Pengalaman Join Fun Run Songket 2.0 MSU
Acara larian seperti Fun Run telah menjadi satu trend yang diminati oleh orang ramai. Setiap bulan pasti ada organizer yang akan menganjurkan aktiviti ini. Ada orang join Fun Run sebab suka mengumpul baju dan medal dan ada yang menjadikan ia sebagai hobi atau aktiviti ketika hujung minggu bersama keluarga. Apa jua niat masing-masing ianya merupakan suatu hobi yang baik. Tubuh badan juga boleh sihat dengan melakukan aktiviti seperti ini.
Bagaimana Boleh Terjebak Dengan Fun Run?
Setiap kali buka Facebook atau Instagram, Fara mesti nampak beberapa orang kawan post gmbar mereka join aktiviti Fun Run ni. Lihat satu persatu gambar post mereka dapat medal, berjumpa dengan kenalan baru, rasa seronok sangat! Dari situlah Fara rasa berminat untuk mencuba.
Fun Run Songket 2.0 MSU
Kalau duduk di Selangor, aktiviti Fun Run ni banyak di adakan di Cyberjaya dan Putrajaya. Kawasan sana memang cantik dan tenang tapi malangnya jauh dari rumah Fara. Dengan ada anak yang masih kecil Fara perlu fikir juga keselesaan mereka. Jadi Fara sentiasa up to date cari Fun Run yang berhampiran Shah Alam. Kebetulan kakak ipar yang bekerja di MSU kata nanti MSU akan menganjurkan Fun Run Songket 2.0 jadi bila buka sahaja untuk pendaftaran kami terus daftarkan diri.
Cabar Diri Sendiri
Bila rasa badan dah lesu Fara suka jogging sebab nak tahu tahap kemampuan diri. Kadang-kadang baru lari 1km dah penat. Jadi, sebelum tarikh Fun Run bermula Fara dan husband ambil peluang untuk menyihatkan diri dengan melakukan aktiviti di luar seperti jogging, bersenam dan bermain badminton. Bila badan keluar peluh rasa puas sangat. Stress pun hilang.
Sesekali dapat lakukan aktiviti macam ni rasa seronok sangat. Paling kagum lihat parents yang berlari sambil pegang stroller yang ada anak kecil di dalamnya. Itulah orang kata nak seribu daya taknak seribu dalih. Next time kami nak try bawa anak-anak pula.
0 KOmen: