Penapis Air Cuckoo atau Coway? Ini pengalaman saya

“Alhamdulillah sudah 4 bulan lebih kami sekeluarga menggunakan penapis air. Dah lama saya mengidamkan penapis air di rumah. Saya masih ingat betapa teruknya keadaan kami dulu apabila menggunakan cara tradisional untuk masak air. Cara tradisional maksudnya bukanlah saya masak air guna kayu api tau... jangan salah faham. Tetapi tradisional yang saya maksudkan, kami pernah menggunakan cerek eletrik dan masak air guna periuk atas dapur. Dengan penapis air yang ada sekarang, masalah-masalah yang memeningkan kepala selesai!”


Semuanya berlaku apabila saya balik ke kampung suami. Tengok mak mertua pakai penapis air baru. Tekan-tekan air terus keluar. Nak bancuh susu anak pun mudah. Siap boleh pilih nak air panas atau sejuk. Terus saya beritahu suami nak satu penapis air macam rumah mak mertua. Nasib baik suami memahami. Tapi pening juga nak pilih penapis air mana yang sesuai. Masing-masing ada baik dan buruknya

Antara Penapis Air Cuckoo Dan Coway Mana Paling Bagus?
Tak tahu nak pilih Cuckoo atau Coway? Tidak dinafikan kedua-dua jenama penapis air popular iaitu cuckoo dan Coway ada kelebihan dan pasti ada kekurangannya bukan,jadi lebih elok saya perincikan lagi perbandingan antara 2 jenama ini. Diharap dapat membantu anda dalam proses perbandingan untuk memiliki penapis air pertama anda.

1. JENIS TAPISAN



Cuckoo: Nano Positive
Teknologi Nano Positive satu teknologi tapisan air yang menapis hampir keseluruhan kekotoran dan benda asing berbahaya didalam air dengan meninggalkan hanya bakteria berguna dan garam mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Coway: Reverse Osmosis
Melalui sistem tapisan Reverse Osmosis,ia akan menapis sehingga 99.99% bakteria dan juga benda asing didalam air.Namun kekurangan sistem Reverse Osmosis adalah tapisan ini turut menyingkirkan mineral dan bakteria yang baik diperlukan oleh tubuh.

2.KUALITI AIR DAN PH AIR

Cuckoo :Air Mineral Beralkali
Dengan teknologi Nano Positive Filter,penapis air Cuckoo menghasilkan air bermineral dan beralkali ringan,dimana dengan teknologi ini,mineral yang baik untuk tubuh akan dikekalkan.Air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah selamat dan sihat kerana kandungan alkali ringan serta kandungan mineralnya.Kadar pH air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah sekitar 7.0 (Natural) hingga 8.0 (alkali ringan).Tahap pH air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo juga bergantung pada kualiti sumber air di rumah anda.Sebagai contoh sekiranya pH air di rumah anda adalah sekitar pH7.4 sebelum ditapis oleh penapis air Cuckoo, maka selepas proses penapisan pH juga adalah sekitar pH7.4 (7.3, 7.4, 7.5)

Coway: Air Reverse Osmosis (RO)
Coway menggunakan sistem tapisan Reverse Osmosi dimana ia menapis hampir semua benda asing juga mineral dan zat galian didalam air tersebut.Jadi sistem tapisan Coway terdapat kekurangannya berbanding penapis air Cuckoo.Membran RO adalah sekitar 0.0001 micron, sangat halus.pH air yang ditapis oleh penapis air Coway adalah sekitar pH 6.0 hingga pH 6.9.

3. TEMPOH ISIAN SEMULA AIR DALAM TANGKI


Cuckoo: Tempoh isian semula air ke dalam tangki penapis air Cuckoo adalah sangat pantas. Sekitar 300ml ke 500ml seminit.Ini antara sebab Cuckoo tidak memerlukan tangki air yang besar kerana tempoh untuk refill/isian semula ke dalam tangki adalah sangat pantas.Walaupun tangki tidak besar, namun ia sangat efektif dan memudahkan.Tak perlu tunggu tempoh lama untuk refill semula air ke dalam tangki.

Coway: Menggunakan sistem Reverse Osmosis (RO) yang mana ia agak mengambil masa untuk isian semula ke dalam tangki air.Kelebihannya yang memiliki tangki air yang besar, namun tempoh isian semula yang agak lambat menyebabkan tempoh menunggu untuk tangki air penuh, proses penyejukan dan pemanasan air juga terkesan.Namun ia tidak menjadi masalah sekiranya tangki sudah penuh.

4. PEMBUANGAN AIR


Cuckoo: Teknologi Nano Positive Filtration System (rujuk poin no 1) tidak memerlukan penapis air jenama Cuckoo untuk ‘membuang’ air ke dalam sinki. Tiada tiub khas pembuangan air dipasang pada penapis air.Cuckoo TIADA pembuangan air.

Coway: Sistem reverse osmosis kebiasaannya memerlukan air untuk dikeluarkan daripada mesin penapis air. Satu tiub khas akan dipasang pada penapis air untuk dikeluarkan semula ke dalam sinki.

5. Kualiti Air

Sebab utama kenapa orang memilih untuk mempunyai penapis air di rumah mereka adalah kerana kualiti tapisan. Mereka tidak mahu bendasing masuk ke dalam air mereka yang boleh menyebabkan buah pinggan mereka menderita dengan bekerja sepanjang masa. Cukuplah dengan kandungan gula yang anda telan setiap hari, rehatkan buah pinggang anda dengan meminum air suling.

Tapisan Coway sehalus 0.0001 micron
Penapisan RO akan menapis kesemua bahan didalam air termasuk mineral dan heavy metal yang sangat berbahaya kepada tubuh manusia.

Tapisan Cuckoo 0.01 micron. (tidak sehalus RO)
Penapisan ini tidak akan menapis sebarang mineral atau heavy metal/negative ion yang berbahaya kepada tubuh badan manusia. 

Antara faktor paling besar kenapa harga Cuckoo lebih mahal daripada Coway adalah kerana sistem penapisan yang digunakan,iaitu kos penapis RO sangat tinggi & Coway menghasilkan penapisan RO melalui kilang mereka di Korea Selatan.

Begitulah perbandingan antara penapis air Cuckoo dan Coway. Seperti saya katakan, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Buatlah perbandingan mengikut citarasa dan bajet anda sendiri.

Kedai Repair iPhone Murah di Balakong

Kerosakan phone atau smartphone boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya disebabkan jatuh dari tempat tinggi, masuk air, bateri kembung, dan banyak lagi. Jika bernasib baik, sesetengah phone akan menunjukkan tanda-tanda awal dan dari situ kita boleh mengagak akan berlaku kerosakan pada phone tersebut. Bila timbul tanda-tanda awal kerosakan, sudah pasti kita akan cari kedai repair phone bukan? Nak tahu kedai repair phone murah di Balakong?


Chamo Bangi Kedai Repair Phone Murah di Balakong

Jika anda berada di kawasan Selayang, Gombak, Sungai buloh, Kota Damansara, Wangsa Maju, Setapak, Ampang, Kajang dan berdekatan Balakong mencari kedai repair phone face to face yang trusted apa kata ke Chamo Bangi. Kepakaran Chamo Bangi adalah memberi khidmat baik pulih masalah Hardware dan Software yang terdapat pada peranti yang beroperasi menggunakan platform IOS & Android. Senang cerita, semua jenis kerosakan berkaitan hardware dan software telefon dapat diperbaiki.

Servis Baik Pulih Pelbagai Jenis Kerosakan Phone Terbaik Di Balakong

Chamo Bangi menyediakan servis penukaran LCD, Battery, Charging Port, Water Damages, Software dan Lain-Lain bagi model iPhone,iPad, Samsung, Lenovo, Huawei, Sony, Oppo, Vivo , Asus dan bermacam model Android terkemuka & iOS di Balakong dan kawasan sekitarnya. Rata-rata pelanggan Chamo Bangi semua berpuas hati dengan servis repair mereka dan dari situlah Chamo Bangi menjadi pilihan no 1 repair phone di Balakong. Jadi kepada anda yang tak jumpa lagi kedai repair phone terbaik di Balakong, apa kata cuba servis Chamo Bangi? InshaAllah anda akan berpuas hati.

Inilah Keistimewaan Menjadi Pelanggan Chamo Bangi :

Repair Phone Face To Face

Chamo Bangi menyediakan servis baiki telefon secara “Face to Face” dihadapan pelanggan sepantas 30 minute bergantung pada kerosakan

Technician Berpengalaman
Semua technician Chamo Bangi berpengalaman di dalam bidang baikpulih telefon seperti iPhone, Samsung, Huawei & banyak lagi.


Pemeriksaan Sebelum Dan Selepas Repair
Chamo Bangi mewajibkan pemeriksaan sebelum & selepas repair bagi memastikan kepuasaan setiap pelanggan. Pemeriksaan meliputi semua fungsi fungsi phone anda

Alat Gantian Phone Berkualiti

Pihak Chamo Bangi menggunakan alat ganti berkualiti tinggi dan tulen sahaja. Setiap alat ganti yg ditukar diserta waranti sehingga 6 bulan.

Jaminan Waranti
Jaminan waranti terpakai di semua cawangan Chamo seluruh Malaysia

Repair Handphone Face To Face Di Chamo Bangi

Chamo Bangi sedia membantu anda untuk membaiki telefon kesayangan anda dengan cepat iaitu secara Face To Face. Dalam masa 30 minit sahaja anda akan dapat kembali handphone anda. Face to face yang dimaksudkan adalah pihak Chamo Bangi akan repair phone anda depan mata anda. Sekiranya phone anda mengalami kerosakan yang agak berat sahaja baru perlu ditinggalkan di kedai.

Inilah Kedai Repair Phone Murah Di Balakong! Jom Repair Phone Di Chamo Bangi Sekarang!
Hubungi Chamo Bangi untuk dapatkan khidmat nasihat tentang kerosakan smartphone anda secara percuma di bawah :

Hubungi : 0189886531

Pakej Umrah 2020/2021 Cuti Sekolah dan Sepanjang Tahun (Bayar Ansuran)

Secara umumnya kebanyakan jemaah umrah/haji terutama di Malaysia mahu berasa selesa untuk melaksanakan ibadat haji atau umrah kerana jika tidak kena dengan caranya, ibadat akan menjadi berat kepada jemaah itu sendiri. Saya yakin anda sendiri dambakan suasana umrah yang lebih relaks dan seronok serta ada mutawif berpengalaman untuk membimbing para jemaah sepanjang berada di sana. Menurut kajian juga, kebanyakan jemaah akan mengutamakan soal ‘jarak’ dan ‘harga’ bagi pakej-pakej umrah/haji sedia ada. Banyak perkara perlu dititikberatkan agar dapat beribadat dengan tenang, khusyuk, serta memberi impak selepas kembali ke tanah air. Tak tahu pilih agensi pakej umrah yang mana?


Pakej Umrah dan Haji Terbaik Di Juara Travel

Masih tercari-cari pakej umrah selepas musim haji atau umrah akhir tahun cuti sekolah musim sejuk? Juara Travel menyediakan pakej umrah yang pastinya menepati keperluan anda. Siapa Juara Travel? Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia semenjak tahun 1994. Mereka juga merupakan ahli Malaysia Association Of Tour And Travel Agents (MATTA) dan BUMIPUTRA MALAYSIA (Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputra Malaysia).

Berpengalaman Dalam Pengurusan Haji Dan Umrah Lebih 10 Tahun


Juara Travel sangat berpengalaman dalam menguruskan umrah iaitu lebih 10 tahun dan telah mengendalikan lebih 30,000 jemaah sehingga kini. Harga pakej yang ditawarkan merangkumi harga tiket penerbangan, pengangkutan, penginapan, dan mutawif dari Rarecation yang akan membawa jemaah semua dalam perjalanan ini. Sudah tentu pakej yang di tawarkan sendiri oleh Juara Travel memberikan kualiti servis terbaik. Dengan pengalaman luas mengendalikan urusan jemaah di tanah suci, perjalanan pergi & balik anda pasti lebih indah.

Juara Travel Menawarkan Pakej Umrah Mampu Milik Serendah RM5,990 Hingga RM7,999



Juara Travel akan melan­carkan pakej umrah bemula akhir Oktober 2019 dengan menawarkan harga promosi. Harga berkenaan bermula dari RM5,990 seorang berbanding harga pasaran RM 6,990 seorang. Dalam pakej ini, semua jemaah berpeluang menginap di hotel yang dekat dan selesa di Mekah dan Madinah pada harga murah.

Juara Travel Agensi Umrah/Haji Yang Dipercayai Ramai


Sudah ramai jemaah Malaysia pergi menunaikan umrah berulang kali menggunakan servis dari JuaraTravel. Alhamdulillah, ternyata kebanyakan dari mereka sangat berpuas hati dengan pengalaman ke sana. Juara Travel sememangnya sebuah agensi pelancongan bermatlamat untuk menyediakan pakej-pakej Umrah dan juga pakej-pakej Pelancongan Islam yang berkualiti bersama dengan harga yang berpatutan.

7 Sebab Utama Mengapa Pakej Umrah Dan Haji Juara Travel Menjadi Pilihan Ramai :


Penginapan yang terbaik.
Perjalanan yang lancar.
Pengurusan yang cekap.
Harga berpatutan.
Kecekapan (Perkhidmatan Profesional).
Fleksibiliti (Pilihan kepada pelanggan).
Altenatif (Memberi altenatif yang sesuai mengikut citarasa pelanggan).
Juga Termasuk Bimbingan Khas Daripada Mutawwif Yang Berpangalaman Luas Didalam Membimbing Jemaah Umrah.


Mutawwif berpengalaman dilatih untuk menjaga kebajikan jemaah, memberikan pengisian rohani & sirah (sejarah) nabawiyah yang menarik & menginsafkan. Mutawwif adalah orang penting yang mengajar dan membantu jemaah Malaysia sepanjang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Mekah. Di Juara Travel, anda akan dibantu oleh mutawwif berpengalaman dan petugas yang diterbangkan khas dari tanah air, insyaAllah para jemaah akan lebih selesa dan mudah berurusan semasa beribadah.

Pakej Umrah Bermula Cuti Sekolah Dan Sepanjang Tahun 2020/2021


Pakej Umrah Biasa merupakan pakej umrah yang merangkumi lawatan di sekitar Mekah dan Madinah. Anda akan di bawa melawat tempat-tempat bersejarah di samping mengenali lebih dekat sirah Rasulullah dan para sahabat Baginda melalui tinggalan yang ada di sana.

Mengenai tarikh pula, anda boleh pilih sama ada pada cuti sekolah dan sepanjang tahun pada bila-bila masa sahaja.

Menerima Bayaran Secara Ansuran


Deposit hanya RM1000 seorang. Baki bayaran boleh dibuat secara ansuran. Bayaran penuh perlu dibuat 45 hari sebelum berlepas. Harga pakej adalah berbeza mengikut bulan dan musim. Contohnya, pakej mengerjakan umrah di bulan Ramadhan adalah lebih mahal kerana pahala amalan dan ibadat kita di gandakan berkali ganda.

Pakej Umrah Termurah Dari Juara Travel

Anda tercari-cari pakej umrah selepas musim haji 2019 atau umrah akhir tahun cuti sekolah musim sejuk 2019? Juara Travel menyediakan pakej umrah yang pastinya menepati keperluan anda dengan penginapan di Hotel Anjum Mekah dan di Hotel Al Safwah Royale Orchid. Pakej umrah 2020 dan 2021 juga tersedia. Harga Bermula RM5,990 sahaja untuk tahun 2019 bagi memenuhi keperluan anda untuk terbang ke sana dengan harga berpatutan.


- Hotel 5 bintang di Menara Jam (Marwa Rayhaan by Rotaana) berhadapan dataran Masjidil Haram (50 meter).
- Hotel Concorde di Madinah (150-300 meter) ke dataran Masjid Nabawi.
- Dibimbing oleh mutawwif berpengalaman dan bertanggungjawab menjaga kebajikan.
- InshaALLAH inilah pakej yang paling ramai ambil dari kami.

Jom Tempah Pakej Umrah Di Juara Travel Sekarang!

Mahukan Umrah yang lebih Istimewa? Anda boleh menghubungi Juara Travel untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Mereka berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa kurang daripada 1 jam.

Whatsapp : 0193995566


Servis buat kabinet dapur murah dan berkualiti di Selangor

Ruang memasak merupakan antara ruang yang paling penting di dalam sesebuah kediaman. Banyak yang perlu diambil kira, termasuk saiz ruang yang ada, ruang penstoran yang diperlukan dan kegunaan setiap ruang itu. Untuk dapatkan kabinet dapur yang simple dan murah ini tidak mudah. Lebih-lebih lagi, terdapat pelbagai idea reka bentuk kabinet dapur boleh dijumpai di pasaran membuatkan kita buntu untuk membuat pilihan. Saya yakin, memiliki konsep dapur idaman yang diidamkan adalah impian setiap orang. Oleh itu, semestinya kita akan membuat pelbagai survey dalam memilih tukang buat kabinet dapur bukan?


Team Hidkal Menawarkan Servis Buat Kabinet Dapur Murah Di Selangor






Sedang tercari-cari kabinet dapur mampu milik yang murah dan berkualiti di Selangor? Team Hidkal adalah sebuah Firma Perunding Hiasan Dalaman yang bertempat di Taman Putra Perdana Puchong, Selangor. Tugas mereka adalah mentranformasikan ruang biasa menjadi suatu ruang luar biasa yang mempunyai nilai estetika tersendiri. Selain menawarkan servis buat kabinet dapur, mereka juga pakar dalam penghasilan almari pakaian, pertukangan kayu dan perabot lain seperti penghasilan rekabentuk dalaman untuk kediaman, komersial dan ruang pameran. Rekaan mereka kebanyakkannya adalah mengikut trend semasa.

Memberi Khidmat Nasihat Percuma Kepada Pelanggan

Team Hidkal turut menyediakan khidmat konsultans percuma (tidak termasuk site visit), di mana anda boleh tanyakan kepada mereka apakah material yang terbaik dan rekabentuk yang paling sesuai untuk dapur rumah anda bergantung kepada keluasan dan bentuk dapur rumah anda. Apa yang mereka perlukan adalah pelan lantai yang mempunyai ukuran dan barulah dapat menyediakan sebut harga untuk kabinet dan contoh rekaan kabinet dapur untuk anda.

Servis Buat Kabinet Dapur Yang Dipercayai Ramai

Carilah harga berpatutan yang tidak terlalu murah kerana ianya lebih terjamin. Harga yang murah menyebabkan penjual tidak dapat menyiapkan kerja seterusnya menyebabkan projek terbengkalai. Nak lagi terjamin pastikan syarikat itu berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia dan punyai track record yang bagus.

Tiada Idea Nak Memilih Design Dapur Idaman? Serahkan Sahaja Kepada Team Hidkal. Mereka Uruskan Untuk Anda Dari Awal hingga Akhir

Kini banyak pilihan bahan yang mereka sediakan untuk menghasilkan kabinet dapur, almari pakaian dan kabinet lain. Seperti contoh Melamine, 3G Glass, 4G Glass, Laminated High Gloss, MDF Spray Paint dan Solid Nyatoh. Dengan pelbagai pilihan bahan, dapat menghasilkan kabinet dapur dengan mengikut tema dan citarasa anda sendiri. Justeru itu, hubungi mereka terus supaya anda boleh mendapatkan sebut harga dan rekaan yang sesuai untuk diterapkan ke dalam ruang kediaman idaman anda.

Rancang Dahulu Konsep Dan Susur Atur Dapur Idaman Anda

Setiap kali kita hendak merancang kabinet dapur baru kita, satu dari keputusan paling penting yang perlu kita beri perhatian ialah tentang pemilihan pintu untuk kabinet dapur kita. Pintu kabinet dapur merupakan satu kawasan permukaan terbesar yang kita akan lihat di dapur. Ia akan menunjukkan dapur kita kelihata English Style, Moden, tradisional dan macam-macam lagi. Konsep dan gaya kabinet dapur yang kita kehendaki bergantung kepada kekemasan, warna pintu dan aksesori pintu kabinet dapur. Menukar reka bentuk kabinet dapur anda memakan kos yang besar. Oleh itu, membuat pilihan yang tepat adalah penting untuk memiliki dapur yang kekal cantik untuk beberapa tahun.

Harga Kabinet Dapur Bergantung Kepada Pemilihan Material

Mengenai harga pula, ramai yang dambakan kabinet dapur yang nampak wow pada harga yang murah. Perlu diingatkan jika murah tapi tidak tahan lama adalah merugikan. Sebenarnya, harga kabinet dapur ini bergantung kepada pemilihan material. Selain material saiz juga memainkan peranan. Saiz untuk kabinet dinding sedikit murah berbanding saiz kabinet lantai. Anda mungkin tertanya-tanya? Boleh ke kabinet dapur ini dikira secara kaki? Jawabnya, boleh.

Kenapa Perlu Memilih Team Hidkal Untuk Membuat Kabinet Dapur Rumah Anda?

Sebut harga dan lawatan tapak percuma
Hasil kerja kabinet dapur cantik dan kemas yang terjamin
Harga yang berdaya saing dan murah
Specialist kabinet dapur bumiputra yang jujur dan bertanggungjawab
Promosi harga kabinet dapur murah untuk masuk rumah baru!
Team Hidkal beri harga siap ada lukisan 3D PERCUMA* untuk anda

Semua Pelanggan Hidkal Berpuas Hati Dengan Hasil Kerja Mereka. Lihat Testimoni :
















Buat Tempahan Kabinet Dapur Idaman Anda Sekarang!

Hubungi : 018-217 3667

Koleksi Tudung Dan Shawl Terkini Murah Dan Cantik

Bukan hanya busana, penggunaan shawl kini digunakan secara meluas oleh wanita terutamanya bagi muslimah di Malaysia. Malah pemilihan selendang mahupun tudung ini antara faktor penting dalam menyerlahkan imej keseluruhan yang tentunya manis dipandang. Tudung dan selendang biasanya dipilih atas beberapa faktor antaranya sesuai dengan busana dipakai, selesa digayakan, menjimatkan masa dan tidak terlalu mahal.


Koleksi Tudung Dan Shawl 2019/2020 Terkini Murah Dan Cantik
Kemunculan pelbagai jenis shawl kini adalah seiring dengan perkembangan fesyen hijab yang terdapat di pasaran. Wanita kini bukan sahaja mahu memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat tapi mahu kekal tampil menawan dengan memakai shawl. Dengan pelbagai jenis shawl yang terdapat di pasaran, anda boleh bergaya mengikut kesesuaian majlis samada santai atau formal. Namun begitu, tahukah anda jenis shawl yang popular pada masa kini? Pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk menggayakan shawl mengikut trend terkini. Berikut merupakan 10 jenis shawl yang perlu ada dalam koleksi anda.

1. SHAWL CHIFFON
Shawl chiffon merupakan shawl yang amat popular pada masa kini. Fabriknya ringan serta lembut. Sesuai digayakan dengan pelbagai cara yang menarik dan cantik. Kain chiffon yang ringan akan mencantikkan lagi drape shawl anda. Sangat sesuai digayakan untuk ke kuliah mahu pun berpakaian formal di tempat kerja.


2. SHAWL COTTON
Shawl cotton merupakan shawl yang sangat mudah dipakai dan tidak perlu gosok. Anda hanya perlu pin dan lilit. Simple! Amat sesuai bagi anda yang sering mengejar masa dan tidak sempat untuk melilit shawl. Diperbuat dari kapas, jenis shawl ini sesuai dipakai ketika cuaca panas. Selain itu, ia juga sesuai digayakan ketika travel kerana tidak perlu gosok atau risau shawl berkeronyok.



3. SHAWL SATIN
Bagi anda yang ingin kelihatan glam dan elegan, shawl satin sesuai untuk anda. Dengan fabrik yang tidak jarang, selesa untuk digayakan tanpa kerisauan. Jenis shawl dengan fabrik yang nipis dan jarang boleh menampakkan bahagian leher. Dengan shawl satin, anda boleh bergaya dengan yakin dan selesa. Sangat sesuai digayakan ketika majlis keramaian seperti dinner atau majlis kenduri kahwin.





4. SHAWL GLITTER
Shawl glitter adalah sedikit berbeza dengan shawl satin. Ianya tidak berkilat seperti shawl satin tetapi mempunyai bling-bling yang boleh menaikkan seri si pemakai. Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik, anda boleh pilih shawl glitter mengikut citarasa anda.



5. SHAWL JERSEY
Lagi satu jenis shawl yang tidak perlu digosok dan mendapat hati gadis-gadis masa kini; shawl jersey! Fabriknya sejuk dan mudah dibentuk. Tidak perlu pin banyak-banyak, sekadar selempang di bahu dan sedia untuk keluar.



6. SHAWL PLAIN
Shawl plain adalah jenis shawl tanpa corak. Sesuai dipadankan dengan baju bercorak atau baju kurung bermotif bunga. Pasti anda akan kelihatan sangat ayu dan manis.



7. SHAWL PRINTED

Terdapat pelbagai jenis shawl printed di pasaran. Dengan bermacam-macam jenis corak serta fabrik, ianya sangat sesuai digayakan dengan busana plain atau jubah dan dress.


8. INSTANT SHAWL
Bagi anda yang ragu-ragu untuk melilit shawl atau rasa janggal untuk mencuba gaya baru, instant shawl adalah penyelamat anda. Dengan pelbagai pilihan serta rekaan, anda boleh pilih instant shawl yang menepati citarasa dan gaya anda.


9. SHAWL HALF MOON
Shawl halfmoon adalah jenis shawl yang mempunyai potongan separa bulat. Ia sedikit berbeza dengan shawl yang biasa dari segi bentuk tetapi boleh digayakan dengan unik. Kebiasaannya shawl halfmoon diperbuat daripada fabrik chiffon samada plain atau printed.


10. WIDE SHAWL
Shawl jenis ini sangat sesuai bagi anda yang ingin menutup aurat dengan sempurna. Dengan ukuran yang lebih lebar berbanding biasa, wide shawl dapat memastikan bahagian dada dan belakang tertutup dengan rapi. Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik dan design, muslimah moden seperti anda dapat bergaya dengan sempurna dan elegan.


11. SELENDANG LABUH 2 MUKA
Kebiasaannya selendang segera dua muka ini bersaiz sederhana atau sedikit pendek namun kami tampil dengan kelainan dalam saiz yang digunakan. Selain mudah dan menjimatkan masa, selendang ini juga tidak perlu kerap digosok, kurang penggunaan pin, mesra solat juga sesuai digunakan ibu yang menyusukan bayi kerana saiznya yang labuh

Cara kiraan Zakat Emas yang betul

Sbg org Muslim wajib tahu pasal zakat emas. Emas perhiasan ni ada dua ktegori.

1) Emas yg dipakai
2) emas yg disimpan


Emas yg dipakai dibadan:

‘Uruf emas yg paling banyak dipakai dibadan adalah 150gm. Katalah dia pakai lebih dlm 250gm..yg dia kena bayar adalah 100gm mengikut ‘uruf yg ditetapkan...bukannya 250gm.

Kiraannya adalah:

250gm(pakai) - 150gm(‘uruf) = 100gm

100gm(lebihan pemakaian) x Rm145.12(kiraan emas skrg) x 2.5% (kiraan kadar zakat tetap) = RM362.80 (inilah jumlah kiraan yg kena bayar jika pakai melebihi yg ditetapkan dlm islam)

Bagi emas yg disimpan pula:

Limit simpanan adalah:

85gm - jik melebihi 85gm WAJIBLAH MEMBAYAR ZAKAT EMAS

Contoh simpan gold bar 100gm.

Kiraan:

100gm x rm145.12 x 2.5% = RM362.80 wajib dibayar SOLID HARGA BARANG YG DISIMPAN.....

Jdi sbb tu apabila kita nak memilikinya hendaklah kita berilmu.

P/s: ‘uruf tidak melebihi 150gm adalah bagi kwasan KL

Kredit penulisan: Scha Sahar

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidakt terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?? (Sahih Muslim)

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa dalam berhias dan berharta, BERZAKATLAH. tunaikan hak agamamu.