Ubat mujarab eczema berkesan
Assalamualaikum... Hai!
Sejak akhir ni Aimi kene eczema pada bahagian kaki. Sebelum ni fara perasaan di kaki aimi memang ade mengelupas tapi fara ingat ianya perkara biasa. Lama kelamaan, mengelupas di kaki aimi semakin teruk hingga merah-merah. Ada sekali tu sehingga berdarah sebab aimi lasak berlari.
Bermacam produk fara letak di kaki aimi tapi semuanya membuatkan bahagian kaki aimi semakin teruk atau tiada perubahan.
Kesian sangat bila bahagian tapak kaki aimi jadi macam ni. Mengelupas yang sangat teruk!
Ada yang mengatakan kaki aimi mungkin alergik dengan simen yang kotor, atau terkena ulat air. Fara terus rujuk pada doktor untuk dapatkan pengesahan masalah yang tejadi. Doktor mengesahkan ianya adalah eczema kerana mengelupas dan merah-merah di kaki kadang kala ada dan jika baik hanya sekejap sahaja.
Memang itu yang berlaku pada kaki aimi. Baik hanya sekejap kemudian akan mengelupas kembali seperti dalam gambar. Ubat yang disapu hanya akan mengurangkan masalah eczema sahaja. Untuk baik sepenuhnya akan makan masa yang lama. Yang penting, kene jaga kebersihan dan sentiasa pakaikan stokin.
Gambar Semasa letak minyak kelapa dara |
Akhirnya, fara tawakal cuba produk minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara ni buat kulit kaki aimi rasa lembab. Mengelupas juga hilang sikit-sikit. Setiap kali sapu minyak kelapa dara, fara akan pakaikan aimi stokin supaya kakinya tidak terdedah dengan kotoran di lantai.
0 KOmen: