Syarat dan Kriteria Asas Permohonan Rumah PRIMA

Kerajaan dalam setiap pembentangan Bajet (Belanjawan Malaysia) berusaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dengan menyediakan peruntukan dari segi jumlah pembinaan rumah dan SKIM Pembiayaan melalui program yang diperkenalkan kepada golongan sasar


Tentang PRIMA

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz

Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara

Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000 

Syarat dan Kriteria Asas Permohonan Rumah PRIMA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas
  3. Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000
  4. Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
  5. Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA

Permohonan PR1MA Secara Online

Cara memohon untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA, sila ikuti langkah-langkah permohonan di laman web rasmi PR1MA:

  1. klik pada judul pautan berikut: Garis Panduan Cara Permohonan PR1MA
  2. Sekiranya pemohon menepati syarat dan kriteria asas yang ditetapkan boleh mendaftar akaun PR1MA, klik pada judul pautan berikut: Pendaftaran Akaun PR1MA
  3. Mendaftar akaun PR1MA adalah bagi mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan
  4. Setelah berjaya mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan, pemohon boleh mengakses sistem borang permohonan online untuk mengisi dan melengkapkan serta memuat naik dokumen yang diperlukan
  5. Sila log masuk sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan di pautan berikut: https://register.pr1ma.my/Account/Login

Senarai Negeri / Wilayah Kediaman PR1MA

Keputusan Permohonan Rumah PR1MA

  • Portal Rasmi PR1MA: https://www.pr1ma.my 
  • Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel & SMS
  • Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda
  • Anda bakal bergelar pemilik kediaman PR1MA!

Info Berkaitan

  • Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri
  • Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka
  • Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian
  • Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan yang mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain
  • Rumah PR1MA wajib didiami pemilik

Maklumat Lanjut

  • Bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini dan pertanyaan, sila layari akaun Facebook rasmi PR1MA dengan klik pada judul pautan dibawah
  • Facebook Rasmi PR1MA Home
  • Pemohon disarankan mendapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang tersediakan di laman web rasmi PR1MA


PR1MA Perkenal Skim SPEF

Perbadanan PR1MA Malaysia (Perbadanan PR1MA) memperkenalkan Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF), sebuah skim pembiayaan akhir khas, khusus untuk para pembeli kediaman Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

Skim berkenaaan berpotensi meningkatkan peluang para pembeli kediaman PR1MA terutamanya pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pinjaman perumahan serta meningkatkan akses kepada jumlah pinjaman yang lebih tinggi berbanding pinjaman konvensional

erdapat dua asas bagi SPEF iaitu pembiayaan “step-up” atau pembiayaan “step-up” beserta pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kedua-dua asas pembiayaan ini membolehkan pembeli untuk hanya perlu membayar faedah dalam tempoh lima tahun pertama manakala jumlah asas (principal) hanya dibuat dari tahun keenam sehingga pembayaran pinjaman selesai

Bagi pilihan pembiayaan “step-up” beserta Akaun 2 KWSP, para pembeli berpeluang memperoleh jumlah pinjaman yang lebih tinggi

Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) adalah kerjasama antara Bank Negara Malaysia, KWSP, Maybank, CIMB, RHB dan AmBank

Tanda Awal Kehamilan Yang Ramai Tidak Perasan

Berikut merupakan tanda hamil 1 minggu. Penulis mengecualikan simptom tidak datang haid memandangkan ia merupakan tanda umum yang diketahui ramai sebagai simptom hamil.



1. Pendarahan ringan dan kekejangan perut

Jika anda mengalami pendarahan ringan (tompok-tompok), itu mungkin tanda hamil 1 minggu.

Apabila persenyawaan telah berjaya, janin akan dibenamkan ke dalam dinding rahim bagi mendapatkan nutrien sepanjang tempoh kehamilan.

Proses tersebut menyebabkan pendarahan ringan yang sering kali disertakan dengan simptom kejang perut.

2. Suhu badan naik

Jika anda tiba-tiba terasa panas, itu mungkin tanda hamil 1 minggu. Kenaikan suhu badan boleh berlaku ketika anda mengalami ovulasi atau setelah persenyawaan berjaya.

Ketika janin dibenamkan ke dalam dinding rahim, kajian menunjukkan bahawa proses keradangan memainkan peranan penting. Ini bermakna, anda akan mengalami kenaikan suhu badan.

3. Kelesuan dan mudah rasa mengantuk

Ketika anda hamil, penghasilan hormon hCG akan mengawal atur rembesan hormon progesteron.

Ia bukan sahaja memainkan peranan penting sewaktu kehamilan malah berperanan dalam mengawal atur kitaran tidur jaga individu.

Kelesuan dan mudah rasa mengantuk merupakan dua tanda hamil 1 minggu.

4. Rasa berdebar-debar

Selain daripada mempunyai kaitan dengan penyakit kardiovaskular, rasa berdebar-debar juga merupakan salah satu tanda hamil 1 minggu.

Jumlah isipadu darah anda akan bertambah bagi menampung keperluan janin. Ini akan menyebabkan jantung anda berdegup 25% lebih laju berbanding dengan keadaan biasa.

5. Payudara membesar dan terasa sakit

Perubahan hormon boleh menyebabkan payudara anda mengalami perubahan.

Segelintir individu berisiko untuk mendapat payudara bengkak namun ia akan beransur-ansur hilang apabila badan anda sudah biasa dengan persekitaran hormon yang tinggi.

Puting (areola) anda akan menghitam dan ukur lilitnya akan bertambah. Pastikan anda memakai bra yang bersesuaian untuk mengurangkan kesakitan.

6. Sembelit dan kembung perut

Sembelit dan kembung perut merupakan salah satu tanda hamil 1 minggu.

Semasa anda hamil, perubahan hormon akan menyebabkan sistem penghadaman anda menjadi perlahan. Ia boleh menyebabkan anda mengalami kembung perut dan sembelit.

Banyakkan mengambil makanan berserat bagi membantu melegakan simptom tersebut.

7. Mabuk hamil dan kurang selera makan

Ia merupakan salah satu tanda hamil 1 minggu yang popular. Lihat sahaja pada drama yang memaparkan babak wanita mengandung. Pasti mereka akan muntah-muntah.

Mabuk hamil kebiasaannya berlaku antara minggu ke-4 dan ke-6. Pastikan anda minum air secukupnya. Jika anda asyik termuntah setelah minum atau makan, jumpa dengan doktor anda.



8. Kerap kencing

Peningkatan pada isipadu darah di dalam badan akan menyebabkan buah pinggang wanita menapis lebih banyak air.

Perkara ini akan menyebabkan anda kerap kencing. Satu nasihat yang sering diberikan adalah jangan tahan kencing anda.

9. Pening kepala

Terdapat pelbagai jenis perubahan fisiologi yang dialami oleh wanita semasa mengandung. Salah satu daripadanya adalah tekanan darah rendah. Hormon yang dirembeskan boleh menyebabkan salur darah mengembang.

Perkara ini menyumbang kepada penurunan tekanan darah yang membuatkan anda pening dan berasa seperti dunia berpusing.

10. Pedih ulu hati

Perubahan hormon sewaktu hamil boleh menyebabkan otot sfinkter (bukaan pada hujung esofagus) mengendur.

Perkara ini akan memudahkan pengaliran asid di dalam perut untuk memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati.

Jika anda mengalami keadaan ini, makan dengan bahagian yang kecil secara kerap. Jangan baring selepas makan dan beritahu doktor anda jika simptom tersebut kerap berlaku.

11. Kekejangan

Pada peringkat awal kehamilan, kekejangan ringan ketika embrio melekat pada dinding rahim mungkin berlaku.

Kekejangan akan dirasai pada bahagian perut, pelvis atau kawasan pinggul bawah. Malah, ia mungkin dirasai seperti sensasi menarik, kesemutan atau tusukan.

12. Hidung dan gusi berdarah

Kedengaran pelik, tetapi ada wanita mengalami pendarahan hidung atau gusi semasa kehamilan dan ia dianggap sebagai tanda tanda mengandung minggu pertama.

Pendarahan berlaku disebabkan peningkatan tahap hormon dan biasanya terjadi ketika anda sedang menggosok atau flos gigi.

13. Perubahan mood

Apabila hormon badan berdepan perubahan, ia juga akan mempengaruhi emosi anda.

Ia adalah keadaan normal untuk berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Bahkan, mood swing boleh dianggap sebagai antara simptom mengandung paling sering dialami.

Pun begitu, jika anda bergelut dengan kemurungan, kesedihan, kegelisahan mahupun tekanan, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor.
14. Hidung tersumbat

Peningkatan tahap hormon dan penghasilan darah juga boleh mengakibatkan bahagian selaput lendir pada hidung membengkak, kering dan berdarah dengan mudah.

Ia mungkin menjadi punca hidung tersumbat atau berair.


15. Raya Loya

Sebilangan wanita menyatakan bahawa mereka mengalami rasa loya dalam mulut pada fasa awal kehamilan.

Ia terasa seperti terdapat duit syiling di dalam mulut dan selalunya berlaku apabila mengambil makanan tertentu atau secara rawak sepanjang hari.

16. Sensitif terhadap bau

Merupakan gejala awal kehamilan yang sering dialami kebanyakan wanita. Pun begitu, terdapat sedikit bukti yang mengaitkan tentang kepekaan bau pada trimester pertama.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan deria bau yang sensitif cenderung mencetuskan mual dan muntah.


17. Mengidam sesuatu makanan

Antara salah satu tanda hamil 1 minggu adalah secara tiba-tiba anda mungkin mengembangkan keinginan untuk makan atau tidak menyukai makanan kegemaran.

Situasi tersebut mungkin akan berlangsung selama 9 bulan kehamilan atau berubah sepanjang tempoh tersebut.

Jaga-jaga ya, paling penting harus mengekalkan berat badan seimbang!


18. Seri muka & jerawat

Anda mungkin tidak perasan, tetapi individu di sekeliling mula menyatakan nampak ‘seri di wajah’..

Umumnya, ia disebabkan oleh peningkatan jumlah darah dan tahap hormon yang lebih tinggi. Keadaan tersebut sekali gus mendorong lebih banyak darah melalui saluran darah.

Dalam masa yang sama kelenjar minyak badan juga perlu bekerja lebih masa. Peningkatan aktiviti kelenjar minyak badan akan menjadikan kulit kelihatan berkilau dan kemerahan.

Tetapi, hati-hati risiko jerawat untuk muncul juga ada!

19. Tekanan darah tinggi

Dalam kebanyakan kes, tekanan darah tinggi atau normal akan turun pada peringkat awal kehamilan.

Keadaan tersebut mungkin mendorong wujudnya rasa pening, kerana saluran darah anda melebar.

20. Keputihan

Ada sesetengah wanita mungkin mengesan keputihan tebal pada awal kehamilan. Ia biasanya terjadi pada minggu-minggu pertama kehamilan apabila dinding faraj menebal.

Namun, keputihan ini juga mungkin berlaku sepanjang kehamilan.

Jika terdapat bau tidak menyenangkan atau wujud sensasi terbakar dan kegatalan, lakukan pemeriksaan doktor.



21. Sakit belakang

Walaupun sering dianggap gejala kehamilan lewat, namun ia boleh bermula pada peringkat awal mengandung.

Bahkan, ada wanita yang mengalami rasa sakit belakang ini sepanjang kehamilan.

22. Kaki bengkak

Keadaan bengkak yang terjadi melibatkan kaki dan pergelangan kaki. Biasanya disebabkan oleh tekanan dari rahim yang sedang membesar melambatkan aliran darah vena di kaki.

23. Sesak nafas

Peningkatan keperluan oksigen tubuh (untuk menyokong tumbesaran janin) boleh menyebabkan sesetengah wanita berasa sesak nafas.

Walau bagaimanapun, simptom ini dikatakan lebih kerap terjadi pada peringkat kehamilan lewat.

5 Hotel Pilihan Ramai Yang Ada Private Pool Di Malaysia

1. The Shorea, Negeri Sembilan

The Shorea ni jauh dari kawasan orang ramai, terletak di Hutan Berembun, Negeri Sembilan. Sesuai sangat percutian keluarga sambil menikmati keindahan alam semula jadi. 

Butik Eco-Resort ini mempunyai 8 villa dengan 15 bilik. Boleh duduk ramai-ramai sehingga 40 orang dewasa. Sangat sesuai untuk percutian keluarga besar.

Mempunyai dua bahagian, iaitu The Shorea Resort dan The Shorea Estate. Untuk pilihan private pool boleh lah membuat pilihan villa di The Shorea Estate.

the-shorea-pool
Sumber Gambar: Facebook The Shorea

2. La Villa, Langkawi

Jika destinasi korang Langkawi, bolehlah cuba percutian di La Villa Langkawi. Terletak di Pantai Tengah, La Villa mampu memberikan ketenangan kepada pengunjungnya. 

Selain lokasinya yang strategik, berdekatan dengan Pantai Cenang, dan 13 km dari bandar, La Villa merupakan penginapan yang moden dengan private pool serta pemandangan hijau semulajadi.

la-villa-hotel
Sumber Gambar: lavillalangkawi.com

3. Lexis Suites, Pulau Pinang

Lexis Suites terletak di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan jauh dari kesibukan pusat bandar.

Merupakan satu-satunya hotel yang menawarkan private pool dan bilik sauna di setiap unit. 

Lexis Suites menghadap laut Selat Melaka, jadi korang boleh menikmati pemandangan laut yang menakjubkan sambil mandi kolam atau berehat-rehat di balkoni.

lexis-suites-private-pool-hotel
Sumber Gambar: penangfoodie.com

4. Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Villa Samadhi merupakan penginapan yang menarik untuk dikunjungi terutamanya kepada pasangan yang ingin berbulan madu. Terletak di Jalan Madge di kesibukan kota raya Kuala Lumpur. 

Setiap bilik direka berbeza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Bolehlah cuba datang berkali-kali dan cuba setiap bilik.

Villa Samadhi ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin bersama pasangan tanpa gangguan kerana kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. 

Bagi pasangan pengantin baru terutamanya dan mahukan suasana seperti di Bali, boleh lah datang ke villa ini. Suasana romantik di Villa Samadhi yang dicipta mampu menambahkan makna dalam percutian bersama pasangan.

villa-samadhi-kl
Sumber Gambar: samadhiretreats.com

5. Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Grand Lexis Port Dickson merupakan salah satu resort yang terkemuka di Port Dickson dan dianugerahkan 'Most number of swimming pools in a resort' oleh Malaysia Book of Records. 

Resort yang berkonsep Bali ini bertaraf lima bintang dan setiap villa mempunyai private pool untuk dinikmati pengunjung bersama keluarga. Tak hairanlah jika korang ke sini dan habiskan masa dengan bercuti di Port Dickson hanya di hotel.

grand-lexis-port-dickson
Sumber Gambar: grandlexispd.com

Tetapi jika korang tak rasa nak berenang-renang di kolam renang, dan hanya nak berehat-rehat dalam bath tub, boleh la cuba hotel seperti Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson adalah hotel 5 bintang yang direka menyerupai kampung nelayan tradisional. 

Mempunyai 240 bilik yang direka khas dari chalet ke villa dan menghadap Selat Melaka. Aku cadangkan jika kesini, pilihlah chalet air yang menghadap laut. Sambil bermalam, sambil mendengar bunyi ombak.

Itu sahaja kali ini. Moga korang semua bercuti sambil menjaga SOP.

Cara Mudah Daftar ASB Online Melalui Aplikasi MyASNB

Sekarang ini kalau korang nak mendaftar ASB Online ini dah tak perlu ke website. Pendaftaran baru secara online kini menggunakan aplikasi MyASNB dah. 


Korang cuma muat turun aplikasi myASNB untuk mendaftar dan melabur serendah RM10. Korang boleh pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia.

Cara Daftar ASB Online Melalui Aplikasi MyASNB 


1. Pergi ke Play Store dan Install Aplikasi MyASNB di smartphone korang dahulu.

2. Sign up bagi yang belum mendaftar asb online. Bagi yang dah pernah daftar asb online, korang hanya perlu login macam biasa sahaja.

3. Masukkan ID Type (IC baru / lama), Nombor IC serta Nombor Telefon yang korang dah update di cawangan ASB ya. 


4. Seterusnya korang akan terima OTP melalui SMS yang dihantar ke phone korang. Sekiranya korang menggunakan nombor telefon yang lama, dia akan keluar seperti gambar di bawah. 

Jadi, korang boleh pilih samada hendak teruskan dengan nombor telefon lama ataupun update nombor baru. 



5. Pada bahagian Self Declaration, korang tandakan mana yang berkaitan. 

6. Seterusnya Details of Employment pula, sila masukkan pekerjaan serta pendapatan secara bulanan. 



7. Kemudian, pada bahagian Identify Verification, korang kena verify IC korang. Klik Verify Now dan ambil gambar IC dengan jelas. 

Kena ambil gambar IC depan belakang tau. Sekiranya gambar tidak jelas, boleh klik take a new picture. 

8. Seterusnya, korang perlu ambil selfie video lagi. Klik Start dan Enable Camera baru korang dapat ambil gambar. 



9. Seterusnya, korang kena Record a Selfie Video. Hanya perlu toleh muka ke kiri dan sebut kod nombor yang ada dipaparkan nanti. Apabila dah siap korang kena tunggu untuk approval.


10. Submit verification dan tunggu SMS sampai. Apabila dah terima SMS seperti gambar di bawah. Korang Sign up balik untuk lengkapkan Account Creation. 


11. Pada bahagian Account Creation, masukkan account infomation korang seperti Username, Secure Phrase, Password, Refferal Code (sekiranya ada). 

12. Seterusnya, isi bahagian Security Question beserta jawapan. 

13. Kemudian, korang boleh klik Yes sekiranya korang ingin akses ke akaun dengan cap jari (fingerprints) 



14. Klik Yes sekiranya korang ingin aktifkan secure for authorisation setiap kali melakukan transaksi. Dan Alhamdulillah, korang dah berjaya login asb online. 



Korang juga boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.

Dokumen yang perlu dibawa ialah:

  • 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
  • Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga

Pastikan buat temujanji terlebih dahulu di pautan berikut: www.asnb.com.my