DECEMBER 2016
.
Sepanjang kakfie berada di ward, banyak benda yang kakfie belajar… kakfie rasa sangat menyesal.. sakit menyucuk tu jangan cakap la… tiga jam sekali nurse datang bagi ubat titik, ubat makan.. kadang-kadang rasa macam nak terkeluar biji mata sakitnya tu..
.
Semua nurse kat situ macam kesian-kesian kan kakfie.. derang tolong kakfie mandi, kakfie makan.. semua bersuap berpimpin.. jiran katil kakfie.. makcik sebelah tu pun kesian.. siap offer anak dia lagi untuk tolong tolong kakfie..
.
Yang sedihnya.. masa kakfie tgh solat.. tiba-tiba kakfie terhantuk bucu katil.. Allah.. sakitnya.. sedihnya.. dah la tak Nampak.. terlanggar.. sakit mata dah.. sakit lagi kepala.. huhu… SUSAHNYA HIDUP KALAU DAH BUTA.
.
Kakfie dah tak Nampak sapa dah nak kakfie mohon pertolongan kecuali Allah..
.
Hari-hari, kakfie solat awal waktu.. Kakfie tak pernah-pernah sebelum masuk waktu solat, dah ready nak solat.. lepas solat, doa tu bukan main panjang lagi.. kakfie istighfar, kakfie selawat.. kakfie banyak mintak tolong dekat dengan Allah je. Kakfie tak tau nak mintak tolong sapa dah.. kak fie selalu jugak ucap “la ilaha illallah anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin”
.
Bila malam.. sebelum tidur kakfie buat solat sunat taubat.. bila tengah malam, kakfie terjaga, kakfie paksa diri bangun, solat tahajud (tak pernah buat seumur hidup) – masa kakfie bangun tu, terngiang-ngiang ayat Dr Azizan Osman dengan Sifu Najib Assadok
.
“kalau tengah malam tu kan, kita terjaga, kita jangan bangun kencing je.. sebenarnya, Allah rindu nak dengar doa kita, Allah nak kita minta kat Dia”
.
Kakfie bangun jugak, kakfie doa bersungguh-sungguh. Kakfie banyak ucap “la hawla wala quwwata illa billah  hila li yil azim”, even masa jumpa doctor pun tak henti-henti kakfie ucap..
.
Sebelum subuh pulak, kakfie solat sunat sebelum subuh..
.
Serius cakap.. kakfie rasa insaf sangat.. kakfie tak tau nak cerita macam mana.. tapi process ini banyak menyedarkan kakfie.. kakfie anggap ia adalah “Reminder” dari Allah.
.
Malam tu kakfie dah start buka mata.. dah boleh tgk HP dan boleh tgk TV. Tapi still pedih.
.
And tengah malam tu, again, kakfie bangun tahajud, betul-betul mohon… dan…
.
30 DECEMBER 2016
.
Tara….. Pagi itu cukup indah.. berkat doa, kakfie percaya Allah sayang kakfie.. kakfie mampu makan tanpa bantuan nurse lagi..
.
Doctor, nurse dan husband pun terkejut..
.
“Cepat sangat recover ni..Alhamdulillah.. “
.
Kakfie keep asking doctor pasal contact lens tu..
.
Doctor cakap.. bukan sebab contact lens u kotor, tapi ada beberapa kemungkinan..
.
1. Mungkin pakai terbalik so chemical tu dah masuk dalam mata
2. Kakfie pakai lebih masa
3. Contact lens tu tak sesuai dengan kakfie
.
Tetapi apapun sebabnya, kakfie percaya, Allah nak tegur kakfie.. dan hantar “soft reminder” kepada kakfie untuk kakfie sedar diri.. dan “contact lense” tu sekadar “asbab” sahaja.. sebenarnya Allah rindu kakfie.. rindu nak dengar kakfie DOA kat dia.. mungkin kakfie terlalu lalai dan asyik mengejar duniawi.. dan terlalu sangat perasan cantik 
.
Lagipun kakfie selalu sangat komplen, muka kakfie tembam la..muka kakfie tak cantik la.. tak gebu la tak itu la tak ini la.. bagai-bagai dan berapa kali berhasrat nak inject sana sini.. tapi semua tu kakfie CANCEL sebab kakfie takut dengan TEGURAN Allah lagi.
.
Ni baru je pakai contact lens Allah dah tegur macam ni, tak tau pulak kalau kakfie buat benda lain.. ntah macam mana pulak Allah hantar reminder.. kakfie tak mau dah ubah apa-apa yang Allah dah bagi kat kakfie…
.
Dan malam kakfie sampai rumah, after discharge hospital..
.
Bapak call, and dia cakap “bila Allah nak angkat darjat seseorang, Allah akan uji ikut kemampuan dia.. anggaplah ini peringatan dari Allah, segera taubat dan jangan buat lagi..”
.
SEKIAN.
Fie Nuradley Muhyiddin
01 Januari 2017.