Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Gandingan Nazim Othman & Amelia Henderson - Slot Akasia

Drama Pengantin Satu Malam Gandingan Nazim Othman & Amelia Henderson - Slot Akasia ini akan ditayang di slot akasia tv3. Mulai siar 17 Ogos 2020 bagi menggantikan Drama 7 Hari Mencintaiku 2  yang tamat esok. Jangan lupa menonton 7 Hari Mencintaiku 2 Episod Akhir esok. Drama Pengantin Satu Malam lakonan Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir. 


Judul Drama : Pengantin Satu Malam
Jumlah Episod : 28 Episod
Preview Drama Pengantin Satu Malam »»https://www.iq.com/play/c94ziug1no?&sh_pltf=4


Sinopsis Novel Pengantin Satu Malam - Karya Sophilea
 
ZAHRED HADRI yang membenci wanita dan ZULAIKHA NASREEN yang terdesak…
 
Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya.
Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.
“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred diam seketika.
Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.
“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.
“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”
Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”
 
SATU malam yang merubah segalanya…
Antara nyawa si emak dan maruah diri…

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung orang Asli Changkat Bintang, Selangor

Shah Alam, 04 Ogos 2020 – Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19. 

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Selangor.


Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 39 keluarga Orang Asli.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.


“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial. 


“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini. 

“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Changkat Bintang di Selangor.

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang Tok Batin Hassan bin Kaku. 


Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Changkat Bintang.

“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my

Klinik Pergigian Terbaik Dan Mesra Kanak-Kanak Di Pontian Johor | IZZAH DENTAL

Ada kala kita sebagai ibu bapa berasa telah menjaga gigi anak-anak sebaik mungkin tapi apakan daya cara penjagaan gigi yang lemah tetap mengakibatkan kerosakkan gigi atau gigi berlubang. Dipendekkan cerita, hari pertama anak fara iaitu Amira mengadu sakit gigi kami elakkan Amira makan manisan dan kerap menggosok gigi. Pada waktu malam Amira langsung tak lena tidur. Sepanjang malam Amira mengadu 'sakit'. Memang mencabar bila anak-anak tengah sakit itulah dugaan hebat bila bergelar parents

sepanjang sakit Amira hanya minta dipegang

Hari ke 2, kami pergi klinik pergigian kerajaan. Di Klinik kerajaan kami perlu set appoiment dan tunggu 2 minggu baru dapat check masalah gigi Amira. Tempoh 2 minggu terlalu lama jadi kami memutuskan untuk terus pergi ke klinik pergigian swasta. 

Sepanjang sakit gigi amira kelihatan tak aktif, kurang makan, dan mahu berkepit sahaja. Melihat keadaan Amira begitu 'sakit' kami pergi pula klinik pergigian swasta L*N*A di Puncak Alam. Doktor di situ beritahu gigi Amira berlubang dalam tak boleh buat apa-apa. Doktor cuma bagi ubat tahan sakit dan antibiotik sahaja. Lebih menyedihkan bila ubat-ubatan tersebut tidak membantu mengurangkan masalah sakit gigi Amira.

Silap kami tidak mencari klinik pergigian lain yang lebih pakar tentang masalah gigi kanak-kanak di Shah Alam ni. Klinik pergigian yang kami pergi tak fokus untuk kanak-kanak. Ini adalah silap kami dalam memilih klinik pergigian. Sepatutnya kami mencari klinik pergigian yang mesra kanak-kanak. Pengajaran buat kami.

Macam mana boleh sampai ke Pontian, Johor check gigi Amira?

Hari ke 3, kami perlu bergerak ke Pontian Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan adik. Sepanjang perjalanan Amira diam tidak ceria seperti selalu kerana menahan sakit. Kami tiba di Johor pada waktu petang dan petang kejadian juga sewaktu beri susu kepada Amira gusi dia berdarah dan Amira tak dapat lagi menahan sakit jadi kami ambil keputusan untuk pergi klinik pergigian yang ada di kawasan Pontian. Sedang kami leka di skrin telefon mencari klinik pergigian yang buka pada hari ahad, Amira tertidur keletihan.

Minta tolong rakan-rakan di facebook carikan klinik gigi terbaik di Pontian dan Alhamdulillah dalam banyak-banyak klinik pergigian disitu ada 1 klinik sahaja yang buka sehingga malam. Klinik tersebut adalah Klinik Pergigian Izzah. Suami terus call klinik tersebut untuk booking slot pada waktu malam dan alhamdulillah masih ada kosong pada malam tu.

Klinik Pergigian Izzah Mesra Kanak-Kanak Dan Terbaik di Johor


Petang tu Amira tertidur keletihan. Selepas maghrib kami bergegas membawa Amira ke Klinik Pergigian Izzah. Setibanya di Klinik Pergigian Izzah, Fara dan suami tawakal sambil berharap masalah gigi amira dapat diselesaikan. Kesian tengok amira menahan sakit gigi. Pada masa yang sama kami berharap dapat jumpa doktor yang bagus dan pakar dalam merawat masalah gigi kanak-kanak. Alhamdulillah, kami pergi klinik pergigian yang tepat.

Doktor dan staff di sini sangat bagus, peramah dan pandai melayan kerenah budak. Kami sangat selesa dengan layanan yang diberikan. Tentang masalah gigi Amira pula doktor sini terangkan dengan sangat jelas. 


Masalah Gigi Berlubang

Apa masalah gigi Amira? Amira mengalami masalah gigi berlubang yang sangat dalam. Tak sesuai nak tampal sebab lubang gigi terlalu dalam. Nak tunggu tercabut sendiri kena tunggu umur Amira 8 ke 9 tahun. Penyelesaian terbaik adalah cabut.

Ibu bapa mana tak risau tengok anak-anak kena cabut gigi kan? lebih lagi bila umur anak baru 3 tahun dan mengalami masalah gigi berlubang hingga terpaksa dicabut. Perasaan Fara masa ni Allah sahaja yang tahu. Perasaan risau dan takut bercampur dalam satu masa. Kami takut Amira jadi trauma nak pergi klinik gigi pada masa akan datang. 

Doktor sedang check masalah gigi Amira

Melihat cara doktor dan staff di Klinik Pergigian Izzah kami percaya mereka sangat berpengalaman dalam bidang ini. Terlebih dahulu doktor menenangkan Amira serta memberitahu proses nak buang sakit gigi sebentar sahaja. Kelihatan Amira tenang dan mengangguk faham.

Setelah di bius, Fara memeluk rapat tubuh kecil Amira untuk mengelakkan Amira meronta ketika proses cabut gigi. Berdebar-debar semasa proses cabut gigi Amira dijalankan. Pada mulanya Amira kelihatan tenang, semasa doktor hendak mencabut keluar gigi yang berlubang, Amira mula gelisah dan meronta mungkin kerana takut. Fara peluk Amira lebih rapat sambil bisik di telinga amira "its ok syg doktor tgh buang sakit gigi adik , adik jangan risau mommy ada"

Fara peluk rapat tubuh Amira

Berulang-ulang Fara bisik di telinga dengan harapan Amira lebih tenang dan memudahkan proses Doktor mencabut gigi tersebut. Alhamdulillah, proses cabut gigi berlaku dengan cepat dan pantas. Selesai sahaja cabut gigi, Amira diberi hadiah 'belon' oleh staff. Amira terus lupa sakit gigi tadi.

gigi amira yang berlubang telah dicabut 

Keluar sahaja dari bilik rawatan, Amira kelihatan lebih selesa dari keadaan semasa sakit. Cotton rolls di gigit rapat untuk mengelakkan darah dari telus mengalir. Amira seolah-olah faham gigi yang sakit perlu dibuang.


Simptom sakit gigi yang terjadi pada Amira :

Setiap kanak-kanak mungkin merasakan simptom yang sedikit berbeza. Tetapi di bawah adalah simptom yang paling biasa bagi keadaan sakit gigi:

- Sakit yang berterusan, berdenyut dalam gigi
- Sakit gigi menjadi lebih teruk apabila ianya disentuh
- Sakit gigi semakin buruk dengan makanan atau cecair panas atau sejuk
- Rahang sekitar gigi terjejas bengkak/sakit
- Demam
- Merasa letih dan tidak bermaya

Kos rawatan cabut gigi Amira RM70

Mengenai kos rawatan cabut gigi pula adalah RM70. Bagi kami harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Jika ditanya kos rawatan di klinik gigi lain rata-rata menawarkan harga yang lebih kurang sama. Terpulang pada individu nak pergi di klinik mana. Kami lebih memilih Klinik Pergigian Izzah kerana ianya mesra kanak-kanak.

kami bergambar sebagai kenangan di Klinik Pergigian Izzah

Oh ya! KLINIK PERGIGIAN IZZAH Juga menawarkan rawatan seperti :

* Tampalan Filling
* Cuci Gigi Scalling/Polishing
* Extraction
* Gigi Palsu Denture
* Pemutihan Gigi Teeth Whitening
* Veneer l tampalan gigi depan
* Dan pelbagai Lagi.

Operation Hour

⏰ 9:00 AM - 6:00 PM
⏰ TUTUP RABU
REHAT : 1:00 - 2:30 PM

ALAMAT KLINIK PERGIGIAN IZZAH

NO 1, Jalan Emas 3 , Pusat Perniagaan Kota Emas Pontian
Pontian, Johor, Malaysia

Landmark 

- Berdekatan KFC
- Bersebelahan Pizza Hut
- Sebaris SpeedMart

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi mereka di talian bawah :

Call ☎️ : 012 7117 464
Whatsapp 📲 : 012 7117 464








Kisah Ringkas Nabi Daud ‘Alaihissalam

Nabi Daud ‘Alaihissalam

1) Beberapa generasi selepas kewafatan nabi Musa, Bani Israel bagaikan tiada pedoman. Mereka seperti kehilangan sehinggakan satu ketika Allah datangkan sehingga tiga orang nabi kepada mereka. Mereka telah lalui banyak peperangan dan semuanya mereka kalah. Dalam satu peperangan, Bani Israel telah kehilangan harta yang paling berharga di tangan pihak lawan. Harta itu adalah sebuah peti yang berisi ayat-ayat keterangan Allah dan beberapa barangan peninggalan nabi Musa dan nabi Harun seperti pakaian nabi Musa dan sebagainya. Hilangnya peti itu membuatkan mereka semakin rasa kehilangan dan lebih tersasar dari jalan Allah.

2) Lebih kurang 500 tahun selepas kewafatan nabi Musa, Allah datangkan nabi Yusha untuk memberi panduan kepada Bani Israel. Bani Israel inginkan seorang pemimpin maka mereka meminta nabi Yusha untuk melantik seorang raja dari kalangan mereka supaya mereka boleh berkhidmat kepadanya. Nabi Yusha berdoa kepada Allah dan Allah telah memilih seorang lelaki bernama Talut dari kalangan Bani Israel. Talut seorg yang berpengetahuan luas dan badannya sasa, dan dia juga lelaki paling tinggi dari kalangan mereka. Dari segi kebijaksanaan dan aspek fizikal, Talut adalah yang paling layak menjadi pemimpin. Apabila telah mendapat raja seperti yang diminta, Bani Israel menolak Talut sebagai pilihan kerana dia seorang yang miskin.

3) Kemudian, Allah menurunkan peti harta Bani Israel yang hilang dalam peperangan dari langit sambil dibawa oleh para malaikat. Ia kembali menjadi milik mereka. Dengan ini, Bani Israel tidak boleh menolak perintah Allah untuk menerima Talut sebagai raja. Pada waktu itu juga kaum Jalut sedang merancang untuk berperang dengan Bani Israel. Kaum Jalut (atau dikenali juga sebagai Goliath) ini sejenis kaum yang berbadan besar dan kuat. Rata-rata menceritakan bahawa mereka ini adalah kaum gergasi. Raja mereka bernama Jalut dan dia seorang gergasi yang paling besar dan kuat. Talut yang merupakan orang paling tinggi dalam kalangan Bani Israel pun jika dibandingkan dengan Jalut, tingginya setakat bahu Jalut sahaja. Dikatakan Jalut terlalu kuat, dia seorang sahaja sudah cukup untuk menewaskan seluruh angkatan pihak lawan.

4) Talut memimpin seramai 80,000 orang Bani Israel untuk berperang dengan kaum Jalut. Dalam perjalanan ke medan perang, tentera Bani Israel berjalan merentasi padang pasir sehingga berjumpa dengan sebuah sungai. Mereka perlu menyeberang sungai itu namun sebelum itu Talut berpesan kepada kaumnya bahawa Allah telah melarang Bani Israel dari meminum air sungai tersebut kecuali dengan hanya seceduk tapan tangan. Jika ada yang minum sepuas-puasnya,mereka tidak dibenarkan untuk mengikut Talut berlawan di medan perang (Rujuk surah al-Baqarah ayat 249). Bani Israel baru sahaja berjalan merentasi padang pasir oleh itu mereka sangat haus. Antara 80,000 orang tentera, seramai 76,000 dari mereka telah meminum air sungai tadi. Tinggal 4000 sahaja yang berjaya merentas sungai tanpa melanggar perintah Allah. Kemudian mereka melihat angkatan tentera Jalut yang sangat besar dan sangat ramai sehinggakan pergerakan mereka menyebabkan pasir berterbangan ke langit membentuk kepulan awan pasir. 4000 orang tersebut menjadi sangat takut, lebih-lebih lagi apabila menyedari bahawa bilangan mereka semakin mengecil. Kebanyakan mereka menarik diri dan tinggal seramai 314 orang sahaja yang masih mengikuti berperang.

5) Tentera Talut berdepan dengan sang gergasi Jalut yang menggerunkan. Jalut memegang perisai yang sangat besar sehingga menutupi seluruh badannya. Jalut menyeru kepada Bani Israel untuk menghantar seorang yang paling berani untuk berlawan dengannya. Jalut melaungkan panggilan itu sebanyak 3 kali namun tidak ada seorang pun askar Bani Israel yang menyahut cabarannya. Tiba-tiba keluar seorang anak muda yang berbadan kecil bersenjatakan lastik getah di tangannya. Dia berkata, “Aku akan melawan kau, Jalut!” Pemuda itu bernama Daud. Jalut melihat pemuda itu dan berkata, “Aku takkan berlawan dengan kau kerana kau seorang budak.” Nabi Daud mengambil 3 biji batu dan melastik ke arah Jalut. Salah satu batu itu terkena dahi Jalut, di antara matanya iaitu tempat yang Jalut paling lemah. Lalu Jalut si gergasi itu pun rebah ke tanah dan mati. Peperangan tu pun berakhir dan kemenangan menjadi milik Bani Israel. Kisah nabi Daud & Jalut atau dikenali juga sebagai ’David & Goliath’ ini banyak diadaptasikan di dalam buku cerita, filem dan banyak lagi.

6) Talut memerintah Bani Israel sehingga ke akhir hayatnya. Talut mengahwinkan anak perempuannya dengan nabi Daud dan nabi Daud menggantikan Talut sebagai raja setelah kewafatannya. Allah mengangkat kedudukan nabi Daud menjadi raja dan sekaligus mengangkatnya sebagai nabi Allah untuk menyebarkan ajaran Islam. Setelah berabad lamanya Bani Israel hidup dalam keadaan huru hara, akhirnya mereka dipimpin oleh seorg raja untuk hidup dengan aman. Kitab Zabur diwahyukan kepada nabi Daud sebagai panduan hidup umatnya. Dikatakan nabi Daud mempunyai suara yang sangat merdu, apabila baginda membaca kitab Zabur, burung-burung turut menyanyi dengannya. Nabi Daud juga mempunyai mukjizat boleh melenturkan besi dengan tangannya. Nabi Daud sangat pandai membuat perisai daripada besi.

7) Nabi Daud dan isterinya melahirkan waris iaitu nabi Sulaiman. Nabi Daud wafat pada usia 100 tahun

Kisah Ringkas Nabi Ilyas ‘Alaihissalam

Nabi Ilyas ‘Alaihissalam

1) Nabi Ilyas lahir dari keturunan Bani Israel. Nama lain nabi Ilyas ialah Yasin. Baginda telah diangkat oleh Allah sebagau seorang nabi untuk menyebarkan ajaran Islam. Allah telah menghantar nabi Ilyas ke sebuah kota bernama Baalbek, sekarang dikenali sebagai sebuah tempat di timur Lebanon. Ketika zaman nabi dahulu, hampir semua negara arab yang ada sekarang adalah di dalam daerah Sham. Namun sekarang telah berpecah menjadi Mesir, Syria, Palestin, Lebanon, Jordan, dan banyak lagi.

2) Penduduk Baalbek menyembah sebuah patung berhala bernama Ba’l. Nabi Ilyas telah datang kepada kaum Baalbek dan berseru, “Kamu menyembah berhala dan meninggalkan sebaik-baik Pencipta iaitu Allah swt. Berimanlah kepada Allah, Tuhan sekalian alam, Tuhan yang disembah nenek moyang kamu dahulu!” - Rujuk al Quran (37:125-126)

3) Kaum Baalbek menolak ajaran nabi Ilyas. Ketika itu, Baalbek diperintah oleh seorang raja yang zalim. Raja itu telah memerintahkan nabi Ilyas untuk dibunuh.

4) Disebabkan itu, nabi Ilyas telah melarikan diri dan bersembunyi di kawasan pergunungan sekitar Baalbek. Nabi Ilyas bersembunyi selama 20 tahun, kemudian keluar semula untuk menyebarkan agama Islam.

5) Sekali lagi kaum Baalbek menolak ajaran nabi Ilyas. Allah berfirman, “Maka mereka akan dibawa kembali (untuk diseksa). Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik.” - Rujuk al Quran (37:127-128).

6) Kemudian Allah telah memuliakan nama nabi Ilyas untuk generasi seterusnya dan Allah memberi salam ke atas nabi Ilyas di dalam Quran. Allah berfirman, “Dan Kami abadikan bagi Ilyas (pujian yang baik) dalam orang-orang yang datang kemudian. “Salam sejahtera ke atas Ilyasin (Ilyas)!”” - Rujuk al Quran (37:129-130).

7) Nabi Ilyas wafat di Baalbek.

Kisah Ringkas Nabi Ilyasa ‘Alaihissalam

Nabi Ilyasa ‘Alaihissalam

1) Nabi Ilyasa merupakan sepupu kepada nabi Ilyas yang juga lahir dari keturunan Bani Israel. Allah telah menghantar nabi Ilyasa untuk menyebarkan ajaran Islam di sekitar Damaskus, Syria.


2) Tidak banyak yang diceritakan tentang nabi Ilyasa di dalam al Quran dan hadis. Apa yang kita dapat pelajari, nabi Ilyasa mengikut dan meneruskan syariat nabi Ilyas dalam perjalanan hidupnya menyebarkan agama Islam. Nabi Ilyasa hidup sehingga umur 90 tahun dan wafat di Palestin.

3) Nama nabi Ilyasa disebut sebanyak dua kali. “Dan Ismail dan Ilyasa dan Yunus dan Lut; dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat (yang ada pada zaman mereka).” - Rujuk al Quran (6:86). “Dan (ingatlah perisitiwa) nabi Ismail dan nabi Ilyasa dan nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.” - Rujuk al Quran (38:48).