Stress atau Depression? Jangan Ambil Mudah!

7/06/2019 04:39:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Stress dan depression merupakan dua sifat yang berbeza. Walaupun kedengaran maksudnya hampir sama namun hakikat yang sebenarnya, TIDAK. Adalah tidak adil jika kita menyamakan antara keduanya. Cuba fahamkan betul-betul perbezaan antara stress dengan depression ni...


Apa itu stress?

Stress akan berlaku semasa individu menghadapi situasi yang tidak disukai seperti bergaduh, dimarahi, menghadapi bebanan kerja dan sebagainya. Stress seperti ini boleh diatasi dengan pelbagai cara dalam jangka masa yang singkat. Contohnya minum kopi kegemaran, pergi ke tempat-tempat yang disukai, memanjakan diri di spa atau buat aktiviti yg berfaedah

Apa itu depression?

Namun berbeza pula dengan depression. Depression merupakan penyakit kemurungan (mental illness) yang memerlukan rawatan. Pesakit depression ini akan menghadapi kesedihan dan kekosongan yang beurpanjangan. Perasaan tersebut datang dan pergi tanpa diketahui punca sebenar. Kadang-kadang pesakit sendiri keliru pada perasaan dan emosi sendiri.

Dalam situasi sebenar, individu yang menghadapi depression akan mengalami KESEDIHAN DAN KEKOSONGAN YANG MELAMPAU, ANHEDONIA (hilang minat untuk membuat semua aktiviti yang menjadi kebiasaan), INSOMNIA (gangguan tidur dan kadangkala tidak tidur sampai berhari-hari), TURUN ATAU NAIK BERAT BADAN SECARA MENDADAK, HILANG FOKUS, GANGGUAN SELERA MAKAN, SELF ESTEEM DISTURBANCE (rasa diri langsung tidak berguna), PANIC ATTACK, SUICIDAL THOUGHT (keinginan untuk membunuh diri) dan banyak lagi.

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, silalah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan. Jangan sesekali membuat andaian bahawa anda mengalami depression. Hanya doktor pakar sahaja yang boleh mengesahkan sama ada anda menghadapi depression atau tidak. Bukan diri sendiri atau masyarakat sekeliling ye. Diulangi sekali lagi, hanya DOKTOR PAKAR.

Segelintir masyarakat sering melabel pesakit depression sebagai "mengada-ngada". Individu yang normal akan mengatakan "Aku pun depression juga dengan kerja seharian tapi aku kejap je dah ok dan dah move on. Aku tak layan perasan tu. Kalau kau layan memanglah". Kata-kata sebegini tidak membantu mereka yang mengalami kemurungan untuk sembuh ye. TOLONG... TOLONG JAGA EMOSI PESAKIT.

Kadangkala ayat-ayat seperti itu akan lebih memburukkan lagi keadaan. Pesakit akan rasa down dan menganggap dirinya tidak berguna kerana sering membebankan orang-orang di sekelilingnya. Perasaan tidak mahu hidup mula hadir tanpa di pinta. Bila perkara ini terjadi, mulalah masyarakat sekeliling menyalahkan pesakit dengan mengatakan mereka tiada iman, tidak solat, tidak berzikir, tidak ingat Allah dan sebagainya.

Sebagai masyarakat yang berilmu, anda perlu peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Bantulah individu yang bergelut dengan kemurungan tanpa menyinggung perasaan mereka. Mereka tidak minta  untuk jadi seperti itu.

Kredit : Wounded Heart

You Might Also Like

0 KOmen: