Lunavie Breast Thermo Pad 2in1 (melegakan bengkak susu)

Assalamualaikum..

Jika dahulu semasa menyusukan anak masalah bengkak susu sering dialami oleh Fara dan sudah pasti mommies yang lain juga pernah mengalami masalah ini juga. Bengkak susu adalah tanda positif yang payu dara menghasilkan susu untuk bayi. Biasanya bengkak ini akan terjadi pada waktu tengah malam hingga subuh. Bengkak susu pada waktu siang juga boleh terjadi kerana kurang menyusukan bayi atau melengahkan waktu mengepam susu. Jika tidak dipam, mommies akan berasa sakit dibahagian breast dan boleh menyebabkan demam urat.


Tips mengurangkan bengkak susu :

Bagi kaedah modern untuk melegakan masalah bengkak susu adalah lebih senang berbanding tradisional kerana bahan yang digunakan lebih mudah digunakan dan menjimatkan masa dan tenaga.


Lunavie breast thermo pad telah direka 2 dalam 1 untuk membawa pemanasan dan penyejukan  pada breast anda.

Kegunaan pemanasan
- Untuk merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi

Kegunaan penyejukkan
- Untuk melegakan bengkak dan sakit di breast
3-D donut berbentuk pek sejuk / suam mempunyai lubang di canter supaya ia tidak menekan puting.

Kelebihan Lain Lunavie Breast Thermo Pad

- Membantu merangsang pengeluaran susu
- Mengurangkan bengkak susu
- Melegakan sakit kepala
- Menurunkan suhu badan yang panas
- melegakan bengkak gigi

Antara kelebihan lain Lunavie Breast Thermo Pad yang sejuk boleh menurunkan suhu badan akibat demam, sakit gigi, sakit kepala dan pelbagai lagi kegunaan yang bukan sahaja boleh digunakan pada bahagian breast malah, boleh digunakan untuk kegunaan lain.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :





Origina - jus berkhasiat untuk seisi keluarga




Assalamualaikum....

Origina merupakan minuman berkhasiat yang mengandungi pelbagai vitamin dan juga mineral. Selain membekalkan tenaga pada badan, ia juga mampu untuk menyihatkan badan. Dalam erti kata lain, minum sambil sihat tubuh badan dengan minuman jus dari origina.

jus Origina mengandungi jus buah-buahan semula jadi, yang bukan berkarbonat tanpa bahan pengawet. 


Origina Jus Black current

Yang ni paling sedap! Rasa dia macam ribena tapi lagi sedap dari ribena! jus berperisa Blackcurrant sentiasa pilihan kegemaran kanak-kanak


Origina Jus Epal

Rasanya agak pahit manis. Pure epal dalam jus ni membuatkan minum 1 tak cukup! Kalau tiada selera tu memang sesuai la minum jus epal dari origina. Ianya akan membangkitkan kembali selera korang. Fuji Apple, yang terkenal dengan kemanisan semula jadi Kaya dengan mineral dan juga vitamin.


Origina Jus Delima

Kaya dengan mineral dan juga vitamin rasanya seakan buah delima asli. Pada yang suka mengamalkan minum jus delima dalam kehidupan seharian bolehlah cuba produk dari origina ni pula. Jus delima menyediakan minuman sihat kerana ia adalah 100% buah delima tulen manis


Origina Black Tea with apple juice

Peminat teh wajib cuba black tea with apple juice dari origina ni. Ia mempunyai rasa jus buah-buahan semula jadi kita dan ia dibancuh daripada ekstrak teh semula jadi. keunikan teh dengan jus, yang bukan sahaja rasa sedap tetapi juga sihat, kerana teh tiada bahan pengawet dan bebas daripada pewarna tiruan.. Selain itu, ianya minuman yang kaya dengan vitamin C.


Chocojoy chocolate

chocojoy berperisa coklat sesuai untuk seisi keluarga kerana bahan yang digunakan mengandungi vitamin fortifield seperti vitamin A, B3, B2 dan juga D3. 


Kelebihan Origina Jus

 Kaya dengan mineral dan vitamin
  Minuman berkhasiat untuk seisi keluarga
  Mengandungi vitamin A,B2,B3 dan D3
  Membekalkan tenaga pada tubuh
 Jus buah-buahan semulajadi
 Tanpa bahan pengawet dan bukan berkarbonat


Harga Origina Jus

Chocojoy  RM 2.69, 
Origina Jus (small packet – 100ml) RM 1, 
Origina Jus (big packet – RM 2.49), 
Origina Jus Tea range (small packet-100ml- RM 1)



Produk ini boleh didapati di hampir kesemua koperasi sekolah di Klang Valley, Kelantan, Terengganu dan juga di supermarket Matahari di Taman Medan dan USJ19 city mall. Di Aeon juga ada jual tapi tidak kesemua produk ada disitu.

Ingin menjadi stokis Origina boleh hubungi 03 5519 5700 atau email origina2u.com


Untuk maklumat lanjut sila layari :

Website Origina :
Facebook page origina jushttps://www.facebook.com/OriginaJus/




Rupa artis korea Dulu VS Sekarang


Hi guys!

Pernah tengok rupa Pelakon korea terkenal yang menjadi kegilaan remaja masa zaman sekolah mereka? Haa.. silakan tengok gambar dibawah :




Betollah orang kata, biar tak cantik atau selekeh masa sekolah sebab mesti korang akan cantik selepas bekerja. Dah ada duit baru boleh mencantikkan diri kan?

Follow fb page Annyeong oppa untuk lihat ramai artis korea yang lain.








Homestay termurah di melaka


Assalamualaikum..

Homestay 2 tingkat yang terletak di Taman Merak Bukit Katil sangat indah dan murah hanya berharga RM300 semalam. 

Mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi sangat sesuai untuk mereka yang ingin santai bersama keluarga tersayang. 


Bilik utama terletak di tingkat atas dan mempunyai kemudahan lain seperti tilam king dan juga tilam single extra untuk tetamu yang datang. Muat untuk 6 orang pada 1 bilik utama.


Antara bilik lain yang ada juga disediakan tilam extra. Tetamu yang datang tidak perlu bawa toto atau bantal kerana kelengkapan bilik disini semua lengkap.


3bilik di tingkat atas, dan 1 bilik lagi dibahagian bawah.


Hot shower, sabun mandi juga disediakan pada setiap bilik air. 


Almari dan juga cermin makeup turut ada pada setiap bilik


Kawasan dapur yang sangat luas dan selesa. Mesin basuh, dan peti ais juga ada disini.




Meja makan yang cantik.


Disini merupakan bahagian ruang tamu. Wifi dan  astro njoi juga merupakan salah satu kelebihan untuk bermalam disini. Kedai runcit yang tidak jauh dari kawasan rumah memudahkan untuk tetamu yang datang membeli barang ringan atau basah. Kalau malas nak masak, makan je di KFC atau Mcd yang berhampiran. 

Kawasan ini terletak di Taman Merak, Bukit katil. Jika ingin pergi ke bandar hilir mengambil masa dalam 15-20 minit sahaja. Homestay ni muat untuk 14 orang dewasa dalam 1 rumah. Air corn turut disediakan pada setiap bilik tetamu. 


Bagi yang ingin menempah homestay disini boleh hubungi :

Homestay homesuite
+60 10-212 0033






Kitchen set - Set mainan dapur untuk simanja



Assalamualaikum... Hiii!

Nampak tak betapa excited dan berlagaknya muka aimi dapat parcel besar macam ni.  Gift from someone ye. Mak dia dah malas nak belikan pape. Hehe.



Tadaa!! Kitchen set yang aimi idam-idamkan akhirnya dapat juga dia merasa.


Dah bukak parcel, kenalah mak dia pasangkan kitchen set ni. Jenuh mak dia dok fikir macam mana nak pasang. Jumpa juga cara nak pasangkan walaupon terkial-kial berjaya juga pasang.



Diharap lepasni aimi rajin kedapur untuk masak. Dah ada dapur sendiri jangan kacau dapur mommy okay! 




Air laut biru di Crystal bay Melaka



Assalamualaikum... Hi! 

Jika datang ke Melaka jangan lupa singgah sebentar di crystal bay melaka yang terletak di Alai. Airnya yang biru sangat menenangkan hati sesuai jika ingin melapangkan fikiran yang kusut.

Disekitar crystal bay jugalah terletaknya medan ikan bakar yang paling popular dimelaka. Fara lupa nak amik gambar kedainya. Hehe. 



Kawasan laut di crystal bay ni tiada kawasan untuk bermandi mungkin sebab faktor air pasang besar yang selalu terjadi disini agak bahaya untuk bermain air. Masa fara tengok air di tepi ni memang dalam. Tidak mustahillah kawasan ini hanya dijadikan sebagai tempat untuk memancing atau beridah ringan je.



Air laut yang sangat cantik tapi sayang tidak sesuai untuk bermandian. Hanya mampu lihat je dari tepi sini. 



Disebabkan tiada kawasan untuk bermain air di cystal bay, suami bawak ke pengkalan balak sebagai ganti. This little girl excited dapat mandi laut!