Baju Menyusu Muslimah Cantik dan Elegent dari Feedmilk

9/28/2017 02:23:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Benarkah susu ibu adalah yang terbaik?

Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya.

Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Susu pertama (kolostrum) mengandungi khasiat yang diperlukan oleh bayi untuk hari -hari pertama selepas kelahiran.



Dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, ramai ibu-ibu menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka kerana faktor sukar untuk mendapatkan baju menyusu yang betul-betul menepati citarasa. 

AWAS! bahaya menyusukan anak tanpa memakai baju 'Nursing Friendly'

Bayi akan menyusu tidak kira tempat dan masa. Oleh itu, para ibu kena sentiasa bersedia mental dan fizikal kerana cabaran menyusukan bayi lebih lagi apabila berada di luar amat memerlukan kesabaran. Cabaran pertama apabila menyusu bayi ketika di luar adalah takut terselak dan ternampak aurat oleh yang bukan mahram. 


Tidak semua tempat ada menyediakan bilik penyusuan khas untuk para ibu menyusukan bayi mereka. Jika anda tidak bernasib baik, terpaksalah menyusukan bayi dalam keadaan menyorok dari pandangan orang ramai.

Aurat perlu dijaga agar tidak dilihat oleh yang bukan mahram. Kita tidak tahu akan niat kaum Adam apabila nampak seorang wanita ketika menyusukan bayi. Zaman sekarang semua benda boleh terjadi akibat godaan nafsu yang tidak pernah puas. Oleh itu, adalah disarankan jika para ibu yang sering melakukan aktiviti diluar memakai baju yang jenis "Nursing Friendly" agar aurat dapat dijaga dengan baik walaupun menyusukan di tempat awam.


Baju Menyusu Muslimah Cantik dan Elegent dari Feedmilk

Secara umumnya, masyarakat hari ini dilihat telah mula menerima konsep penyusuan susu ibu setelah mereka menyedari tentang pelbagai manfaat yang diperoleh daripada penyusuan susu ibu, khususnya terhadap ibu dan bayi.

Jika dahulu, penyusuan diambil ringan kerana sukar untuk meyusukan bayi ditempat awam dan ada yang berfikiran lebih mudah untuk beri bayi minum menggunakan botol ketika berada di luar mungkin atas faktor tidak banyak yang menjual baju menyusu pada waktu itu. Kini, banyak di pasaran sekarang telah menjual baju menyusu yang cantik dan nampak elegent khas untuk para ibu yang menyusukan bayi terutamanya baju dari Feedmilk.



FEEDMIILK antara baju menyusu yang sangat terkenal di Malaysia kerana sering mempamerkan design serta rekaan yang nampak lebih ekslusif berbanding jenama lain. Bagi Feedmilk, adalah satu kepuasan bagi mereka untuk memberikan para ibu yang terbaik dari segi rekaan yang memudahkan penyusuan serta fashion baju penyusuan yang trending mengikut peredaran masa.

Kelebihan memakai baju menyusu Feedmilk

Feedmilk jual Tshirt menyusu paling selesa yang boleh dipakai tidak kira tempat. Para ibu juga boleh tampil cantik bergaya walaupun sedang menyusu. Koleksi baju menyusu di Feedmilk begitu menepati citarasa ibu zaman modern. Tona baju yang lembut, kain yang tidak panas, mudah untuk penyusuan merupakan ciri-ciri utama pencarian para ibu dalam pemilihan baju menyusu. 

Design terbaru dari Feedmilk hanya perlu 'selak' sahaja. Sangat memudahkan proses penyusuan simanja. Jenis 'selak' dikatakan lebih sesuai untuk baju menyusu kerana bahagian yang perlu diselak berada betul-betul pada breast dan lebih terlindung. Jika baju menyusu lain anda perlu angkat baju sedikit tinggi ketika ingin menyusukan tetapi tidak pada baju menyusu Feedmilk. Hanya perlu selak sedikit sahaja dan simanja dapat menyusu dalam keadaan yangg sangat selesa.


Feedmilk sememangnya pilihan yang tepat untuk para ibu yang menyusukan bayi. Dengan tawaran harga yang mampu milik, feedmilk juga mempunyai koleksi baju lain yang terhangat dan mendapat permintaan yang tinggi dari para ibu.

Fara sendiri akan memilih jenis baju yang memudahkan seperti jenis selak dan design yang cantik. Baju menyusu jenis berzip atau butang melecehkan kerana perlu memasang butang kembali selepas habis penyusuan. Jika berzip pula, ada kalanya zip tiba-tiba sangkut dan mudah rosak. Kalau dah rosak kene repair kembali dan sudah membazir duit disitu.


Antara koleksi lain baju menyusu Feedmilk :











Sungguh cantik sekali koleksi baju menyusu dari Feedmilk. Siapa sangka rekaannya begitu menepati citarasa wanita sekarang. Tidak hairanlah jika baju menyusu Feedmilk ni sentiasa mendapat sambutan dari orang ramai.

WAZE: Feedmilk
WHATSAPP : 018 327 3092

Lokasi Kedai Feedmilk :

Bagi anda yang ingin melihat sendiri koleksi dari Feedmilk, bolehlah datang sendiri ke alamat dibawah :

BUKA :
SELASA-AHAD ( 11.00 AM - 8.00 PM )


ALAMAT BOUTIQUE : 

Feedmilk Boutique - H50-1, 
Jalan Serai Wangi, M16/M,
Alam Avenue 2, 40200, 
Shah Alam. 

ALAMAT HQ : 

FEEDMILK BOUTIQUE SDN. BHD. (1160172-U)
No 9A Tingkat 1,Jalan Keluli AK7 / AK
Seksyen 7,40 000,
Shah Alam,Selangor

HOTLINE HQ : 03-33626516 


0 KOmen:

Pakej Perkahwinan Lengkap dan Murah untuk Bakal Pengantin -The Venue Shah Alam

9/26/2017 09:46:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum...

SETIAP bakal pengantin mengidamkan satu majlis perkahwinan meriah dan lancar kerana ia adalah hari bersejarah mereka dan perlu dilakukan secara teliti kerana kesilapan yang kecil mampu merosakkan kelangsungan majlis tersebut.

Image result for the venue shah alam

Seiring dengan peredaran zaman, segala persediaan majlis perkahwinan tidak lagi dilakukan secara bergotong-royong bersama jiran tetangga dan ahli keluarga, kebanyakan bakal pengantin memilih untuk diuruskan perunding perkahwinan yang menyediakan pakej lengkap dengan menawarkan harga berpatutan.

Pakej Perkahwinan Lengkap dan murah di The Venue Shah Alam

THE VENUE SHAH ALAM merupakan syarikat yang berdaftar dan 100% milikan penuh bumiputera. Perkhidmatan utama The Venue Shah Alam lebih tertumpu kepada Perancang Majlis Perkahwinan dan Korporat yang lengkap terletak di Seksyen 15 Shah Alam. Bagaimanapun, majlis lain seperti pertunangan, Aqiqah, Bridal Shower, Annual Dinner, Corporate Dinner, Seminar, Fashion Show, Product Launching dan sebagainya juga boleh dilakukan disini.

Image result for the venue shah alam

The Venue Shah Alam terdiri daripada Sekumpulan Professional dalam bidang Katering, doorgift, Dekorasi Pelamin, Solekan & Andaman (MUA), Busana Pengantin, Kad Kahwin, Jurugambar, Juruvideo dan DJ yang mempunyai pengalaman bertahun di dalam industri perkahwinan dan korporat.

Konsep perniagaan yang disediakan ialah untuk membantu bakal-bakal pengantin merealisasikan impian mereka dengan kos yang menjimatkan. Konsep Jimat & Berbaloi yang di maksudkan pula dengan menggunakan Kepakaran Perkhidmatan daripada ‘Team’ Professional dari pihak The Venue Shah Alam untuk dapatkan kualiti yang terbaik dengan Harga yang Rendah dan Menjimatkan. 

Jika Anda Mengimpikan Sentuhan Kreatif daripada Pakar dengan Harga yang Rendah, The Venue Shah adalah tempatnya. Dengan The Venue Shah Alam, Anda hanya perlu berurusan dengan sebuah syarikat sahaja. Anda Jimat Wang, Masa dan Tenaga.


PAKEJ SERBA LENGKAP & SEMUANYA TERSEDIA DI SINI!

The Venue Shah Alam menawarkan 4 jenis Pakej Lengkap dan Murah mengikut bajet anda antara pakej yang ditawarkan adalah:

Pakej Gold (Grand Ballroom)
RM 33, 800 (Minimum 1000 Orang)
RM 29,800 (Minimum 500 Orang)

Pakej Platinum (Grand  Ballroom)
RM 42, 800 (Minimum 1000 Orang)
RM 39, 800  (Minimum 500 Orang)

Pakej Orkid (Event Hall)
RM 28,800 (Minimum 1000 Orang)
RM 25, 800  (Minimum 500 Orang)

Pakej Lily (Event Hall)
RM 23, 800
RM 20, 800

Jom intai keluasan dalaman dewan dan contoh pakej lengkap perkahwinan yang ditawarkan disini :

Pada 24 September 2017, The Venue Shah Alam telah mengadakan Grand Open day untuk bakal pengantin melihat sendiri konsep dari busana pengantin, doorgift, katering, mak andam, dan sebagainya dari awal hingga ke akhir perkahwinan yang telah disediakan disini mengikut bajet anda.

Anda berhak memilih yang terbaik buat hari berbahgia anda, oleh itu pelbagai pilihan yang boleh anda dapat ketika menggunakan servis dari The Venue. Team The Venue akan cuba merealisasikan impian perkahwinan anda mengikut bajet yang anda peruntukkan nanti.


Contoh Pelamin dan Meja Untuk Para Tetamu :


Dekorasi Pelamin boleh dirunding dengan pihak The Venue agar anda dapat duduk dipelamin idaman mengikut ciitasa anda ketika hari perkahwinan nanti. Sungguh cantik dan indah sekali pelamin rekaan yang ditunjukkan disini bersesuaian dengan semua tema.


Susunan meja untuk para tetamu yang hadir nampak begitu ekslusif sekali. Pengantin pula akan melalui di karpet merah ini untuk menuju ke pelamin dan akan diraikan sebagai 'raja sehari' dengan begitu meriah sekali.




Contoh Busana Pengantin :

Image result for busana pengantin the venue shah alam

Antara koleksi busana pengantin yang disediakan di The Venue kesemuanya cantik-cantik belaka. Segala design baju pengantin, warna dan saiz ada disini. Jadi, anda tidak perlu risau jika berbadan kecil mahupun besar, baju pengantin disini boleh di 'alter' mengikut saiz badan anda.


Mak Andam / Make Up Artis (MUA)


Make up artis (MUA) ataupun Mak Andam juga tersenarai dalam pakej yang ditawarakan. Anda boleh pilih sendiri antara Mak Andam yang anda minat untuk menyolekkan anda nanti.



Contoh Doorgift dan Kad Kahwin :










Inai Pengantin :


Inai merah atau putih? kedua-duanya boleh dibuat mengikut design yang anda minat.


Bilik Khas Persalinan Bakal Pengantin :

Di tingkat 1, anda boleh lihat dan memilih koleksi baju pengantin dari kaki hingga ke kepala. Di sini jugalah anda akan menyalin pakaian pengantin dan disolekkan.









Katering :

Fara cuba sendiri masakan disini dan sememangnya sedap! lauk pauk yang disediakan adalah mengikut permintaan bakal pengantin. Anda boleh buat permintaan hidangan menu untuk para tetamu.


Antara menu yang disediakan ketika Grand Open day ialah Ayam Masala, Dalca Sayur, Daging Baghdad, papadom, dan Acar Rampai.







Pencuci Mulut dan Kuih Muih :

Tidak dilupakan pencuci mulut serta kuih muih juga ada disediakan dalam pakej. 



Servis Photo booth :

Perkara wajib bila hadir ke majlis mesti nak bergambar kan? Kotak kreatif Photo Booth ada menyediakan beberapa pakej yang bersesuaian untuk anda bermula dari  harga RM 700


The Venue Shah Alam Adalah Pilihan yang  TEPAT!!

Sekarang, ramai ambil kesempatan dengan menipu bakal pengantin beribu ringgit untuk pakej yang murah. Hakikatnya, anda sendiri melopong tertipu hidup-hidup dengan khidmat mereka yang hanya mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang semata-mata.

The Venue Shah Alam boleh dipercayai kerana ramai telah menggunakan khidmat mereka termasuklah beberapa orang artis Malaysia dan kesemuanya berpuas hati dengan servis yang ditawarkan dari awal hinggalah yang akhir. InshaAllah setakat ini tidak pernah ada yang complain malah berpuas hati kerana team mereka adalah yang terbaik dan profesional.


Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut dengan pakej yang disediakan, disarankan berjumpa sendiri dengan pihak mereka untuk berbincang.

Untuk keterangan lanjut mengenai The Venue bolehlah layari laman sesawang dibawah :


Facebook Page :

Instagram :

Email :
thevenueshahalam@gmail.com

Waze :
The Venue Shah Alam

Alamat Tempat :
No.15, Jalan 15/22, Tiong Nam Park, 
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, 
Selangor



0 KOmen:

Cara/Tip Mencegah Kerosakan Gigi Daripada Berlaku

9/22/2017 09:17:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Kepentingan Gigi

Ramai yang masih memandang remeh tentang penjagaan gigi walaupun sedia umum mengetahui kekurangan amalan penjagaan mulut mampu memberi kesan kepada emosi. Namun begitu, penjagaan gigi yang betul termasuk membersihkan gigi dengan kerap mampu mencegah masalah tersebut. Malahan gigi yang bersih dan cantik sebenarnya memberi keyakinan kepada orang yang menjaganya dengan cara yang betul. Kesihatan gigi atau mulut sangat berkait rapat dengan kesihatan keseluruhan tubuh seseorang, malah doktor dan saintis terus mencari hubung kait antara penyakit mulut dengan penyakit lain.

Image result for teeth

Cara/Tip Penjagaan Gigi yang Betul

Sekiranya anda tidak membersihkan gigi dengan baik setiap hari, risiko mendapat pereputan gigi akan meningkat. Tanda-tanda awal pereputan gigi termasuk lubang pada gigi, kesakitan ketika menggigit atau rasa sensitif dan sakit gigi. Oleh itu, beberapa tip mencegah gigi daripada rosak disebabkan bakteria ini mungkin berguna kepada anda. Jika kita memiliki gigi dan gusi yang sihat, maka kuranglah bakteria yang akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke bahagian tubuh lain, malah kualiti hidup akan menjadi lebih baik.

     1. Lakukan Pemeriksaan Ke Klinik Pergigian


Related image
  • Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. Cari doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan anda perlu tunjuk minat tentang kesihatan mulut dan gigi. Jika anda telah melakukan disiplin penjagaan gigi dengan betul, rutin berjumpa doktor gigi dua kali setahun boleh bertukar kepada sekali setahun sahaja.
  • Mengehadkan pengambilan makanan dan kurangkan memakan makanan ringan terutamanya yang mengandungi gula.

       2. Teknik Memberus Gigi 


Related image
  • Menerapkan tiga elemen sewaktu mencuci gigi iaitu berus, flos, dan kumur. Bukan hanya memberus. Sangat penting mulut dijaga bersih dengan tiga elemen ini kerana plak adalah punca masalah utama mulut seperti bau busuk, pereputan gigi dan penyakit gusi.
  • Berus gigi dua kali sehari dan menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari. Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya berus gigi di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal.
       3. Guna Berus Gigi yang sesuai

Image result for brush teeth
  • Gunakan berus gigi yang sesuai dan tukar setiap tiga bulan. 
  • Memilih berus gigi yang betul serta mempunyai kebolehan menyingkir plak adalah penting bagi mengekalkan kesihatan gigi yang baik
  • Dalam usaha membantu meningkatkan tahap kesihatan gigi dan gusi rakyat Malaysia, Oral-B telah memperkenalkan berus gigi yang direka khas untuk penyingkiran plak secara efektif seperti berus gigi Oral-B CrossAction Massage.
  • Antara ciri unik berus gigi tersebut adalah CrisCross bristles (berus silang pangkah) dan gum stimulators (stimulator gusi) yang dapat membantu menyingkirkan plak dengan lebih efektif
       4. Guna pencuci mulut berflorida


  • Sebaiknya, kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi.
  • Dinasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan ‘mouthwash’ ini jangan ambil sebarang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabkan ‘ulcer’ bagi yang mempunyai gusi sensitif.

Kesihatan Diri Bermula dari mulut

Kesihatan yang baik bermula di mulut. Ini kerana permulaan proses pencernaan makanan ataupun permulaan sistem penghadaman berlaku di dalam mulut kita. Kebolehan untuk mengunyah dan menghadam makanan juga merupakan satu faktor penting dalam menjaga kesihatan diri.

Mulut yang bersih dapat mengurangkan risiko mendapati penyakit gigi seperti periodontitis yang boleh menyumbang kepada permulaan penyakit serius seperti penyakit jantung dan kencing manis.

IBKEEO Mencuci Mulut Dengan Bersih, Mencegah Gigi daripada Rosak dan Memutihkan Gigi Anda

Rakyat Malaysia perlu memberi keutamaan kepada kesihatan gigi bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat dan perlu berhati-hati dalam pemilihan pemakanan. Pencegahan plak harus di mulakan di rumah dengan amalan dan penggunaan alatan pembersihan gigi, seperti berus gigi, yang betul dan mencuci mulut menggunakan Premium Mouthwash dari IBKEEO.


Dengan menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash ini gigi anda dapat dilindungi dari kerosakan. Malah, ianya juga boleh mengurangkan masalah nafas berbau. Sememangnya produk yang menjaga kebersihan mulut dengan begitu hebat sekali!

Lihat Bagaimana Ianya berfungsi membersihkan mulut



Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. lihat sendiri gambar diatas bagaimana Plak dapat di singkirkan secara efektif dengan IBKEEO Premium Mouthwash. Di sarankan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali setiap hari, selepas makan, dengan menggunakan berus gigi yang betul kemudian baru menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash untuk kesan yang menakjubkan.

Selamat Tinggal Bakteria Jahat!!


Usah risau lagi jika selepas makan ada makanan yang terselit di celah gigi. Hanya kumur-kumur dengan Premium Mouthwash gigi anda bebas dari bakteria.

Perokok juga boleh menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash


Perokok adalah dua kali lebih terdedah kepada masalah pergigian daripada bukan perokok. Kebersihan mulut yang baik akan mengurangkan kesan nikotin dan mengurangkan jangkitan Leukoplakia. Walaupun anda masih merokok, tidak salah untuk mencuci mulut menggunakan Premium Mouthwash ini. Sekurangnya gigi anda masih dalam keadaan baik dan terjaga.

Cara Menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash

Dengan hanya 4 langkah mudah penggunaan Premium Mouthwash gigi anda dilindungi setiap masa!


Ikut Step pada gambar diatas bagaimana cara pemnggunaan Premium Mouthwash :

Langkah pertama : Letakkan 10-15ml IBKEEO ke dalam cawan kosong
Langkah Kedua : kumur-kumur dalam 20 ke 30 saat
Langkah Ketiga : Meludah keluar ke dalam cawan kosong tadi dan anda akan melihat sisa protein yang kelihatan!
Langkah Keempat : Nikmati gigi segar dan kebersihan mulut yang sihat


Senyuman menjadi indah dengan adanya IBKEEO Premium Mouthwash 

Senyuman itu mampu membuat hati yang resah berasa tenang. Dengan tersenyum anda lebih berasa yakin dan ceria selalu. Percaya tak, dengan disebalik sebuah senyuman itu juga memiliki makna dan manfaat yang mendalam. Meskipun hanya sekejap, senyuman dapat menjadi sebuah kenangan yang terpahat selamanya. Senyum dapat membuatkan orang disekeliling kita turut berasa gembira dan selesa. Kegelisahan dapat ditenangkan dengan senyuman yang juga mendatangkan keceriaan bagi yang berkecil hati serta suasana kegembiraan bagi yang sedih.



Jika anda seorang yang.......

inginkan gigi yang putih
suka tersenyum
perokok
memakai pendakap gigi
penjaga keberishan

cubalah Premium Mouthwash dari IBKEEO ini. Selain mencegah bakteria ianya juga boleh memutihkan gigi yang kuning, menyegarkan mulut, melindungi gigi dari cavity dan sekaligus menguatkan gigi. 4 Bahan asasnya iaitu Ginseng, Tea Tree, White Peony, Allantoin, dan Licorice masing-masing mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kesihatan gigi dan mulut.


0 KOmen:

4 idea Kreatif Simpan kenangan dengan cara yang mudah

9/19/2017 04:29:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum... Hi!


Sejak kehadiran Aimi  dalam hidup, adalah satu pengalaman dan juga satu nikmat yang tidak terhingga yang Allah SWT berikan. Benar kata orang, anak adalah harta yang tidak ternilai dalam sesebuah perhubungan. Tanpa anak, rumah jadi sunyi sepi dan tidak ceria. Walaubagaimanapun, rezeki setiap orang berbeza begitu juga dengan rezeki anak. Ada yang menunggu rezeki anak bertahun tapi tidak diizinkan lagi oleh Allah SWT. Tapi, percayalah pasti ada hikmah yang tersirat dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. 


Bila berbicara mengenai kenangan, pasti ramai yang suka meyimpan kenangan tidak kira kenangan melancong, hari perkahwinan, keluarga dan sebagainya dalam bentuk yang pelbagai. Menyimpan foto-foto kenangan di album foto itu memang manis. Dalam era serba modern sekarang, selain menyimpan kenangan didalam foto album, tahukah anda banyak lagi cara lain untuk mengabadikan kenangan?

4 idea kreatif yang boleh anda lakukan untuk mengingat segala kenangan yang berharga adalah :

1) Membuat T-Shirt Family

Image result for t shirt family

Telah menjadi trending untuk membuat baju family dan salah satu keistimewaanya anda boleh pakai pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, dengan memakai baju yang sama dengan ahli keluarga lain dapat mengeratkan lagi  hubungan silaturahim. Bayangkan apabila anda dan kesemua ahli keluarga yang lain memakai baju yang sama ketika membuat aktiviti diluar, sudah pasti orang akan kagum dengan keeratan hubungan anda dan keluarga. Kelebihan lain pula, senang untuk anda pantau anak-anak semasa aktiviti dijalankan dengan melihat baju sahaja.



2) Membuat Mug


Apa kata sesekali tukar citarasa dengan menyimpan kenangan dengan membuat mug pula? Selain boleh dibuat minum, mug juga boleh disimpan didalam almari untuk tatapan sendiri. Yang bestnya, ada mug yang boleh anda reka dan letak sendiri gmbar yang diinginkan. Jadi, bolehlah anda reka megikut citara anda sendiri.


3) Cushion Set / Bantal

Image result for cushion printcious

Menariknya cushion atau apabila dibuat kenangan boleh diletakkan di tempat tidur, dalam kereta, dan sebagainya. Selain boleh dipeluk, ia juga bileh dijadikan perhiasan.


4) Membuat Magnet


Terbaru, anda juga boleh mengabadikan kenangan anda dalam bentuk magnet. bagi peminat atau pengumpul magnet, apa kata sesekali tu anda tukar kepada magnet yang boleh diletakkan sekali gambar anda bersama yang tersayang? Kebiasaanya pengumpul magnet hanya membeli magnet mengikut kawsan tempat yang mereka melancong sahaja. Agak membosankan kerana magnet sedemikian boleh didapati di tempat lain juga. Jadi, apabila anda pergi melancong dan ada gambar yang ingin disimpan, cubalah pula kaedah ini. Contoh pada gambar diatas, fara pergi ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi guna gambar yang diambil dari telefon dan kemudian pergi ke website yang menyediakan khidmat printing dan fara pilih sendiri bentuk dan gambar yang ingin diletakkan di peti ais. Fara akan kongsikan sebentar lagi perkhimatan yang fara sering gunakan untuk menyimpan kenangan sebergini. 


Dimana untuk membuat servis printing termurah untuk simpan kenangan?

Image result for printcious



Printicious merupakan website yang menyediakan khidmat printing, percetakan dimana anda boleh mengabadikan segala kenangan anda dalam apa bentuk sekalipun seperti mug, t-shirt, magnet, topi, canvas, keychains, dan banyak lagi! Selain menawarkan harga yang murah, printcious juga sentiasa memastikan kualiti barangan mereka terjamin dan berkualiti.

Gambar dibawah merupakan magnet yang sebelum ini fara pernah beli dari printcious agak cepat berkarat selepas beberapa bulan dilekatkan dipeti ais, mungkin disebabkan terkena air. Kebetulan, ada gambar yang fara nak letakkan lagi di peti ais, fara lihat magnet dari printicous telah ditukarkan kepada jenis yang lebih elok. Sangat cepat printcious menaik taraf kualiti barangannya. Dari apa yang fara lihat, magnet terbaru printicious lebih bagus dan tahan berbanding yang lama ditambah pula dengan bentuk yang pelbagai seperti bentuk hati, bulat, petak dan bujur. 


Testimoni dari Fara sendiri :

Perbezaan Magnet lama (kiri) dan baru (kanan)
Sangat ketara bukan perbezaan magnet lama dan baru dari printcious? Fara sangat berpuas hati dengan kualiti magnet terbaru dari printicous sekarang. Berbaloi beli dengan harga yang murah dari pasaran. Kenangan bercuti Fara telah diletakkan di magnet sebagai tatapan harian. 

Oh ye, selain membuat magnet, di printcious juga anda boleh pilih dan reka sendiri hadiah yang diinginkan seperti contoh dibawah :





Beginilah cara Fara mengabadikan kenangan dengan membuat magnet, photo album, dan mug. Setiap orang ada citarasa masing-masing jadi, ini hanyalah pendapat peribadi sahaja. Fara percaya anda ada pelbagai cara lain yng digunakan untuk menyimpan kenangan. Silalah kongsikan cara anda pula, mana tahu lepas ni fara boleh gunakan idea hebat anda itu? 


Lihat servis lain Printcious :

Website Printcious :

0 KOmen: