Tempat Makan Steamboat Terbaik Di Shah Alam | D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet

Assalamualaikum.. hi korang!

Sebut je steamboat mesti terbayang makan sampai puas kan? Bagi Penggemar steamboat macam Fara pasti mencari kelainan steamboat yang ditawarkan. Jadi hari ni, rasa nak suggest satu tempat makan yang sesuai untuk pergi bersama keluarga. Bagi yang mencari Restaurant Steamboat terbaik di Shah Alam, korang kena cuba sendiri steamboat di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet. Di sini pelbagai aneka jenis bebola wajib cuba tak lupa juga ayam dan daging yang boleh digrill. Bertambah sedap apabila makan beramai-ramai bersama keluarga tercinta!


Pertama kali jejak di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet dah rasa terpukau dengan dekorasi tempat ini. Walaupun agak sukar dicari kerana lokasinya yang terletak di Sri Acapella Service Apartment bukanlah halangan untuk Fara mencuba. Settingkan aplikasi waza "D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet" inshaAllah jumpa.

Fara tertarik dengan dekorasi D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet yang dihiasi dengan puluhan lampu jenis mentol begitu menaikkan seri restaurant ini. Susun atur makanan  juga memudahkan pelanggan untuk memilih dan mengambil mengikut citarasa.


Jadi, ruangan seperti gambar diatas inilah pelanggan akan mengambil segala menu yang ada. Untuk makluman, Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. Pendek kata, semua ada di sini berbanding dengan restoran steamboat yang lain.




Bagi Fara, kelainan yang dibawa oleh D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet terletak pada sos steamboatnya. Sekali cuba pasti nak cuba lagi keenakan sos steamboat disini. Tambahan, hidangan steamboat disini sedap, murah dan banyak! 

Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut. Yang paling terbaru, ada juga menu tenpayaki dekat sini. Pada yang suka makan teppanyaki boleh cuba makan dekat sini specialnye dimasak secara panas-panas ayam, daging dan sayuran semua segar .


Mengenai kuah pula, D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet mempunyai dua pilihan kuah, iaitu tomyam dan sup. Fara pilih kuah sup sebab nak bagi anak-anak makan sekali. Selain pilihan untuk steamboat, anda juga boleh menggril pelbagai jenis protein mentah seperti ayam, daging dan makanan laut. Yang pasti, semuanya sudah diperap dengan rempah istimewa dan rasanya juga sedap.

Pilihan yang Fara ambil tentunya udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Paling best Perapan untuk bahan grill seperti ayam dan daging menaikkan lagi selera kami sekeluarga. Baru tahu yang restoran ini menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya.


Memang rasa lain sangat perapan daging dan ayam disini manakan tidak perapan tersebut menggunakan bahan-bahan asli sahaja. Kesemua ini amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera.

Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah. 

Harga D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet

Harga terbaru yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya :

RM33 nett bagi dewasa
RM12.50 nett bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun. 
Tiada bayaran tambahan untuk ‘refill’ sup. 

Bagi pengunjung yang membelanjakan lebih daripada RM150, kad diskaun rm10 akan diberikan kepada mereka.


Akhir kata, kalau korang jenis suka makan steamboat kat tempat yang luas dan selesa D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet adalah tempatnya!

Lokasi :

D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET,
Sri Acapella Service Apartment,
No. 1, jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam,
40100, Selangor Darul Ehsan


Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak PPZ Kini Lebih Memudahkan


Terlalu Busy Sehingga Tak Sempat Nak Keluar Bayar Zakat?

Jangan risau....


Sekarang Dah Ada Kaunter Bergerak Untuk Bayar Zakat Oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)


Pusat Pungutan Zakat-MAIWP telah menyediakan kaunter bergerak bertujuan membantu proses kutipan dan agihan zakat, khususnya melibatkan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di Sekolah, Karnival, Pameran, Konvokesyen IPT dan sebagainya. Antara perkhidmatan yang disediakan di kaunter ini termasuklah pembayaran zakat, permohonan bantuan zakat, pertanyaan, taksiran zakat dan khidmat nasihat. 

Jadi disinilah peluang untuk anda membuat taksiran dan pertanyaan terlebih dulu di mana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP bagi menentukan sama ada mereka perlu membayar zakat bagi tahun berkenaan atau sebaliknya

Dimana Lokasi Kaunter Zakat Bergerak PPZ?


Sepanjang bulan Januari sehingga April kaunter bergerak ini telah beroperasi di lokasi-lokasi terpilih seluruh selangor melalui program-program, forum perdana, karnival dan banyak lagi. Untuk lokasi seterusnya, anda boleh lihat di portal PPZ atau Facebook PPZ. Mereka akan update lokasi kaunter zakat bergerak melalui platform tersebut.


Anda Boleh Menempah Kaunter Zakat Bergerak Ke Tempat Anda

Menariknya lagi, anda kini boleh memanggil pihak urusan zakat untuk terus ke tempat anda tidak kira di tempat kerja, rumah atau dimana sahaja.  Perkhidmatan Door To Door ini khas Untuk Pembayar Zakat bernilai RM5000 keatas.  Perkhidmatan seperti ini pastinya lebih memudahkan urusan anda dan sekaligus memudahkan urusan pihak PPZ. 

Antara Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kaunter Zakat Bergerak Adalah :

Servis apa agaknya ya yang ada di kaunter zakat bergerak ni? Mesti ada tertanya-tanya kan? Di kaunter ini anda boleh dapatkan perkhidmatan seperti :
  • Pertanyaan zakat
  • Taksiran zakat
  • Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)
  • Salinan penyata/resit zakat

Image result for kaunter zakat bergerak

Macam yang saya katakan sebentar tadi, Kaunter Zakat Bergerak ni membuka peluang orang ramai untuk membayar zakat dengan lebih mudah tanpa perlu ke pejabat zakat. Segala pertanyaan mengenai zakat boleh diajukan di kaunter ini dan inshaAllah pihak PPZ akan melayan anda dengan baik.

Pembayaran Zakat Boleh Dibuat Secara :

Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak yang disediakan oleh PPZ-MAIWP bukan sahaja memudahkan orang ramai membayar zakat malah mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan. Dengan adanya perkhidmatan kaunter zakat bergerak ini anda tidak perlu ragu-ragu kerana ianya selamat. Mengenai cara pembayaran pula, ianya boleh dilakukan secara :
  • Tunai & Cek
  • Kad Kredit Islam & Kad Debit

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat tentang lokasi kaunter bergerak ini bolehlah melayari portal PPZ :


Hubungi : 1300 88 5757
Website : Pusat Pungutan Zakat Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)
Facebook :Pusat Pungutan Zakat Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)



Resipi ikan bawal masak masam manis simple


Assalamualaikum.. hi korang

Kalau ada ikan bawal biasa buat masak apa? Selain digoreng Fara suka buat masak masam manis.. teringat dulu arwah ibu kalau masak masakan ni mesti kami tiga beradik berebut makan.. nasi dah siap masak je terus amik pinggan nak makan... Hehe.. kenangan betul...


Masakan paling sedap dari air tangan seorang ibu. Fara try buat macam ibu pun takkan sama rasanya. Ok, resipi yang fara buat ni ni memang mudah... Jom tengok


Bahan-bahan :

Ikan bawal 4 ekor digoreng dulu
Bawang besar 2 sebiji *tumbuk
Bawang kecil 4 ulas *tumbuk
Halia sikit *tumbuk
Tomato 1 biji *belah 4
Sos cili 2sudu
Sos tomato 3 sudu
Cili kisar 3 sudu
Sedikit air
Cara masak

1. Goreng ikan bawal separuh masak

2. Tumis bahan bertumbuk dan cili kisar

3. Masukkan sedikit air, sos cili dan sos tomato. Biarkan mendidih kejap

4. Lepastu masukkan ikan bawal yg dah goreng dan tomato. Biarkan didih lagi.

5. Siap dihidang.

Stain Remover Kedai Rm2 Menghakis kotoran Degil


Assalamualaikum.. hi!

Kotoran degil kat lantai terutama kat bilik air memang buat rasa geram. Nak menyental sampai licin ambil masa cukup lama baru nampak bersih. Selagi bilik air tak bersih hati jadi tak tenang kan?


Pernah beli stain remover kat kedai Eco atau kedai Rm2 tak? Macam gambar kat atas ni? Ini antara barang popular untuk mencuci kotoran degil di bilik air.

Tak dapat dinafikan sejurus tuang stain remover ke lantai dan dibiarkan selama 20 hingga 30 minit, memang lantai jadi berkilat dan bersih seperti baru. Tetapi, baunya yang agak kuat ada ada kalanya buat rasa sesak nafas. Kena pakai mask semasa proses mencuci baru tidak menyakitkan hidung.

Lagi satu, kaki jadi mengelupas bila terkena stain remover ini. Jadi, saya nasihatkan pada korang yang bercadang nak cuba Stain Remover ni :

1. Pakai Mask
2. Pakai sarung tangan
3. Pakai selipar

3 perkara ni penting bagi mengelakkan kecerderaan kecil sepanjang proses pembasuhan.




Proton Terbaru X70 Tampil Eksklusif

Assalamualaikum.. hi korang!

Baru-baru ni Proton telah mengeluarkan model kereta terbarunya iaitu X70. Pandangan pertama Fara bila lihat X70 ni serius memukau! Proton X70 memenuhi kehendak dan dan citarasa orang sekarang yang suka dengan model kereta jenis SUV dan nampak eksklusif.


Perlancaran "Proton SUV terus mencuri tumpuan umum" - TV3. Fara tengok pun kagum dengan model terbaru Proton ni. Sangat sesuai untuk semua golongan terutama untuk mereka yang memiliki ahli keluarga yang ramai. Pasti berasa selesa dengan keadaan dalaman kereta yang luas ini.


Harga Proton X70

Harga Proton X70 bermula dari RM99 800 (standard) sehingga RM123 800 (premium). Dengan features technology, safety dan performance rasanya harga ni sgt reasonable. Lagipun ia adalah sebuah SUV bersegment C, dan ia adalah model fully import (CBU).



6 Tanda Kiamat Besar Mengikut Turutan


Bismillahirrahmanirrahim...

6 Tanda Kiamat Besar Mengikut Turutan

Mengkaji kitab Sahih Bukhari & Muslim
(Ustaz Wadi Annuar)


"TANDA PERTAMA"

1. Matahari Terbit Dari Sebelah Barat.

- Sebelum berlakunya kejadian itu, bumi akan bergelap selama 2 atau 3 hari...

-Bila-bila masa sahaja akan berlaku, disebabkan petanda kiamat kecil semuanya sudah pun lengkap.

-Pada waktu itu, semua org dimuka bumi ini menjadi org beriman. Tapi semuanya sudah terlambat.

Janji Allah itu pasti, Naik matahari sebelah barat, maka tertutuplah semua pintu taubat.

Hari Pertama Terbitnya Matahari itu.

Kita akan mengalami waktu siang yg panjang, iaitu selama setahun siangnya.

*Hari_Kedua.

Waktu siang kita akan berpanjangan selama sebulan.

*Hari_Ketiga.

Mengambil masa selama seminggu.

*Hari_Keempat.

Barulah ia akan menjadi hari biasa... mengikut peredaran masa siang dan malam.

"TANDA KEDUA"

2. Binatang Yang Melata

-"DABBAH" binatang yg berkaki 4, ia akan mendatangi kita dan akan bercakap dgn kita! Setiap manusia pasti akan bertemu dengannya.

-Binatang ini akan membawa cincin Nabi Sulaiman as dan tongkat Nabi Musa as.

-Tugasnya, menggunakan tongkat yang ada padanya dan diletakkan tongkat tersebut pada orang-orang beriman Dan orang-orang yang beriman itu akan bercahaya mukanya dan org itu akan diberi gelaran "Mukmin".

Manakala, cincin yg ada padanya pula diletakkan pada muka orang-orang yang tidak beriman org tersebut mukanya akan berubah menjadi hitam. Dan dia diberi gelaran "Kafir".

-Pada masa itu, semua org akan lupakan nama masing-masing. kita hanya akan mendengar nama kita @ nama org hanya dengan panggilan "Mukmin" @ "Kafir" sahaja.

-Setiap manusia akan dilabel oleh Dabbah, "Mukmin" @ "Kafir".

"TANDA KETIGA"

3. Awan dan Asap.

-Selepas binatang melata tadi pergi, maka keluarlah tanda kiamat yg ke3 ini....

-Apabila turun asap dan awan kena dengan kita, orang yang beriman akan mengalami demam dan selsema yg ringan.

-Apabila terkena org kafir pula, mereka akan mengalami seperti api yg akan menggelegakkan kepala mereka! mereka pakat berguling habis! mereka akan menjerit kesakitan "ya Allah.... buanglah azab nie..." mereka pakat dok berdoa....

-Tetapi doa sudah tak berguna diwaktu itu.

-Pada waktu itu, 1 bumi beriman pada Allah swt... tetapi iman itu tak lagi bermanfaat.

-Kemudian asap itu pun naik dan ia hilang... maka muncullah tanda besar kiamat yg ke4.

"TANDA KEEMPAT"

4.Dajjal


-Rambutnya kerinting..

-Matanya buta sebelah, dan sebelah lagi tersembul kluar seperti biji anggur....

-Setiap dari kita akan berjumpa dengan Dajjal dan Dajjal akan mengaku dirinya Allah dan Rasullullah saw.

-Dajjal hanya akan berkuasa selama 40 hari sahaja.

-Hari pertama ia keluar sama seperti terbitnya matahari disebelah barat.

Hari pertama siang yg berpanjangan selama setahun, hari kedua selama sebulan, hari ketiga selama seminggu dan hari ke4 dan seterusnya seperti biasa....

-Kelajuan Dajjal seperti angin yg bertiup... Dan pengikutnya seramai 70 ribu org yahudi.

-Apabila Dajjal keluar dari tempatnya nanti, langit akan berhenti menurunkan hujan. Dan bumi tidak akan lagi, menumbuhkan tumbuh2han.

Allah....

-Bayangkan....

Setahun, sebulan, seminggu dan seterusnya.... makanan org beriman masa itu hanyalah "zikrullah". Org yg beriman akan merasa kenyang dengan menyebut 1 patah zikrullah itu. Pagi 1 patah, tghhari 1 patah, petang dan malam 1 patah....

#Peringatan penting!

Apabila kita nmpk Dajjal, bacalah 4 ayat pertama surah Al-Kahfi.

Itulah senjata kita nak lawan Dajjal.

~SESIAPA YG SELALU AMALKAN SURAH AL-KAHFI, ALLAH AKAN MELINDUNGI DIA DARI FITNAH DAJJAL~

"TANDA KELIMA"

5. Turunnya Nabi Isa as

-Sekarang Nabi Isa berada dilangit yg ke2 dengan sepupunya Nabi Yahya as.

-Sifat Nabi Isa as....

Mukanya berseri-seri seperti org lepas mandi, misai dan janggutnya bercantum, warna misai dan janggutnya kemerah-merahan, hidungnya mancung, dia tak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

-Nabi Isa as akan turun diNegeri Syria.

-Dia akan turun pd waktu asar @ subuh, disalah sebuah masjid disana...

-Dajjal ini, bla melihat Nabi Isa as... dia akn terus lari bersama tentera-tenteranya.... kerana bau wangi Nabi Isa as akan menghancurkan Dajjal dan tenteranya, sebagaimana garam yg cair terkena air.

"TANDA KEENAM"

6. Yakjud dan Makjud.

-Mereka adalah org biasa macam kita... tapi mereka ini sangat-sangat jahat.

-Sekarang nie, mereka berada didalam tembok yang tebal dan tinggi...

-Allah tidak menyuruh Nabi Isa as melawan mereka kerana mereka ini terlalu ramai sehinggakan Allah sendiri mengeluarkan tentera2nya.... berupa ulat bagi menyerang mereka ini!

-Allah mengarahkan Nabi Isa as dan org2nya naik ke satu bukit.

-Setelah semua Yakjud & Makjud mati, Nabi Isa pun turun dari bukit bersama2 dengan org2nya yg lain....

-Kemudian Allah turunkan hujan yg lebat bagi membasuh semua jenazah dan Allah menurunkan burung yg lehernya panjang dan mengangkat semua mayat dan dibuang ke dlm laut kesemuanya.....

-Kemudian Umat Islam pun hidup kembali seperti biasa bersama Nabi Isa as. Lepas tu, Nabi Isa as pun wafat dan disembahyangkan oleh org2 islam...

-Kemudian bumi ini pun, tidak ada lagi org2 beriman..... disebabkan Allah mengeluarkan 1 angin bagi mematikan org2 beriman....

-Tinggallah dimuka bumi ini hya org kafir sahaja...

-Dan diwaktu itulah akan berlakunya KIAMAT.

Wallahu'alam