Pakej Perkahwinan Murah Dan Jimat Di Selangor | MEFA Pengantin

11/22/2018 09:08:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum... Hai!

Nak cari pakej kahwin termurah di Selangor? Atau adakah anda merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan masih lagi belum buat persiapan majlis atau pun masih lagi tercari-cari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis anda nanti?


Jika ini masalah yang sedang hadapi oleh anda, maka anda perlu hadir ke Pameran Pengantin MEFA yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada bulan 7  hingga 9 Disember 2018 ini dimana disini anda boleh cari semua pakej perkahwinan lengkap untuk majlis anda.

Pameran Pengantin MEFA 2018

Pameran Pengantin yang dinanti-nantikan serta paling BEST di Malaysia akan menemui anda semua terutama bakal-bakal pengantin dari seluruh Selangor. Kali ini, Pameran oleh Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC)


MEFA Menawarkan Pelbagai Promosi Lengkap Dan Murah Untuk  Majlis Perkahwinan Anda

MEFA kali ini menawarkan pelbagai promosi, pelbagai pakej perkahwinan lengkap, pelbagai jenis vendor perkahwinan khas untuk bakal pengantin.

Jika anda bakal-bakal pengantin yang mencari produk seperti, Katering, Pelamin, Busana Pengantin, Pakej Lengkap Pekahwinan, Dewan Perkahwinan, Kad Kahwin, Fotografi, Videografi, Door gift, Hantaran dan macam-macam lagi, Pameran Pengantin MEFA adalah pilihan paling tepat.


Jangan lepaskan peluang tau! Pameran Pengantin MEFA akan berlangsung pada bermula pada 7 Disember 2018 (Jumaat) sehingga 9 Disember 2018 (Ahad) di SACC, Shah Alam.

Apa Yang Menarik Di Pameran Pengantin MEFA?

Apa yang Menarik jika anda membuat tempahan di pameran? Dengan promosi selama 3 hari sahaja daripada vendor perkahwinan yang berpengalaman dan berkualiti.


Vendor-vendor perkahwinan ini menawarkan pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50%, percuma kambing golek, percuma penghantaran dan paling BEST! Percuma pakej bulan madu.


WOW! Memang rugi kalau tak cuba rebut peluang ini. Tapi… Antara promosi di pameran paling disukai oleh semua bakal-bakal pengantin adalah cabutan bertuah sebab penganjur akan memberikan cabutan bertuah seperti baucer, barangan gajet, pakej bulan madu, wang tunai, Tshirt limited edition dan banyak lagi.

Jika anda adalah orang yang 1,000 terawal datang, penganjur akan menyediakan hadiah istimewa nanti. Rugi kalau tak datang awal dan buat tempahan awal, silap-silap nanti, habis semua orang rebut.


Yang paling best pada abad ini, jika anda sukakan pertunjukan fesyen dan makeup, anda boleh saksikan semuanya secara LIVE di pentas MEFA selama 3 hari. LIVE Makeup daripada MUA ternama di Malaysia akan dilakukan di pentas MEFA pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala pertunjuk fesyen pada hari terakhir iaitu Ahad.


Jangan ketinggalan tau! Ini tawaran yang bukan main-main untuk bakal-bakal pengantin. Bagi  memudahkan semua yang datang, boleh layari laman social penganjur yang sentiasa up to date perkembangan pameran.




P/S: Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi: Encik Azahari (0123871775). Jangan lupa share hal ini dengan keluarga atau rakan-rakan you all yer.


0 KOmen:

Destinasi POPULAR Dan MENARIK Di Port Dickson

11/21/2018 09:51:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Sebut je Port Dickson mesti ramai dah terbayang dengan pantai bewarna biru disini. Tempat yang paling menarik untuk santai bersama tersayang sambil melupakan urusan kerja dibandar. Permandangan laut yang cukup tenang disini pasti meninggalkan memori indah buat anda yang telah kemari.


Senarai Destinasi Popular dan Menarik di Port Dickson

Kalau singgah ke Port Dickson, inilah tempat yang perlu korang lawati. Jom lihat senarai di bawah :

l. Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Takkan lepak pantai je kan? Kami sempat singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Dapatlah tengok kereta tentera yang ada kat situ. Nak masuk dalam muzium tengok pameran anak-anak takut tengok patung-patung besar. Fara pun seram nak masuk! Haha.


 2. Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Dulu masa datang time bergelar student, tempat ni biasa sahaja. Sekarang luar biasa! Banyak perubahan dilakukan pada tempat ini. Port terbaik ambil gambar nampak macam kat overseas.



3. Pantai Purnama, Port Dickson

Haa, yang ni tempat lepak yang sesuai untuk orang yang tak suka bersesak sangat macam kat Teluk Kemang. Pantai Purnama lebih tenang dan tersorok sedikit tempat dia.



4. Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Siapa tak kenal Teluk Kemang ni kan? Tempat paling popular kat Port Dickson! Kemudahan yang ada di Teluk Kemang sentiasa menjadi pilihan tak kira pelancong dalam mahupun luar negara. Ada tempat persalinan mandi/toilet, kedai makan, menunggang kuda dan banyak aktiviti pantai boleh buat macam naik bot, banana, dan sebagainya.


Ok, itu sahajalah perkongsian Fara bercuti ke Port Dickson. Dapat penginapan yang terbaik dari Eagle Ranch Resort, dan dapat berjalan-jalan di pantai Port Dickson. Cuti sekolah kalau tiada aktiviti bolehlah ke pantai Port Dickson!



0 KOmen:

Percutian 2Hari 1Malam Ke Eagle Ranch Resort Port Dickson

11/20/2018 02:13:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum.. hai korang!

Percutian 2Hari 1Malam Ke Eagle Ranch Resort Port Dickson | Sesekali tu mesti terasa nak lari sedikit dari bandar dan menikmati keindahan alam semulajadi kan? Port Dickson menjadi pilihan Fara kali ini. Kenapa Port Dickson? Sebab, disinilah tempat pertama Fara merantau menjadi seorang student "Politeknik Port Dickson". First time jauh dengan family sebab dapat sambung belajar..hehe.. Itu cerita 7 tahun yang lepas...

Sebenarnya, rasa nak lepak Eagle Ranch Resort PD sejak ianya viral di Facebook. Bila tengok gambar yang viral di sekitar kawasan ini, Fara dah tertarik. Fara suka dengan konsep yang dibawa oleh resort ini. 

Pintu masuk Eagle Ranch Resort

Dengan menggunakan aplikasi waze, Eagle Ranch Resort sangat mudah dicari. Gambar diatas merupakan pintu masuk resort. Masa Fara nampak Pintu gerbang ni pun dah excited. Sangat tak sabar nak lihat bahagian dalam resort.

Bahagian receptionist

Dah sampai mestilah kena "check in" dulu. Waktu check in pukul 3 tapi Fara tersampai awal dalam pukul 2 macamtu. Alhamdulillah, nasib baik ada bilik yang dah ready untuk kami. Staff Eagle Ranch Resort memang pantas buat kerja. Dapatlah kami sekeluarga berehat sekejap setelah jauh perjalanan. 

Pintu depan bilik kami

Firstly, Fara minta maaf sebab gambar dalam bilik tiada. Ada 2 orang anak ni tak tarkawal bila masing-masing moody. Nak amik gambar dalam bilik pun boleh terlupa. Ok, Fara stay satu malam di bilik "Kampung House".  Keadaan bilik kemas, susunan perabut yang teratur dan cukup luas sekali! Anak-anak siap boleh berlari.

View dari bilik bahagian belakang

Fara pilih bilik kat "Kampung House" sebab suka menghadap pool dan nak tengok Tepee dari jauh. Hehe. By the way, korang boleh tengok gambar bilik kampung house kat website dorg ok! Nak tengok senarai bilik yang ada pun boleh ke website resort.

Parkir kereta 

Tempat parkir kereta? Itu yang paling penting bila bercuti kan? Kalau boleh nak yang paling dekat dengan kawasan bilik. Kat sinilah tempat kami letakkan kenderaan. 2 minit berjalan dah sampai ke bilik kami. Parkir kereta sini pun luas tak perlu berebut.

Sekitar Gambar Di Eagle Ranch Resort : 






Jauh tak dengan Teluk Kemang, Port Dickson? 

Dari Eagle Ranch Resort ke Teluk Kemang hanya mengambil masa dalam 15 hingga 20 minit. Ambil angin laut memang terbaiklah. Hilang rasa stress! Di Teluk Kemang banyak kemudahan macam bilik mandi/toilet, kedai makan, khemah dan byk lagi sesuai untuk korang yang nak lebih selesa.


Tapi, Fara lepak di Pantai Purnama, Port Dickson sebab lebih tenang, redup dan tak ramai orang. Nak rehat pun tiada gangguan. Cuma kekurangan disini tiada tempat persalinan kalau nak tukar baju. Kedai makan ada. Jangan risau.

Destinasi menarik di Port Dickson?

1. Muzim Tentera Darat, Port Dickson

Takkan lepak pantai je kan? Kami sempat singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Dapatlah tengok kereta tentera yang ada kat situ. Nak masuk dalam muzium tengok pameran anak-anak takut tengok patung-patung besar. Fara pun seram nak masuk! Haha.



 2. Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Dulu masa datang time bergelar student, tempat ni biasa sahaja. Sekarang luar biasa! Banyak perubahan dilakukan pada tempat ini. Port terbaik ambil gambar nampak macam kat overseas.



3. Pantai Purnama, Port Dickson

Haa, yang ni tempat lepak yang sesuai untuk orang yang tak suka bersesak sangat macam kat Teluk Kemang. Pantai Purnama lebih tenang dan tersorok sedikit tempat dia.



4. Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Siapa tak kenal Teluk Kemang ni kan? Tempat paling popular kat Port Dickson! Kemudahan yang ada di Teluk Kemang sentiasa menjadi pilihan tak kira pelancong dalam mahupun luar negara. Ada tempat persalinan mandi/toilet, kedai makan, menunggang kuda dan banyak aktiviti pantai boleh buat macam naik bot, banana, dan sebagainya.


Ok, itu sahajalah perkongsian Fara bercuti ke Port Dickson. Dapat penginapan yang terbaik dari Eagle Ranch Resort, dan dapat berjalan-jalan di pantai Port Dickson. 

Buat yang tertanya berapa harga satu malam menginap di Eagle Ranch Resort, sila lihat sini :

Nama bilik : Kampung house
Harga 1 malam : RM285
Deposit : RM100 (akan dipulangkan waktu checkout)
Waktu check in : 3.00pm
Waktu Check out : 12.00pm

Atau terus ke laman Web Eagle Ranch Resort untuk maklumat lanjut mengenai senarai harga dan bilik


Ohh ya! Sedikit tambahan.. di website mereka menggunakan akaun paypal untuk membuat Tempahan atau booking. Kalau korang tak de akaun PayPal boleh Terus hubungi pihak mereka di Talian ini : +60 6-661 0495


Pastikan korang telefon dahulu untuk sebarang tempahan atau booking okay!




0 KOmen:

CC Cushion Terbaik Menutup Parut Jerawat Dan Nampak Glowing | Jolie Shimmer Shine

11/07/2018 09:07:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Cushion adalah sejenis produk coverage dalam bentuk compact. Cushion juga sesuai dengan individu atau wanita yang suka make up tapi dengan cara terpantas. Tanpa perlukan solekan yang tebal, CC cushion hanya perlu di apply terus pada wajah. Anda tak perlu lagi menempuh ritual menggunakan foundation, alas bedak, serum, dan seterusnya.


Cushion Jolie Shimmer Shine Menutup Parut Jerawat Dan Nampak Glowing

Seperti namanya sendiri, Cushion Jolie Shimmer Shine (Berkilau Dan Bersinar) memberikan efek mencerahkan dan muka tampil glowing sejurus memakainya. Cushion ini mengandung nutrisi yang membantu kulit terlihat lebih cerah dan berkilau. Tekstur kulit lebih anjal, perlahan noda atau bintik hitam di kulit wajah pun memudar setelah beberapa kali pemakaian.

Produk ini merupakan Bedak premium berkualiti keluaran Malaysia yang telah dipasarkan semenjak bulan September 2018. Bedak Cushion Jolie adalah setanding dengan bedak wajah antarabangsa yang ada di pasaran. Jolie percaya mampu bersaing di pasaran kecantikan di Malaysia.

 

Menariknya lagi,  Cushion Jolie Shimmer Shine Melindungi muka anda dari sinar UV. Cushion Jolie Shimmer Shine Mengandungi SPF (sun protection factor) 35++  yang cukup melindungi kulit dari paparan sinar matahari, menggantikan fungsi sunblock atau sunscreen. Ianya juga mampu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan wajah lebih muda bermaya dengan glowing secara semulajadi setiap kali pengunaan bedak Jolie.

Cushion Jolie Shimmer Shine Ada 2 Pilihan Warna Untuk Anda

Cushion Jolie Shimmer Shine memiliki dua pilihan warna, iaitu Cream dan Caramel untuk anda yang berkulit cerah atau sawo matang. Yang Fara pakai adalah Cream untuk yang berwajah cerah. Kalau anda tidak pasti yang mana satu sesuai ddengan jenis kulit anda, jangan risau. Cushion ini jika tersalah pilih tona ianya tidak menjadikan muka anda nampak 'kelabu' pun. Nak lebih selamat anda boleh pilih jenis Caramel.


Coveragenya terus terlihat hanya dengan sekali dap dap, sehingga anda tidak perlu memakai makeup secara berlebihan. Boleh lihat Video penggunaan di Instagram Fara untuk lihat sendiri perbezaan sebelum dan selepas menggunakan produk ini. Cushion Jolie Shimmer Shine memberikan kesan natural pada wajah. Menariknya, dengan pemakaian yang tipis, liang pori diwajah tidak lagi kelihatan.

Ya,Cushion ini sangat baik dalam meminimaliskan penampilan pori-pori kulit wajah. Selain itu, ketika diaplikasikan secara menyeluruh, kulit wajah akan terlihat bersinar. Jolie Shimmer Shine mampu bertahan selama 8 jam, Cushion ini masih bertahan dengan baik di kulit wajah, semakin berpeluh semakin nampak glowing.

Kelebihan Jolie Shimmer Shine

  • Pemakaian yang nipis sahaja
  • Mampu menutupi kecelaan kulit wajah dan tona tidak sekata
  • Tekstur yang ringan pada kulit wajah dan tidak berminyak
  • Tidak meninggalkan kesan bedak pada tudung dan baju sekiranya berpelukkan atau bersalaman
  • Mudah dipakai, hanya 2 minit untuk bersia
  • Mudah dibersihkan dengan air dan mesra wuduk
  • Mampu mengatasi jeragat dan mengecilkan liang pori di wajah dengan pengunaan berterusan
  • Tidak membuat kulit kusam dan berkerak dengan bahan-bahan premium berkualiti tinggi dalam penghasilan Jolie
  • Kesan wajah segar dengan efek shimmer shine dari Jolie


Promosi Harga Jolie Shimmer Shiine

Harga biasa RM75
Sekarang harga promosi 2 pcs Jolie hanya RM100 sahaja

Dijamin HALAL dengan kelulusan KKM.

NOT180806339K
NOT180806340K

Dapatkan Jolie Shimmer Shine Di :

Headquaters : joliebeauty.hq@gmail.com






0 KOmen: