Belajar Sambil Bermain bersama Toysdirect.my

10/12/2016 05:26:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Inginkan permainan yang unik untuk anak-anak anda? 
tidak tahu apa yang anda ingin belikan? 
Belajar sambil main adalah yang terbaik buat si manja anda!!


Belajar sambil bermain menjadi salah satu kaedah belajar yang efektif dan cukup menarik terutama di kalangan anak-anak. Melalui kaedah pembelajaran ini, anak-anak menjadi lebih aktif dan kreatif. Belajar sambil bermain juga merupakan kaedah yang pembelajaran yang tidak membosankan, kerana ia  merupakan pembelajaran serta cara mengajar yang cukup menyenangkan.

Jangan khuatir bila si kecil asyik hendak bermain sahaja. Sebenarnya kanak-kanak memang belajar sambil bermain terutama yang berusia enam tahun ke bawah.

Aktiviti bermain boleh dijadikan satu bentuk pembelajaran berkesan jika kena gayanya. Yang penting anda juga perlu bersama menyokong aktiviti rangsangan tersebut. Tidak perlu risau jika anda sibuk dengan kerja sampai tiada masa untuk bersama anak anda kerana sekarang telah banyak permainan yang boleh membantu anak anda untuk belajar. Jadikan waktu rehat anda sebagai masa yang paling berharga untuk bermain bersama anak-anak.

Beli Barang Mainan Anak Murah Di Toysdirects

Toysdirect merupakan salah satu website yang menjual barangan penjagaan bayi dan mainan kanak-kanak yang selamat dan berkualiti. Buku cerita, flash card, maze, puzzle, building blocks, toys, baju dan sebagainya turut dijual disini. Mudah untuk anda beli tanpa perlu membuang masa mencari dikedai permainan. Dengan harga yang sangat berpatutan toysdirect sememangnya menjadi pilihan Utama bagi ibu bapa untuk membelikan permainan untuk simanja mereka. 

Kenali Minat Si Manja

Cara Fara dalam membeli mainan untuk anak, Fara akan lebihkan faktor kreatif dalam bermain. Sebagai contoh, Fara perasan Aimi memang minat sangat dengan Cashier Register Playset dari toysdirect dan kebetulan Aimi memang lebih pada skill mengemas. Bila dirumah Fara akan bermain dengan Aimi susun barang ikut warna sambil mengira. So, Kegunaan Cashier Register Playset sangat sesuai untuk Aimi. Fara akan meminta Aimi ambil barang dan kemudian masukkan kedalam trolley dan kira nilai menggunakan cashier.

Pada awalnya memang agar sukar untuk simanja menerima arahan, lama kelamaan ianya akan membuat simanja memahami arahan dan membuat seperti yang diminta. Interaksi sebegini dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu dan anak.




Trolly ni dah lama Aimi mengidam tapi fara belom belikan lagi. Harga Cashier Register Playset dari toysdirect sangat mampu milik iaitu RM66 sahaja. Pelbagai set yang ada dari set A hinggalah set D. Perbezaan Set ini adalah dari sudut saiz trolley dan juga warna. Boleh lihat perbezaannya  Disini .


Satu lagi minat Aimi main masak-masak. Anak perempuan memang rajin mengemas dan memasak. toysdirect juga ada jual Woody Puddy Vege Cutting Playset dengan harga hanya RM52 sahaja. Comel sangat set ni ada pisau, carrot, tomato, dan sebagainya simanja. 

Kalau nak diceritakan memang banyak sangat pilihan permainan yang ada di Toys Direct ni. Flash card, buku cerita, carpet, kinetic sand dan sebagainya. Pilih mana yang simanja berkenan dan bermainlah bersamanya. Nikmati setiap saat anda dengan simanja ketika kecil agar ia dapat mempengaruhi tumbesarannya untuk membesar lebih baik.

Bagi yang ingin SELF COLLECT, Boleh ambil barang di lokasi yang berdekatan :

1) Kepong Tmn Bukit Maluri / Desa ParkCity (Hari Time)
2) Desa Sri Hartamas (hari bekerja 10:00)
3) Bandar Utama Centerpoint (Sabtu 11:00-12:15)
4) Jalan Kapar, KLANG (waktu pejabat sahaja)
Untuk koleksi Jalan Kapar, sila maklumkan 2 hari lebih awal.


You Might Also Like

0 KOmen: