Assalamualaikum.. Hai semua orang!
Sekarang ni ramai berlumba-lumba nak letak pokok dalam rumah sebab banyak kelebihan selain menjadikan rumah lebih menarik malah letak pokok dalam rumah juga boleh membantu peredaran udara.
Tahukah anda, pelbagai jenis pokok indoor yang boleh kita letak di dalam rumah mengikut kesesuaian. Anda boleh memilih antara Snake Plant, Spider Plant, Peace Lily, Fiddle Leaf Fig, Aloe Vera, Golden Pothos, Chinese Evergreen, atau Succulents.
Pokok-pokok ini bukanlah setakat nak buat rumah anda nampak cantik. Ia boleh beri banyak manfaat, termasuklah:
- - Mengurangkan kemurungan
- - Membantu peredaran udara dalam rumah
- - Membantu memori dan kesihatan mental
Jom tengok setiap jenis pokok dan tempat yang sesuai untuk diletakkan di rumah
Semua tanaman segar ini mudah didapati di kedai-kedai bunga terkemuka. Kehadirannya juga mempunyai banyak manfaat dan dapat dijadikan sebagai penapis udara, membantu untuk menyerap udara kotor dan sekaligus menghapuskan toksik di dalam rumah.
Secara tidak disedari, sikit demi sedikit produk-produk ini akan membebaskan gas beracun yang boleh menjejas kesihatan seseorang dari semasa ke semasa.
Selamat mencuba!
Assalamualaikum.. hai semua orang!
Tidak dapat dinafikan tanaman dalam rumah atau indoor houseplant dapat membantu menyerikan lagi suasana rumah. Pernah dengar orang kata "Pokok membawa kehidupan ke dalam rumah"? Fara sendiri percaya bahawa kehadiran pokok dalam rumah sangat memberi kelainan pada suasana dalam rumah.
Walaupun ada sesetengah kita yang kurang mahir menanam pokok dan ada juga mereka yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi tumpuan kepada tanaman ini. Jangan risau, ada jenis pokok indoor plant yang mudah ditanam. Malah, di antara jenis-jenis pokok ini, ada yang mempunyai fungsi tersendiri seperti menyimpan air dan mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran rumah. Pokok-pokok ini juga datang dalam pelbagai bentuk, rupa, saiz dan warna!
Beli Pokok Murah di Palace Rose Nursery (Setia Alam)
Bila dah minat dengan tumbuhan pastinya kita akan mencari dan survey Nursery terbaik di sekitar kawasan tempat tinggal kita bukan? Fara pernah survey pelbagai jenis nursery tapi kebanyakkan rakan-rakan semua kata di Sungai Buluh murah. Jauh sangat dari lokasi Fara sekarang
Dipendekkan cerita kelmarin ada perasan di Setia Alam ada nursery pokok yang baharu sahaja buka. Sebelum ni lokasi tu kosong. Fara singgah untuk cuci mata. Lokasi nursery di kawasan DOMINOS Setia Alam ya. Kawasan Nusery sangat besar dan luas. Memang rambang mata dibuatnya.
Landmark Nursery Setia Alam : dekat Tesco. Berdepan Proton/ Office Eco World
Pelbagai jenis pokok indoor, sayur, baja, benih dan tanah ada disini. Pada peminat pokok jangan lepaskan peluang untuk dapatkan segala jenis pokok anda. Sangat berbaloi.
Jom cuci mata tengok sekitar dalam nursery :
Nama Nursery : Palace Rose Nursery (Setia Alam)
Waktu operasi : 8.30am-6.00pm
Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin mencabar ini, ramai yang mula nak buat bisnes secara part time sebagai sumber pendapatan tambahan. Dan sudah pasti ramai yang memilih untuk bermula secara online kerana kos ataupun modal yang diperlukan sangat rendah. Paling penting, bisnes online ini boleh dibuat secara sambilan tanpa menjejaskan kerja utama. Untuk memulakan perniagaan, jangan tunggu sempurna. Jangan tunggu produk anda sempurna. Sebaik sahaja produk atau khidmat dapat dilaksanakan dan boleh diterima, anda boleh terus memulakan idea perniagaan kecil anda tersebut.
Salah satu fakta yang ramai orang dah tahu tentang perniagaan besar adalah, kebanyakan perniagaan besar yang ada sekarang bermula dari satu perniagaan kecil. Perniagaan kecil yang anda sedang atau akan laksanakan nanti, boleh berkembang menjadi sebuah perniagaan yang besar dan hebat satu masa nanti, insyaallah. Jangan rungsing jika anda bermula dari bawah kerana nak berbisnes ni tidak boleh tergopoh gapah. Perlukan kesabaran dan pengalaman yang banyak barulah boleh berjaya akan datang
10 Jenis Bisnes Online Yang Modal Rendah
Oleh itu, buat sementara waktu ini, lupakan dahulu perniagaan besar. Mari kita berikan tumpuan pada senarai idea perniagaan kecil di bawah yang boleh dijalankan oleh anda di luar sana yang berminat untuk menjadi usahawan kecil yang berjaya. Jom kita lihat 10 jenis bisnes online yang boleh dibuat pada modal rendah dibawah :
1. Perniagaan kek
Dulu jarang kita lihat orang jual kek di pasar malam. Malah tak terfikirpun orang nak beli kek dan makan hari-hari macam sekarang. Sekarang kek ada dijual melaui internet, di pasar malam dan juga di kedai-kedai. Ada yang buat kek sendiri dan pasarkan sendiri. Ada juga yang ambil kek orang buat dan pasarkan dengan jenama sendiri. Yang pentingnya ilmu perniagaan, dan bukannya ilmu buat kek. Jika ditambah dengan minat dalam bab kek ini, perniagaan ini ada potensi tinggi untuk pergi jauh.
2. Perniagaan kuih frozen
Satu lagi perniagaan yang boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Samada dengan suruh orang lain buat dan anda pasarkan atau buat sendiri dan pasarkan sendiri juga. Ada emak seorang kawan saya yang mula buat sendiri kuih frozen dan pasarkan pada kawan-kawan. Kemudian anak-anaknya pula pasarkan pada kawan-kawan mereka dan seterusnya perniagaan itu membesar. Jika anda ada minat, ada idea besar untuk majukan perniagaan ini, boleh mulakan sekarang secara kecil terlebih dahulu. Pelbagai jenis kuih frozen kian mendapat tempat di mata masyarakat sekarang seperti tauhu bergedil, kek aiskrim, karipap, pau, popia, dan banyak lagi!
3. Khidmat Fotografi dan Videografi
Jika anda gemar dengan fotografi, memulakan perkhidmatan fotografi dan video boleh menjadi perniagaan yang sesuai untuk anda. Disamping khidmat semasa majlis perkahwinan dan penggambaran bayi yang kian mendapat permintaan sejak kebelakangan ini, plebagai segmen yang boleh diceburi berdasarkan kebolehan anda menjadikan perniagaan ini mampu mendatangkan keuntungan. Tetapi harus diingat, modal permulaan asas bidang ini agak tinggi,dengan kamera berkualiti tinggi, perisian untuk menyunting gambar dan video, serta aksesori-aksesori lain antara pelaburan awal yang anda harus ambil kira untuk studio kecil anda.
5. Perniagaan pakaian kanak-kanak
Tak payah pandai buat pakaian kanak-kanak sendiri, cari saja dari negara China. Utamakan keselesaan dan kemudiannya baru gaya. Ada banyak design pakaian kanak-kanak hanya canggih dari segi penampilan gaya sedangkan kanak-kanak terseksa memakainya sebab gatal atau menyukarkan pergerakan. Ibu bapa perlu beli pakaian kanak-kanak ini lebih kerap kerana proses pembesaran mereka yang cepat. Pakaian kanak-kanak bukanlah satu perniagaan bermusim. Paling mudah beli secara borong dan jual pada harga pasaran. Setiap hari pasti ada ibu bapa yang mencari baju untuk anak-anak mereka.
6. Perniagaan ambil upah menjahit
Perniagaan mengambil upah jahit pun antara kerja online yang tidak perlukan modal yang banyak. Anda boleh ambil upah sedikit dahulu. Kemudiannya bila dah banyak permintaan barulah anda boleh ambil kuantiti baju yang lebih banyak asalkan kuantiti baju yang anda ambil upah tersebut dapat siap pada tempoh yang ditetapkan. Jangan pula ambil tempahan pada kuantiti yang terlampau banyak nanti tak menang tangan anda nak handle. Lebih menarik sekiranya anda tahu dan belajar pelbagai jenis pakaian mengikut trend.
.
7. Perniagaan barang kosmetik wanita
Industri perniagaan barang kosmetik kaum wanita ini melahirkan ramai jutawan di negara kita dan juga di seluruh dunia. Barang kosmetik berasaskan herba mendapat tempat yang baik di seluruh dunia sekarang. Jika anda ada ilmu berkenaan industri ini dan ada kenal pengeluar barangan kosmetik yang berkualiti, boleh mulakan segera untuk pasarkannya pada orang ramai. Lama-lama boleh buat jenama anda sendiri, insyaallah.
8. Perniagaan menguruskan wanita bersalin
Di bandar agak sukar untuk cari bidan yang datang kerumah untuk jaga wanita yang baru lepas bersalin. Dulu kat kampung agak mudah, tapi sekarang kalau adapun, ramai yang tak ada ilmu bagaimana nak jaga wanita lepas bersalin agar kembali mantap seperti sediakala bila sihat nanti. Anda yang ada kemahiran, boleh tawarkan pada yang berminat, buka tempahan dan gunakan konsep tempahan online.
9. Khidmat Penyelenggaraan Komputer
Kawan – kawan dan ahli keluarga selalu mencari anda apabila komputer mereka bermasalah? Atau anda suka membantu kawan anda apabila komputer mereka meragam? Apa kata anda menjana wang melalui khidmat anda itu dan membuka khidmat penyelanggaran komputer?
10. Aksessori Telefon Bimbit
Setiap tahun Apple, Samsung dan jenama telefon bimbit yang lain akan mengeluarkan rekaan telefon bimbit baharu, dan ramai orang juga akan bertukar kepada model terbaru. Jadi anda boleh mengambil kesempatan dengan sikap orang ramai yang sering bertukar telefon bimbit terbaru. Kalau hendak membuka kedai telefon bimbit mungkin akan perlukan modal yang besar, jadi pilihan lain ialah anda boleh berniaga akssesori telefon bimbit seperti sarung telefon bimbit dan sarung tablet.
Satu lagi kelebihan bisnes online ni anda berpeluang menjana pendapatan pasif atau pasive income. Dengan erti kata lain anda boleh dapat wang ketika anda sedang nyenyak tidur. Berdasarkan pengalaman saya, ianya bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil, anda cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya. Sekali anda sudah mula menjana income pasif anda akan terus menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.
Begitulah sedikit sebanyak beberapa kebaikan dan kelebihan bisnes online dengan modal yang rendah. Sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikan dan kelebihan bisnes online jika hendak diperkatakan, bagi saya cukuplah dulu dengan perkara-perkara asas berkaitan bisnes online yang anda boleh lakukan pada modal yang rendah seperti yang saya terangkan di atas. Semoga sedikit sebanyak ianya memberi manfaat.