LUNAVIE DELUXE NAIL CLIPPER WITH MAGNIFIER

4/28/2017 10:07:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hai!

Bila ade anak kecil mak ayah jadi excited nak buat semua bende untuk mereka kan? Termasuklah nk potong kuku simanja. Biasa mak atau ayah yang berani potong kuku simanja yang halus tu? Haa.. macam fara lebih berani potong kuku simanja berbanding suami. 
Tips nak potong kuku simanja pon perlulah mak ayah fahami agar tidak tersalah potong nanti. Sakit pula jari jemari halus simanja jika tersilap langkah masa nak potong kuku mereka.

Tips mudah potong kuku simanja :

🔹 Potong kuku ketika simanja sedang lena tidur
🔸 Guna penyepit kuku Khas untuk Bayi sahaja

Waktu simanja tidur lena paling mudah untuk mak ayah memotong kuku simanja kerana tidak banyak pergerakan. 


Lunavie Deluxe Nail Clipper With Magnifier

Fara menggunakan penyepit kuku dari lunavie ni kerana ianya memudahkan proses pemotongan kuku simanja. Kanta pembesar yang ada dibahagian hadapan penyepit memudahkan fara untuk nampak lebih jelas kuku simanja dan kuku simanja dapat dipotong dengan kemas dan rapi. Simanja jadi selesa sepanjang sesi pemotongan kukunya. 

Kelebihan Deluxe Nail Clipper With Magnifier

🔹Sesuai untuk kuku kaki dan tangan simanja
🔸 Mempunyai Kanta pembesar
🔹Reka bentuk yang mudah untuk dipakai dan ditutup.
🔸Kanta pembesarnya boleh dialihkan mengikut keselesaan
Mempunyai dua warna yang boleh dipilih samada pink atau biru. 



Kalau dulu kecik besar je mata masa nak potong kuku simanja, sekarang sejak ade Deluxe Nail Clipper with Magnifier ni pantas dan menyenangkan proses pemotongan kuku simanja fara. Hanya perlu ekjas kanta pembesar dan potong kuku simanja dengan hati senang. 

Harga penyepit kuku ini pon sangat murah dan berbaloi. Dapatkan segera penyepit kuku bersama kanta pembesar pertama dari Lunavie ini untuk memudahkan proses pemotongan kuku bayi anda sekarang! 


Untuk sebarang pembelian produk ini sila layari laman sesawang berikut : 


Facebook page :





0 KOmen:

Cara putihkan gigi dengan cepat dan berkesan

4/26/2017 01:05:00 PTG Fara Lumière 0 Comments




Assalamualaikum... Hi!

Senyum nampak gigi tu cantik kan? Terserlah kemanisan seseorang bila senyum nampak gigi. Tidak kisahlah sama ada gigi anda bertaring, jarang, tidak secantik gigi model, ianya merupakan pemberian dari Allah SWT yang wajib kite syukuri. Jangan malu untuk tersenyum ok!

Penjagaan gigi perlu diambil berat dan dijaga rapi agar gigi kekal cantik dam sihat selalu. Umur masih muda tapi gigi dah lopong sana sini atau kuning menunjukkan seseorang itu tidak menghiraukan kesihatan gigi dan dirinya sendiri. Penjagaan gigi sangat mudah cuma kita sahaja yang malas untuk menjaganya. 

Antara tips penjagaan gigi yang boleh dicontohi adalah menggosok gigi setiap pagi dan sebelum tido. Sesekali tu, bersihkan sisa makanan yang melekat di gigi menggunakan pencungkil gigi yang dikhaskan. 

Gigi dah cantik tapi x seputih mutiara? Jangan risau, sekarang dah banyak produk pemutih gigi yang boleh anda guna antaranya pen pemutih gigi dari Arilglow ini 


Pen pemutih gigi Arilglow ini dikhaskan untuk mereka yang menginginkan gigi seputih mutiara. Tiada lagi masalah gigi kuning selepas anda menggunakannya.

Cara penggunaan

Elakkan guna mouthwash sebelum rawatan. Sapu tisu pada gigi sehingga keluar apa sahaja yang melekat pada permukaan gigi (gigi dalam keadaan kering). Ambil pen dan pusingkan mengikut jam sehingga keluar gel.

Apabila gel keluar, senyum nampak gigi dan sapu pada bahagian atas gigi diikuti bahagian bawah. Pastikan rata sahaja. Jangan letak tebal-tebal. Nipis pun dah mencukupi. Elakkan terkena gusi. Jangan telan dengan sengaja. Biarkan selama 30 minit. Lagi lama lagi bagus.

Kemudian tutup mulut dan kumur dan bilas dengan air paip. Selepas itu, guna berus gigi serta ubat gigi dan gosok sehingga keluar lebihan gel yang masih melekat pada gigi (seperti rutin harian menggosok gigi). Ini bertujuan untuk lindungi daripada iritasi.
Kumur dan bilas semula dengan air paip.

Basuh berus gigi sehingga terkeluar lebihan gel yang melekat. Dah siap ! Gunakan 2 kali sehari. Pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur.

Pantang Larang Arilglow pen pemutih gigi

🚫 Hanya untuk 12 tahun ke atas sahaja
🚫 Tidak digalakkan untuk digunakan bagi wanita mengandung dan masih menyusukan anak.

Cara simpan

Pakai secara konsisten untuk kesan yang terbaik. Simpan di tempat yang gelap dan sejuk. Elakkan terkena matahari dan simpan pada suhu tinggi. Boleh letak di dalam peti ais, tapi jangan letak dalam "freezer".

Soalan tentang Arilglow Pen Pemutih gigi

Gigi sensitif boleh guna? 

Walaupun bukan kebiasaan, sesetengah individu mungkin mengalami gigi sensitif. Ia adalah sementara sahaja dan akan hilang selepas rawatan dihentikan. Ia disebabkan oleh gel yang membuatkan struktur gigi kekurangan air untuk tembus dan bersihkan kotoran gigi.

Gel ini terkandung glycerin dimana ia menyerap air daripada gigi, sekaligus menganggu keadaan isotonik dan menyebabkan gigi sensitif. Dalam erti kata lain, gigi dehidrasi semasa proses pemutihan, yang menyebabkan sensitiviti.

Air liur basanya akan menghidrat gigi apabila selesai proses pemutihan dan tiada lagi rasa sensitif pada gigi. Jika anda mengalami sensitiviti, kami mengalakkan anda menggunakan ubat gigi sensodyne.

Adakah ia sebabkan enamel rosak?

Tiada bukti yang mengatakan enamel gigi berbahaya daripada penggunan pemutih gigi apabila rawatan dilakukan. Ia tidak akan menyebabkan gigi menjadi nipis dan menukar permukaan gigi. Andai sekiranya anda gunakan sehari 2 kali untuk 10 tahun.

Ia berupaya untuk bawak kesan yang negatif, dan saya pasti itu bukan niat anda. Anda perlu berasa selesa menggunakan produk ini sehingga anda mencapai keputusan yang anda inginkan tanpa ragu-ragu.

Kesan akan kekal?

Kesan tidak akan kekal selagi penjagaan gigi tidak diutamakan. Gigi secara semulajadi akan kotor dan kuning dari masa ke masa. Ia bergantung pada makanan/minuman harian kita. Elakkan minuman soda, wine, rokok dan makanan berwarna yang menyebabkan gigi kuning. Ia bukanlah cat kekal untuk menampal kuning pada gigi anda.

Siapa yang boleh guna pemutih gigi Arilglow?

Umur 12 tahun ke atas
Mereka yang mempunyai masalah gigi kuning
Lelaki dan wanita
Mereka yang memakai braces

Elakkan perkara ini selepas rawatan (24-48 jam)

Perlu diingatkan selepas rawatan pemutihan, liang-liang enamel akan terbuka dan ini menjadikan lebih mudah terdedah kepada apa-apa kotoran. Apabila liang tutup, dimana biasanya terjadi 24-48 jam selepas prosedur, anda boleh sambung semula seperti biasa.

Gigi palsu?
- Ia hanya berkesan kepada gigi semulajadi sahaja.
Minuman yang bersih:
- Air putih
- Air suling
- Susu

Minuman yang perlu dielakkan:
- Lemon, Jus oren, Apa sahaja jus buahan
- Teh dan kopi
- Cola-cola dan minuman bergas
- Minuman tenaga

Makanan yang perlu dielakkan:
- Karot dan buah oren dan sayuran
- Brokoli, bayan dan sayuran hijau
- Coklat
- Roti putih
- Tomato dan sos merah
- Mentega dan marjerin

Nasihat tambahan:

 Elakkan air panas atau sejuk. Ia tidak bagus selepas rawatan disebabkan boleh mengubah suhu pada gigi anda. Perubahan suhu menyebabkan gigi mengembang dan mengecut, membolehkan kotoran menembusi gigi anda. Kurangkan kopi dan teh atau cuba minum menggunakan straw untuk mengurangkan jumlah air yang terkena gigi anda.

Elakkan makanan dan minuman yang bersifat asid. Ia membuka liang enamel gigi membenarkan kotoran menembusi gigi dengan mudah. Gunakan straw untuk kurangkan bahan ini terkena gigi anda.
Kurangkan merokok. Ia disebabkan nikotin pada puntung rokok menyebabkan gigi kuning. JIka anda tidak berhenti, sekurangnya cuba had dan kurangkan.

Guna gincu "smudge proof". Untuk pastikan lipstik daripada terkena pada gigi disebabkan lisptik biasa boleh sebabkan kotoran pada gigi.

Website : https://arilglow.com/
Fanpage : https://www.facebook.com/arilglowhq/


0 KOmen:

Makeup remover IMAAN - Suci Cleansing Wipes

4/18/2017 09:27:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum... Hi!

Bersolek atau mengenakan makeup pada wajah membuatkan diri lebih tampil berkeyakinan tinggi. Bila sudah bersolek, semestinya anda akan menanggalkan solekan tersebut pula untuk menunaikan solat atau merehatkan wajah pada waktu malam. Jangan pakai solekan 24jam pula nanti kulit muka tidak dapat bernafas dengan betul dan kerosakan kulit akan mula berlaku.

Oleh itu, Suci Cleansing Wipes atau tisu pembersih alat solek dari imaan ini sangat bagus dan dipercayai ramai kerana mudah untuk menanggalkan makeup tanpa menyakitkan kulit wajah. Kalau anda mencari pencuci muka untuk menanggalkan makeup, anda perlu menanggalkan makeup secara manual dahulu baru boleh bersihkan muka pakai cleanser. Tapi, dengan adanya Suci Cleansing Wipes ini, anda hanya perlu sapu bersih menggunakan tisu pembersih imaan dan kulit anda bebas dari sebarang makeup. Mudah untuk mengerjakan solat dan sah solat kerana suci cleansing ini bebas alkohol.

Kelebihan Suci Cleansing Wipes :

🔹 Suci tanpa alkohol
🔸 Pembuang solekan water proof
🔹 Makeup tebal mudah dibersihkan
🔸 Fungsi 2 dalam 1 (membersih dan menyegarkan)
🔹Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
🔸 Senang dibawa

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian sila layari laman sesawang berikut :

Facebook : Imaan suci world
Instagram : Imaan suci world


Dapatkan tisu penanggal makeup pilihan no 1 ini sekarang!! 








0 KOmen:

Shizen - "VISAGE Collection" and win grand prize RM2000 Cash

4/15/2017 04:17:00 PTG Fara Lumière 0 Comments



Assalamualaikum.. hi! 

Fara telah menghadiri majlis pelancaran Shizen dan telah diterangkan oleh beberapa orang kuat team Shizen mengenai Pelancaran Produk Terbarunya iaitu Shizen VISAGE Collection 

Shizen merupakan produk yang dipercayai ramai sejak kian lamanya dan Shizen percaya setiap orang memiliki kecantikkan wajah semulajadi yang perlu diserlahkan bukan disembunyikan. 

Oleh itu, VISSAGE collection telah dilancarkan pada bulan March 2017 dengan bertujuan untuk menonjolkan kecantikan semulajadi dari dalaman. 

Inginkan set make-up yang bernilai RM1503 dengan harga hanya RM199? Anda juga berpeluang untuk memiliki hadiah utama yang bernilai RM2000 tunai! Teruskan membaca, fara akan terangkan lebih terperinci mengenainya... 


Gambar diatas merupakan set lengkap daily makeup fara dari Shizen antaranya adalah Natural Pore Nutrient Foundation PRO, aqua eyeliner, smack lips, dan hue-duo eyeshadow. Kesemua produk ini merupakan produk terbaru dari shizen iaitu VISAGE collection yang fara ingin tekannya kerana hanya dengan 4 produk ini sahaja anda boleh memiliki wajah yang cantik dan berseri sepanjang hari. 

Setiap produk ini juga memiliki keistimewaannya yang tersendiri kerana Shizen sentiasa pastikan produknya adalah yang berkualiti dan memuaskan pelanggan.



limited Time Offer!! Dapatkan set lengkap VISAGE Essential di outlet yang terpilih antaranya set tersebut adalah :

🔹 Smack Lips - Plum Wine
🔸 Smack Lips - Orange Tango
🔹 Aqua Eyeliner - Black
🔸 Aqua Eyeliner - Brown
🔹 Hue-Duo Eyeshadow - Mocha Glow
🔸 Shizen professional brush set (6 brushes)

Harga pasaran adalah RM1503 dan jika anda beli di oulet yang terpilih anda mampu memilikinya dengan harga hanya RM199!! 

Sah dari tarikh 1 March sehingga 31 May 2017  Dengan syarat anda perlu menunjukkan Code (VISAGE01) untuk pembelian. Dapatkan sekarang di Shizen outlet terpilih iaitu :

◽Shizen Pavilion Flagship Store
◽Shizen Mid Valley
◽ Shizen One Utama
◽ Shizen Sunway Pyramid
◽ Shizen Gurney Plaza
◽ Shizen Genting Sky Avenue
◽ Shizen Isetan KLCC
◽ Shizen Isetan Garden
◽ Shizen Parkson KLCC
◽ Shizen Parkson Pavilion
◽ Shizen Sogo KL

Perhatian!!  Pastikan anda beli di 11 outlet terpilih diatas sahaja dengan menunjukkan code (VISAGE01). 


Shout Out Contest : VISAGE Challenge

Step by step : VISAGE makeover

Untuk bahagian makeover, fara perkenalkan dahulu produk yang digunakan semasa makeover ya. Dalam akhir entri ini fara akan bagitahu cara untuk masuk contest yang menawarkan hadiah utama berjumlah Rm2000.


Step 1 : Nature Pore Nutrient Foundation PRO

Cara untuk gunakan foundation ini sangat mudah anda hanya perlu pusing stick dan apply di seluruh muka dan boleh dijadikan sebagai make-up base. Tidak perlu pakai compact powder jika anda menggunakan foundation ini kerana ianya mampu menutup setiap celaan diwajah dengan baik sekali. 

Nature Pore Nutrient Foundation PRO ini sangat ringan dan bahan asas yang digunakan adalah 100% talc-free ianya bermaksud selepas apply ke muka kulit berasa lebih lembut,lembap dan bersih kerana bahan yang digunakan dalam foundation ini diperkaya dengan Vitamin E. Sesuai untuk semua jenis kulit.


Step 2 : Hue-duo eyeshadow

Apply eyeshadow di bahagian mata. Ratakan dengan berhati-hati agar tidak comot. Pakai sedikit sahaja sudah mencukupi kerana eyeshadow ini pekat dan menjimatkan.


Step 3 : Aqua Eyeliner (black)

Kemudian, Apply eyeliner pula. Aqua eyeliner ini jenis liquid dan pekat. Berus eyeliner diberikan supaya lebih mudah untuk anda menggariskan dengan lebih rapi. 

Aqua eyeliner mudah untuk dipakai hanya perlu tekan berus ke dalam bekas eyeliner dan apply ke mata. Tahan lama sehingga 12jam dan waterproof.


Step 4 : Smack Lips (orange tango)

Akhir sekali, sudah semestinya diakhiri dengan VISAGE look dengan smack lips dimana ianya jenis matte lipstik yang membuatkan lebih tahan lama semasa pakai. Bahan pada smack lips ini dari minyak kelapa dan mentega bunga matahari untuk memastikan bibir anda nampak lebih lembap tanpa pengelupasan. Paling istimewa mengenai smack lips ini, boleh juga digunakan sebagai blusher. Hebat kan? 

Makeover time!! 
Yay!! Fara dah ready nak tadah muka untuk di makeoverkan. Macam yang fara tekankan sebelum ni, pastikan anda datang ke outlet Shizen yang terpilih sahaja ya. 
Bersama Natasha orang yang akan makeover muka fara untuk VISAGE Challenge

Ta-daa!! Siap sudah dan inilah rupe fara selepas di makeover menggunakan Shizen VISAGE Collection. Nampak lebih segar dan flawless. Terserlah kecantikkan dari dalam dan itulah yang dipanggil cantik semulajadi bersama VISAGE Collection. 


Masa untuk UMUM cara masuk "Shout Out Contest " VISAGE Challenge!! 

Ok, baca dan pahamkan dengan teliti ya semua. Apa yang perlu anda lakukan adalah buat satu video atau ambil gambar bagi menunjukkan langkah-langkah sepanjang di makeover. Contoh macam yang fara buat dalam entri ini pada bahagian "step by step : VISAGE makeover" kemudian post gambar anda semasa dimakeoverkan sebagai bukti. 

Kemudian, anda perlu mengajak seramai yang mungkin untuk join contest ini dan beritahu mereka tentang contest dan cara untuk join. 

Ingat ya!  Cara masuk contest VISAGE challenge :

 ⏩ Datang ke Outlet Shizen yang terpilih sahaja untuk merasa sendiri pengalaman di makeoverkan menggunakan barangan VISAGE collection
 Ambil gambar Selfie selepas makeover untuk menunjukkan effect makeup VISAGE Collection
⏩ Scan QR code dan follow Shizen di WeChat
Hantar gambar selfie anda kepada Facebook Shizen atau WeChat beserta nama, no i/c, dan no telefon anda.

QR code Shizen


Hadiah yang ditawarkan untuk Shout Out Contest "VISAGE Callenge" adalah :


Grand prize : RM2000 cash + Shizens products and gift worth up to RM6000

1st Runner up : RM1000 cash + Shizens products and gift worth up to RM4000

2nd Runner up : RM500 cash + Shizens products and gifts worth up to RM3500

Contest start dari 15 April sehingga 15 May 2017

VISAGE Collection official lunch roadshow di East Entrance Lobby, Mid Valley dari tarikh 24-30 April 2017

Jangan lupa untuk hantar gambar selfie anda selepas dimakeover dan berpeluang untuk menang hadiah yang lumayan.


Good luck!!  






0 KOmen:

Resepi Sardin Viral Meletop

4/12/2017 12:55:00 PTG Fara Lumière 0 Comments




Assalamualaikum... Hi!

Masak apa harini? Bila dah ketandusan idea nak fikir menu masak capai ajelah sardin kat almari tu. Alang-alang kat facebook tengah viral sardin sedap meletop fara pon try la buat. 

Memang rasa berbeza dari biasa resepi sardin ni. Ada rasa pedas bercampur bau kari yang harum memang ummmmphh. Berselera makan.

Kentalkan diri untuk masak walaupon kadang tak boleh nak bau sangat dapur gagahkan jugalah. Kalau tak masak lapar pulak baby dalam ni. 

Ok, nak buat sardin viral ni sangat mudah. Bahannya adalah :


5 ulas bawang putih - diketuk
3 biji bawang merah/besar potong biasa
3 tangkai daun kari
2 sudu lada boh
1 sudu kicap manis
1 tin sardin
10 tangkai cili padi
Air 1 cawan
Gula & garam secukup rasa

Cara-cara memasak sardin viral :

Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau dan masukkan pula lada boh kacau sehingga pecah minyak. Masukkan pula sardin, daun kari, cili padi dan air biar hingga mendidih. Akhir sekali, letakkan pula kicap, garam dan gula. Siap untuk dihidang.


Sedap makan sardin dengan nasi panas. Selamat mencuba ;)




0 KOmen:

Penawar jeragat paling berkesan

4/11/2017 10:25:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Malu bila muka dah cantik tapi.......

BERJERAGAT
JERAWAT
KUSAM
KULIT TIDAK BERMAYA
TIDAK BERSERI

Setiap wanita atau lelaki inginkan kulit muka yang sihat dan segar sepanjang hari kan? Penampilan diri terutama muka adalah penting supaya lebih tampil berkeyakinan apabila berdepan dengan orang.

Kulit yang bermasalah perlu dirawat bukan dibiarkan begitu sahaja. Tiada istilah gagal dalam mencuba produk yang ada dipasaran. Mungkin ianya hanya tidak bersesuaian sahaja dengan kulit muka anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah, sentiasa mencari dan mencuba produk yang ada dipasaran sampai ada yang bersesuaian dengan kulit muka anda.

Penawar jeragat paling berkesan 

Cuba produk yang menggunakan bahan bersifat waterbased, atau bahan asas dari sumber mineral kerana ianya diperkaya dengan Ekstrak Tumbuhan dan Buahan adalah sesuai bagi mereka mengalami masalah jeragat/jerawat/kusam dan sebagainya.

Elakkan dari mengguna produk yang mempunyai bahan kimia keran ianya akan menghakis kulit muka anda jadi semakin teruk. Mungkin pada awalnya kulit muka nampak bersih, tapi lama-kelamaan akan menyebabkan kerosakan pada kulit muka anda. Yang paling utama, pastikan produk tersebut mempunyai KKM dan selamat digunakan.


Serum Anti Jeragat dari MYLEA

Ciri-ciri yang saya perkatakan tadi kesemuanya ada didalam Serum Anti Jeragat dari MYLEA. Bukan sebarangan serum ia mampu memperbaiki tekstur kulit muka anda dari dalaman dan menghasilkan kulit yang lebih baik dan bersih luar dan dalaman anda. Selepas menggunakan serum ini pasti anda akan berpuas hati dengan keberkesanannya.

KEBAIKAN SERUM MY LEA : 

✔ Penawar nombor 1 masalah JERAGAT!
✔ Mencegah jeragat dari MEREBAK dan MENEBAL! 
✔ Membantu menghilangkan BINTIK HITAM diwajah! 
✔ MenCERAHkan warna kulit 
✔ Membantu menghilangkan PARUT dan BEKAS JERAWAT! 
✔ Membantu mendapatkan TONA KULIT yang sekata 
✔ Membantu MENCERAHKAN kulit wajah! 
✔ Merawat KULIT KUSAM! 
✔ Mengawal masalah KULIT BERMINYAK! 
✔ Mengecilkan LIANG PORI! 
✔ Membantu anda mendapatkan KULIT IDAMAN dalam jangka masa yang CEPAT, BERKESAN & TANPA KESAN SAMPINGAN!




CARA GUNA

Picit sedikit My lea Freckles Serum pada tapak tangan dan sapu pada bahagian kulit wajah yang bermasalah. Sapu sedikit sahaja sudah memadai kerana serum ini pekat dan mejimatkan

Disyorkan pakai pada waktu pagi (10 ke 15 minit sebelum makeup) dan waktu malam sebelum tidur

Freckles Serum BOLEH DIPAKAI dengan mane2 nite/day cream ape2 brand yang anda guna sekali pun yang penting jarakkan masa sekurang2nya 15 minit utk make sure serum telah sempurna meresap ke dalam kulit (dinasihatkan hindarkan dari produk yang mempunyai kandungan kimia yang tinggi kerana akan merosakkan tisu kulit)

Sapuan kerap (2 kali sehari) dinasihatkan bagi mereka yang inginkan kesan yang lebih cepat



HARGA RM90
Approved KKM (NOT160300607K)
Clinically Proven


KANDUNGAN:

Active Ingredient: Aqua, PropyleneGlycol, Unsaponifiable Olive Oil, Cetyl, Ceg Beeswax, Dimethicone, Cucumis Sativus Ekstrak, Citrus MedicaL imonium Peel Extract, Symphytum Root Cell Extract (phyto-celltec), Sodium Cocoamphoacetate, LGluthathione, AscorbyltetraisopalmitateP, Polyacrylamide And C13-14, TocopherolAcetate, Arbutin, Isoparaffin And Laureth-7, Phenoxyethanol (and), Ethyloxyglycerin, Caprylyl Glycol And Ethyloxyglycerin,

Untuk sebarang pembelian atau pertanya boleh layari laman sesawang MYLEA :

Whatsapp : 0177778191/0139845104

0 KOmen:

Tips : Cara pilih pampers atau lampin pakai buang yang sesuai dengan Anak

4/10/2017 02:27:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Jenis lampin yang sesuai simanja memainkan peranan penting bagi memastikan tahap keseleasaan simanja anda berada dalam keadaan yang sempurna.


Setiap mommies sudah pasti akan mencari lampin pakai buang (diapers) yang sesuai untuk simanja anda berasa selesa sepanjang hari.

Cara untuk mengenal pasti lampin pakai buang yang selesa adalah :

* Tidak mudah bocor
* Punggong bayi tidak mudah kena ruam/melecet
* Saiz diapers yang sesuai dengan bayi
* Jenis/jenama diapers yang sesuai dengan bayi

Keselesaan simanja perlu dititikberatkan oleh mommies agar simanja kekal ceria dan aktif sepanjang masa. Bayangkan jika simanja tidak selesa akibat ruam yang berlaku di punggong? Sudah semestinya mommies akan susah hati malah tidak senang duduk akibat perkara itu dan kene pantau tiap masa bagi memastikan punggong simanja pulih.

Adalah lebih memudahkan jika mommies mencari lampin pakai buang atau diapers yang bersesuaian dengan simanja.
Goo.N diaper keselesaan sebenar simanja

Alhamdulillah, fara berkesempatan untuk bagi simanja merasa sendiri Goo.N diaper dan kebetulan ianya merupakan edisi terhad ada gambar doraemon pada diapers tersebut. Memang suka simanja bila pampersnya ade gambar doraemon.

Simanja jadi excited tiap kali nak pakai pampers mesti nak ambil sendiri. Yang paling penting, pampers Goo.N ni buat simanja selesa dan fara tidak risau pagi tentang masalah ruam.


Gambar kiri adalah bahagian depan dan gambar kanan adalah bahagian belakang.

Kelebihan memakai Goo.N diapers

✓ Simanja lebih selesa dan aktif dengan pants yang lembut dan tidak menyakitkan
✓ Mempunyai Aliran udara yang bagus
✓  Mudah untuk ditanggalkan
✓ Penyerapan yang sangat bagus
✓ Simanja lebih bergerak bebas dengan getah diapers yang lembut
✓ Mengelakkan ruam berlaku



Yang ni juga merupakan produk Goo.N iaitu baby wiper dan  Penguin Baby Wipe Box. Wipe box tu sangat menyenangkan kerja fara sebab ianya nampak lebih kemas dan mudah untuk ambil. Paling specialnya tentang wipe box tu, fara boleh "lock&unlock" box kalau takut simanja main dengan tisu. Kelembutan tisu Goo.N tidak menyakitkan kulit simanja malah mudah untuk dicuci.


Cara buka Penguin wiper box 

Cara untuk "lock&unlock" wipe box sangat mudah, hanya perlu tarik sedikit muncung penguin untuk unlock dan tolak kedalam untuk lock kembali. Untuk mengambil wiper/tisu hanya perlu tekan muncung penguin dan penutup akan automatik terbuka sendiri macam dalam gambar diatas.

0 KOmen:

Mangsa MLM |Tipah Tertipuu|

4/09/2017 12:38:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hi!

Fara nak share sedikit bagaimana fara boleh terpedaya dengan kata-kata manis orang MLM. Yup, ianya merupakan pertama kali fara terkena dengan mulut manis PR yang handle fara masa tu.


Cerita die macam ni, untuk dipendekkan cerita bila dah jadi blogger ni pelbagai jemputan Fara dapat dan kebanyakkannya menawarkan payment Cash atau goodies yang sangat lumayan sebagai tanda penghargaan kerana hadir event tersebut. Ada satu hari tu, check inbox facebook ade terima "request message" dari someone yang ajak collabrate review produk die yang baru dipasaran. Fara tak banyak tanya tentang produk "tu" sebab kebanyakan review dari client semuanya konsep yang sama iaitu hadir ke event mereka dan terima payment atau goodies.

 
Perbualan antara fara dgn 2 org yg berbeza utk produk yg sama.. seminggu selepas fara tertipu dgn org pertama, org kedua pula PM tentang perkara yg sama. 

Tanpa berfikir panjang, fara terus terima tawaran si dia untuk berjumpa setelah kami set masa dan tarikh dalam messanger. Hari perjumpaan telah tiba, masa datang rasa pelik sebab fara seorang sahaja blogger yang hadir. Katanya lebih memudahkan penerangan bila jumpa personal. Ok fine, borak punya borak semakin melarut pulak berbincangan kami sampai bukak hal "downline" terima "komisyen", dafter keahlian untuk menikmati harga produk yang lebih murah, etc laa.. Dalam hati dah rasa pelik sangat.

Kemudian, si dia bawa fara ke showroom yang herhampiran dengan tempat perjumpaan tadi. Memang tak dinafikan, segala produk yang ada memang bagus dan ramai yang beli produk tersebut. Si dia tunjukkan segala produk yang ada disitu pada fara. Lepas kesemua produk tersebut telah ditunjukkan sidia akan bertanyakan "pilihan produk" yang fara nak "review". Dalam hati wahhh!! Pilih je mana kau nak weiiii... Syookk review mcm ni...
Last sekali, si dia bawa fara ke ofisnya pula untuk bincang tetang produk yang fara nak review. Masa sampai je ofis si dia keluarkan borang. Alamakkk!! Borang apa pulak ni? Risau gila fara masa ni.. sebab tadi masa bincang kata "tiada paksaan" nak review ke x.. masa ni serius stresss rasa nak balik macamtu je.. fikir adab punya pasal fara slowtalk dengan sidia, kenapa i kena isi borang ni? Kata i boleh pilih barang then review? Sidia pon bagitahu lagi sekali, nak review kene daftar jadi ahli dulu, nanti beli barang then buatlah review macam biasa.. kalau review u berbaloi, i boleh proceed payment around RM150-300 per entry. Itu pon kalau entry tu cecah target yang sidia nak capai baru dapat payment.. ohhnooo!! Sah MLM punye style ni... Fara terus minta maaf mintak izin nak balek sebab terlalu lewat dan akan fikirkan untuk review ke tidak produk sidia tu...

Selang beberapa hari sidia ada PM bertanyakan keputusan tapi masa tu kebetulan fara berada dihospital dan terus kata fara tak nak review apa-apa langsung.

Fara up status ni di facebook takut kawan-kawan blogger yang lain terkena bende yang sama dan berharap mereka berhati-hati. Ramai rupenye yang bengang dan telah tertipu macam yang fara alami...

Niat fara bukanlah nak memburukkan produk tersebut, tapi bak kata "bro" cara PR yang menguruskan itu hanya mempergunakan orang. Blogger pon mahu cari makan bukan nak buang masa datang jadi ahli produk tu.

Produk apa? Biarlah hanya blogger yang tahu.. fara tak nak tutup periuk nasi company tersebut cuma sangat tidak suka dengan cara mereka sahaja.

Sekian dari hati kecil yang berbicara~~




0 KOmen: