Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Murah Di Selangor | NurMayang Sari

Terdapat banyak pakej perkahwinan lengkap yang menyediakan pelbagai pakej menarik pada harga mampu milik yang boleh dijadikan pilihan bakal pengantin di Selangor ni. Ada yang menawarkan pakej mampu milik, tetapi masih mengekalkan lokasi mewah bertaraf lima bintang. Bagi individu yang tiada bajet besar, tetapi teringin kelihatan mewah disaat majlis perandingan nanti, inilah peluang anda untuk merialisasikan impian anda!


Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Murah Di Selangor Dari Nurmayangsari Wedding

Nurmayangsari Wedding adalah sebuah agensi pengurusan acara yang beroperasi di Saujana Utama Sg Buloh, Selangor yang memberikan tumpuan kepada pengurusan majlis perkahwinan, pertunangan, akikah dan majlis-majlis korporat. Nurmayangsari Wedding sentiasa mencari penyelesaian kepada setiap idea yang pihak pelanggan utarakan dan Nurmayangsari Wedding zahirkan kepada acara yang gilang gemilang mengikut bajet yang diberikan. Kini bakal pengantin di sekitar Selangor dan kawasan sekitarnya bolehlah menempah Pakej Perkahwinan Lengkap 2019/2020 dari Nurmayangsari Wedding.

Cipta Majlis Impian Anda Dengan Wedding Planner Berpengalaman Lebih 7 Tahun


Cantik mata memandang pelamin dan perhiasan, lagi sedap menjamah hidangan yang disediakan oleh katerer-katerer berkualiti. Pilihlah pakej-pakej, lengkap dengan dewan, khemah, busana pengantin, jurugambar, makanan beradap, jurusolek, hiburan, kek dan sebagainya. Buat pelanggan yang telah mula membuat persediaan untuk majlis perkahwinan, kini Nurmayangsari Wedding telah membuka tempahan untuk Pakej Perkahwinan Lengkap 2019/2020 .

Kenapa Kena Pilih Pakej Perkahwinan Dari Nurmayangsari Wedding?

1. Trendy
Pelbagai pilihan baju pengantin ada di Nurmayangsari Wedding dan tidak dilupakan segala jenis baju pengantin disini mengikut peredaran zaman dari jenis songket hinggalah yang nampak trendy. Begitu juga dengan jenis pelamin dari yang biasa hinggalah luar biasa. 

2. Harga Berpatutan, Kualiti Terbaik
Nurmayangsari Wedding menawarkan pakej & servis yang sama seperti di pasaran tetapi sangat mementingkan kualiti pada harga mampu bayar. Lihatlah testimoni mereka di Facebook. Ramai memberikan feedback positif mengenai Nurmayangsari Wedding

3. Makanan Sedap & Cukup
Sebagai katerer yang sudah lama dalam industri, Nurmayangsari Wedding menjamin makanan yang enak kepada anda. Usah risau air muka terjatuh dek lauk terlebih garam ataupun tidak cukup. Supervisor Nurmayangsari Wedding akan sentiasa memantau makanan.

4. Dipercayai
Nurmayangsari Wedding tidak akan sewenangnya menipu duit pelanggan atau tidak memberikan servis seperti yang dijanjikan. Pelanggan marah akan mencalarkan reputasinya. Imej Nurmayangsari Wedding perlu dijaga untuk kekal menjadi pilihan.

5. Tiada Kos Tersembunyi
Harga Nurmayangsari Wedding adalah seperti yang tertera pada pakej. Tiada kos tersembunyi yang akan dicaj. Usah risau kejadian seteleh deposit dibayar rupanya ada kos tersembunyi yang perlu ditambah, tidak dengan Nurmayangsari Wedding

6. Tidak Lewat
Tentu kelam-kabut jadinya jika katering atau mak andam tidak menepati masa. Nurmayangsari Wedding berpengalaman 7 tahun, kejadian seperti makanan tidak sampai-sampai atau lewat tidak akan berlaku. Dijamin! 

7. Pelbagai Pakej Popular
Setelah lebih sedekad berkecimpung dalam bidang ini, Nurmayangsari Wedding mendapati pakej di bawah mendapat permintaan yang paling tinggi kerana sesuai dengan keperluan kebanyakan pengantin.

8. Boleh Sewa baju pengantin 
Pilihan untuk menyewa baju pengantin yang sedia ada di Nurmayangsari Wedding lebih menjimatkan wang. kita dapat baju yang confirm cantik (sebab kita dah try dan dah tengok baju tu) tanpa perlu menghabiskan jumlah wang yang besar. Lagi satu, kita tak perlu susah-susah pun nak fikir nanti nak padankan dengan veil macamana, tudung, kasut, perhiasan dan sebagainya. Everything is prepared for you!

Rekaan pelamin, pakaian, prop serta hiasan yang digunakan semua tampak moden dan mengikut trend 


Memberi rundingan yang terbaik untuk pelanggan serta memberi cadangan dan khidmat perkahwinan serta meningkatkan sistem pengurusan efektif dan berkualiti bagi menepati kehendak dan kepuasan pelanggan. Sentiasa berdaya saing dan cekap serta komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan, layanan yang ekslusif, cekap dan mahir. Bagi Nurmayangsari Wedding, konsep perkahwinan yang ditonjolkan pada tahun ini lebih menarik, segar dan mengikuti perkembangan semasa. Rekaan pelamin, pakaian, prop serta hiasan yang digunakan semua tampak moden dan mengikuti trend yang mana mampu memenuhi cita rasa golongan muda pada masa kini

Pelbagai Pilihan Pakej Popular Dari Nurmayangsari Wedding

Pakej yang ditawarkan sudah pasti mampu memenuhi impian pasangan pengantin yang mengimpikan majlis perkahwinan yang tampak mewah dan eksklusif pada harga berpatutan. Pasangan pengantin muda perlu bersikap rasional mengikut kemampuan dengan memilih pakej perkahwinan pada kos sederhana. Bakal pengantin perlu bijak membuat pilihan dan elak terlalu mengikut aliran banyak ditonjolkan dalam media sosial. 

Majlis Nampak Mewah Macam Wedding Artis! Lihat Testimoni :




Tunggu Apa Lagi, Jom Dapatkan Sebut Harga Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Murah Dari Nurmayangsari Wedding!

Tak payah pening-pening semua lengkap dan paling penting inilah pakej perkahwinan termurah di Selangor. Untuk maklumat lanjut mengenai Nurmayangsari Wedding atau tempahan sila hubungi mereka di talian bawah


Kaedah Tanam Sayur Hidroponik DIY Mudah Dan Cepat

Kaedah Tanam Sayur Hidroponik DIY

1. Cari bekas untuk menanam sayur dan bekas menakung air baja AB yang ngam. Guna tapis di bahagian atas. Boleh beli di kedai serbaneka. Tiga tapis RM2 je. Baldi kecil polka dot yang comel tu pula boleh beli di MR DIY. Harga RM1.51 sebiji.

2. Letak span akuarium. Boleh dibeli di 'petshop'. Potong bentuk bulat.

3. Letakkan pula cocopeat (sabut hancur) sehingga paras mulut tapis supaya tiada lubang yang dapat dibolosi nyamuk untuk bertelur.

4. Saya tak letak sumbu untuk serap air tapi cuma tuang air baja AB dan pastikan ia cecah paras akar anak pokok.

5. Yang ni pula contoh bekas DIY melalui konsep suai padan. Nampak tak, tapis tu sedang elok je dengan saiz baldi?. Kena la rajin meronda cari bahan

6. Alihkan anak sawi yang sudah ada lebih 5 helai daun ke dalam bekas. Kerja memindahkan anak pokok dari dulang semaian ke pasu individu seeloknya dilakukan pada waktu petang. Kalau alih pagi, takut anak pokok mengalami strok haba bila matahari naik (lecur sebab panas le). Seeloknya 1 bekas kecil satu pokok supaya ia boleh membesar dengan jayanya. Tak perlu berebut baja dan ruang dengan rakan hijau yang lain.




Isi air baja bila sudah susut. Biasanya saya biarkan sampai air baja kering baru isi yang baru. Tapi kalau takut terlupa, boleh bubuh air baja tapi baki yang di dalam baldi saya guna untuk siram pada pokok yang tanam atas tanah.

Letak pokok di bahagian yang dapat sinaran matahari. Sayuran daun perlukan sekurang-kurangnya 4 jam sinaran matahari. Saya letak di bawah atap jernih. Tak kena hujan. Kalau kena hujan, nanti air baja cair pulak.

Jangan lupa ambil gambar pokok dari kecil hingga besar. Baru la kita dapat lihat perkembangannya. Enjoy bukan?

Dari sekecil-kecil biji benih, jadi sayur yang besar. Kemudian jadi hidangan di meja makan. Perasaan masa makan tu lain macam sebab hasil tanam sendiri.

Berkebun di mana? Di balkoni saja. Bukan perlu ruang besar pun. Bertingkat-tingkat sayur hasil tanam sendiri. Kalau hendak seribu daya. Minat mengatasi segala.

credit : NorAinon Othman

RUMAH BARU BANYAK ROSAK? 10 PERKARA INI YANG PATUT ANDA LAKUKAN

Selalu kita dengar di dalam laporan media semasa kisah pembeli rumah teraniaya gara-gara sikap pemaju yang menyiapakan rumah dengan ala kadar atau lepas tangan. Nampak cantik di luar tapi bila masuk di dalam keadaannya agak teruk dengan pelbagai kerosakan. Jadi apa harus kita lakukan? Diam diri? Buat aduan kepada kontraktor berkenaan?

Image result for new house crack

Jom kita baca, Apa yang harus kita lakukan jika berada dalam situasi ini.

Pasti ramai yang seronok bila terima kunci rumah baru daripada pemaju. Rumah yang ditunggu-tunggu kini akhirnya siap sepenuhnya dan boleh diduduki. Tetapi masuk sahaja dalam rumah, anda dapati terlalu banyak kerosakan dan kecacatan pada rumah tersebut. Tidak seperti yang anda harap harapkan. Jika anda menghadapi masalah tersebut diatas, apakah yang patut anda lakukan? Disini saya kongsikan apakah yang patut anda lakukan apabila mendapati rumah baru anda banyak rosak.

Related image

Tahukah anda, sekiranya anda membeli rumah yang dalam pembinaan dengan Pemaju, anda memperolehi tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) atau dalam bahasa mudahnya dipanggil tempoh waranti selama 24 BULAN mulai daripada TARIKH SERAHAN MILIKAN KOSONG (atau dlm bahasa mudahnya, tarikh serah kunci) rumah tersebut. Ertinya, dlm tempoh tersebut sekiranya berlaku kerosakan terhadap rumah tersebut, maka Pemaju bertanggungjawab, atas kos dan perbelanjaan mereka sendiri, untuk membaiki segala kerosakan tersebut.

Macam mana cara nak mintak Pemaju baiki kerosakan? Bolehkah sekadar telefon pejabat Pemaju begitu sahaja? Kalau Pemaju lambat atau enggan baiki, macam mana cara yang patut anda buat?

Sila ikuti sepenuhnya apa yang saya nyatakan dibawah ini:-

1. Jika berlaku kerosakan terhadap rumah anda, sila tulis SURAT RASMI kepada Pemaju. Senaraikan kerosakan tersebut satu persatu. Kalau boleh sila ambil gambar kerosakan tersebut dan lampirkan bersekali dengan surat rasmi tersebut. CC surat tersebut kepada Peguam yang menyediakan Perjanjian Jual Beli.

2. Sila hantar Surat tersebut kepada Pemju dan Peguam dengan 2 cara sahaja, iaitu sama ada secara Pos Berdaftar atau serah terus dengan tangan ke pejabat Pemaju dan pejabat Peguam dan dapatkan tandatangan dan cop akuan terima daripada Pemaju dan Peguam. Cara lain tidak dibenarkan oleh undang-undang

3. Beri tempoh 30 HARI kepada Pemaju mulai daripada tarikh Pemaju terima Surat tersebut untuk mereka baiki kerosakan.

4. Sekiranya Pemaju tidak baiki kerosakan dalam tempoh 30 HARI, sila lantik kontraktor anda sendiri untuk tujuan tersebut.

5. Dapatkan sebutharga daripada kontraktor anda terlebih dahulu untuk kos baiki kerosakan tersebut.

6. Serahkan secara rasmi sebutharga kontraktor tersebut kepada Pemaju dan CC sebut harga tersebut kepada Peguam dan beri peluang lagi kepada Pemaju untuk baiki kerosakan tersebut dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI.

7. Jika Pemaju masih tidak baiki kerosakan selepas tempoh 14 hari tersebut tamat, sila arahkan kontraktor anda memulakan kerja-kerja pembaikan sehingga siap.

8. Selepas sudah siap baiki, sila tuntut kos pembaikan kerosakan tersebut daripada Peguam dengan mengemukakan invois asal kerja-kerja pembaikan kerosakan tadi kepada Peguam.

9. Peguam hendaklah membuat bayaran kepada kontraktor dengan memotong daripada wang pertaruhan 5% daripada harga jual beli yang dipegang oleh Peguam.

10. Kalau Pemaju dan Peguam tidak beri kerjasama, anda boleh failkan Tuntutan di TRIBUNAL PEMBELI RUMAH.

Walaupun semua perkara yang saya sebut diatas dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Jual Beli, saya percaya masih ramai pembeli diluar sana yang belum mengetahui tentang hak mereka.

Panduan Asas Memilih Car Seat Mengikut Umur Yang Betul

Untuk memilih car seat yang terbaik untuk anak anda, anda perlu mengetahui jenis-jenis car seat dan kegunaan car seat tersebut mengikut peringkat umur yang sesuai.

Wajib menggunakan child carseat untuk next year 2020, dah bersediakah kita?

Guideline asas child carseat ikut umur : 


Anak baru lahir : Infant Carrier (jenis macam bakul)
Anak bawah 2 Tahun : Rear Facing Carseat
Anak 2 thn - 5 Tahun : Rear Facing / Foward
Anak 6 thn - 12 Tahun : Facing Carseat
High Back Booster (HBB)*

*Backless Booster jika anak dah tak muat/ lebih max berat HBB

Bila anak dah boleh guna seatbelt tanpa booster?
Bila anak dah lepasi 5 test (gambar ke-3)

Pada masa sekarang terdapat banyak jenama car seat yang boleh di pilih dan terdiri daripada pelbagai range harga. Anda boleh memilih car seat mengikut jenis, peringkat dan harga yang bersesuaian dengan bajet anda.

Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (Car Seat) Wajib Menjelang 2020

Sudah banyak kejadian kemalangan melibatkan kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak yang tercampak keluar dari kereta dan sebagainya. Ngeri dan sedih mendengar dan menyaksikan kejadian tersebut. Sebagai ibu bapa yang ada anak kecil anda perlu jadikan kisah tersebut sebagai pengajaran.


Car Seat Penting Untuk Keselamatan Anak Kita!

Ciri-ciri sesebuah car seat bertindak untuk mengurangkan kecederaan kepada kanak-kanak yang duduk di dalamnya.

Ia direka untuk untuk melakukan 3 perkara, iaitu melindungi dan menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa berlaku kemalangan, mengurangkan momentum dalam keadaan yang terkawal, dan menyebarkan daya kearah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minimum terhadap tisu dalaman yang lembut.


Pastikan semasa memasang car seat, ia mengikut arahan yang ditetapkan kerana pemasangan yang salah juga boleh menyebabkan kecederaan yang tidak diingini.

Tahukah anda, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak akan diwajibkan menjelang 2020? 

Kepentingan tentang perkara ini diketengahkan bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak serta mengurangkan statistik kemalangan maut di negara ini.

Jom lihat PANDUAN memilih jenis kerusi keselamatan yang betul untuk anak anda!






Kredit: Malaysia 3C

Siapa Selalu Sakit Kepala Wajib Baca Penjelasan Ini

Apabila anda sakit kepala atau mygrain, perkara pertama yang anda akan cari adalah panadol & minyak angin (minyak cap kapak paling famous!). Kemudian anda akan sapukan pada dahi, tepi dahi, dalam rambut, hidung, kening, Argghhhh!! Mandi minyak kapak teruslah!! Senang!Ya, ketika itu sakit kepala berdenyut memang tak dapat nak control. Mula rasa moody & nak muntah bila pening, mata mesti mahu dilelapkan bagi mengawal denyutan kepala. Terasa rimas!


Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Tahukah anda bahawa 99% urutan pada otot tepi leher dimana dipanggil otot Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut? Kenapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tak sapu & urut pada otot tersebut?

Sakit kepala dan sumber biasa diabaikan mereka boleh menghasilkan Myofascial Trigger Points. Simpulan otot ini yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang, tetapi boleh menjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh.

Titik punca / trigger points merupakan tumpuan 'hyper-irritable' dalam otot atau fascia yang menyebabkan fiber otot tegang dan sakit. Trigger points tersebut tidak mengikuti corak dermatome biasa.

Trigger points menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang & ketat. Ini menghadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan kelemahan, pengurangkan peredaran darah dan kesakitan. Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh, tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.

Trigger Point adalah gambaran Myofascial Trigger Points Therapy dimana cara terapi dan teknik yang digunakan untuk melegakan myofascial (myo = otot; fascial = tisu penghubung) kesakitan dan tidak berfungsi. Ianya terhasil dari kerjaya perubatan sepanjang hayat Dr. Janet travell dan David Simons. Myofascial Trigger Point diiktiraf oleh American Academy of Pain Management sebagai modul untuk rawatan sakit myofascial dan kegagalan ia berfungsi.

Kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala Migrain akibat Myofascial Trigger Pointss (TrP) dengan tanpa aura adalah tinggi.

Trigger point therapy adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan kepada peringkat. Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari sudut trigger point myofascial aktif dalam spenius atas cervicis otot yang terletak di bahagian belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian occipt, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata) - ianya dinamakan "sakit di dalam tengkorak" Kadang-kadang sakit splenius cervics dirujuk ke bawah pada tulang rangka bahu dan sudut leher.Fungsi 'splenii' ini bekerjasama untuk memutarkan kepala dan leher individu, menjadikan muka ke arah sebelah yang sama.

Gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh trigger point yang aktif dalam cervicis spenius dan otot capitis splenius.

Pengaktifan dan pengekalan trigger point dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat tiba-tiba, kedudukan posture badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.

Satu lagi penyebab biasa sakit kepala yang teruk adalah trigger point dalam otot sternokleidomastoid atau simpulan di dalam otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dgn tulang selangka.Trigger points di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala.Myofascial Trigger Points boleh membantu menyelesaikan gejala sakit kepala dan mygrain.

Apabila trigger point dikenalpasti, tekanan/urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, trigger point yang berkenaan sangat lembut, tetapi kesakitan beransur-ansur berkurangan kerana otot bermula untuk berehat. Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan. Proses pengurutan pada trigger point dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal.


Sumber : Diane Sera, Cert. Sport Massage (UKM)