12 Senarai Hotel Bajet Di Tanah Rata, Cameron Highland

6/09/2020 11:05:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Bercadang untuk bercuti di Tanah Rata Cameron Highland? Cameron Highland sentiasa menjadi destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highland, dibawah saya telah himpunkan 12 Hotel Bajet yang paling menarik untuk anda semasa berada disini nanti.

rajnibalqish_AB

1. Hillside Cottage

Hillside Cottage Cameron Highland merupakan hotel di Tanah Rata milik muslim. Lokasinya sangat strategik. Nak ke mana-mana boleh hanya dengan berjalan kaki.

Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan iaitu bilik Rafflesia, bilik Tulip (bilik keluarga) dan bilik studio pada harga yang sangat berpatutan. Kemudahan wifi turut telah di naik taraf untuk kepuasan para tetamu.



Apa yang menarik tentang Hillside Cottage ni ialah reka bentuk biliknya yang berasaskan kayu seperti rumah di kampung-kampung. Memang sangat instagrammable!!


Nak nak lagi kawasan cottage di kelilingi dengan keindahan alam semulajadi yang mendamaikan. Memang sangat sesuai bagi korang yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kerja harian.

Hillside Cottage Resort,
Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Harga : RM110 - RM200 semalam

2. Hotel Wan Alyasa

Wah cantiknya bangunan hotel Wan Alyasa ni kan? Ala ala English sangat reka bentuk dan warna bangunan tu. Kalau bergambar depan tu sure orang ingat kita dekat oversea.


Kalau luar dah cantik, apa lagi rekaan dalaman hotel ni. Siap ada motor berkuasa besar dan basikal lama sebagai hiasan lagi.

Walau bilik hotel menarik di Cameron Highland ni nampak mewah dan eksklusif, harga bilik yang ditawarkan sangat murah. Sesuai untuk korang yang mempunyai bajet rendah dan tercari-cari penginapan mesra Muslim yang lengkap dengan kemudahan asas.

Lokasi hotel Wan Alyasa ni juga sangat dekat dengan tempat-tempat menarik di Cameron Highlands seperti Big red Strawberry Farm, Lembah Kaktus, Muzium Time Tunnel, Ladang Strawberi Kok Lim dan banyak lagi. Kedai-kedai makan juga terletak berdekatan bangunan hotel.

No. 8 & 9 Brinchangs Square,
Brinchangs,
39100 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM80 - RM170 semalam

3. Hotel Copthorne

Nak merasa menginap di hotel yang tinggi di Cameron Highlands, korang boleh cuba stay di hotel terbaik di Cameron Highlands ni. Ianya terletak tinggi di aras paras laut dan dikelilingi gunung-ganang yang kehijauan. Oh ya hotel ni dahulunya di kenali dengan nama Hotel Equatorial tau.


Setiap bilik di sini termasuk jenis apartment direka dengan resort gaya Tudor yang mewah dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Bagi yang datang dengan anak-anak kecil, kemudahan kolam renang dalaman dan taman permainan kanak-kanak ada disediakan.



Pusat kecergasan untuk orang dewasa pun ada. Cuti-cuti pun rutin kecergasan kena jaga juga.

Bagi yang malas keluar untuk cari makan, di sini terdapat pelbagai restoran yang menghidangkan masakan Malaysia, Cina, Antarabangsa dan juga Asia untuk di cuba.

Brinchang,
39100 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : Bermula pada RM148

4. Hotel Heritage

Satu lagi hotel dengan gaya hotel butik ala Tudor yang terletak di puncak bukit yang menawarkan pemandangan Tanah Rata. Bila berkabus, tak nampak macam dalam Malaysia pun kan.


Setiap bilik hotel bertaraf 4 bintang ni menawarkan balkoni peribadi untuk para tetamu menikmati pemandangan hutan tropika 1,500 meter dari aras laut.

Nak cari makan di pusat bandar Tanah Rata korang boleh berjalan kaki saja. Kalau nak makan di hotel pun boleh. Ada pelbagai menu menarik tempatan dan antarabangsa disajikan.


Antara kemudahan yang ditawarkan lawatan pelancongan dan perniagaan, perpustakaan, pusat kecergasan dan taman permainan kanak-kanak.

Nak lagi menarik, terdapat taman berlandskap di hotel ini yang direka ala kawasan kampung Inggeris. Sesuai bagi korang yang ingin hirup udara segar dan dikelilingi dengan taman yang indah.

Jalan Gereja, Tanah Rata,
39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM210 - RM650

5. Hotel Avillion

Tercari-cari hotel di Tanah Rata? Korang patut cuba stay di hotel Avillion Cameron Highlands ni.




Menawarkan 100 buah bilik yang direka dengan kemewahan kontemporari dari jenis studio hingga suite 2 bilik tidur.


Yang bercuti dengan anak kecik, terdapat taman permainan kanak-kanak yang luas disediakan. Sementara tu mak ayah boleh lah ke pusat kecergasan.

Mesti baca: 22 Hotel di bandaraya anggerik Shah Alam, ibu negeri Selangor.

C-3-1 Jalan Camelia,
Tanah Rata
39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM198 - RM480

6. Hotel Madani 

Nak bercuti tak semesti perlu stay di hotel-hotel mewah. Kadang hotel bajet pun dah lebih dari selesa. Tercari hotel murah mesra Muslim di Cameron Highlands? Hotel Madani jawapannya.



Walaupun harga di sini murah, tapi bilik yang disediakan selesa dan lengkap dengan kemudahan asas termasuk wifi percuma.


Lokasi hotel juga terletak berdekatan dengan pelbagai pilihan restoran. Jalan kaki je dah sampai!!

No 16, Ground Floor,
Jalan Besar,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM84 - RM200++

7. Nova Highlands Hotel

Merupakan hotel yang tertinggi di Cameron Highlands kerana ianya berada di puncak tertinggi di Malaysia.


Menawarkan suite-suite moden dengan balkoni peribadi dan dapur kecil serta wifi percuma. Bilik jenis penthouse turut ditawarkan. Rata-rata tetamu berpuas hati dengan kemudahan bilik yang disediakan.


Nak shopping? Korang boleh akses terus ke arked beli-belah Square Cameron di bahagian bawah hotel. Terdapat juga mini arked untuk hiburan seisi keluarga dan restoran-restoran makanan tempatan.

Tempat-tempat menarik seperti Cameron Highlands Butterfly Farm dan Raju's Hills Strawberry Park pula hanya terletak kurang 500 meter dari hotel.

Jalan Aranda Nova, Greencow,
39100 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM134 - RM995

8. The Lakehouse Cameron Highlands

Seperti di Eropah. Dengan reka bentuk bangunan dan hiasan dalam yang mewah, layanan kelas A, kemudahan yang hebat!! Itu komen dari tetamu yang pernah menginap di sini.


Dengan pemandangan seperti berada di sebuah desa warisan Inggeris yang indah dan menenangkan, staycation di The Lakehouse pasti mengagumkan korang yang inginkan sebuah percutian mewah.


Setiap bilik di The Lakehouse Cameron Highlands dihias dengan perabot antik yang klasik dan mewah untuk beri keselesaan bertaraf 5 bintang kepada para tetamu.

The Lakehouse juga menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk para tetamu seperti jungle trekking, kelas membuat jem, kelas membuat mojito dan berpiknik di dalam taman.

30th Mile Ringlet,
39200 Cameron Highlands,
Pahang.

Harga : Bermula dari RM690++

9. Hotel Kea Garden

Wah, cantiknya hotel ni. Penuh dengan bunga di sana sini. Pelbagai warna dan jenis pulak tu. Reka bentuk bangunan pun cantik. Macam dalam filem pulak rasanya.


Siap ada air terjun warna warni lagi!! Confirm lawa time malam kan.

Bangku-bangku untuk berehat pun disediakan. Ngam untuk lepak sambil perhatikan anak-anak bermain dalam taman.


Ada 2 jenis penginapan ditawarkan ialah bilik jenis deluxe twin, deluxe king, deluxe queen, family room, suite junior dan suite deluxe.

Dengar kata lokasi hotel ni pun sangat best. Terletak di hujung pasar Kea Farm yang popular tu. So tak perlu nak pening kepala pikir tentang parking. Keluar dari kawasan hotel dah boleh shopping sayur, buah, sourvenir semua tu. Ladang strawberry pula hanya bersebelahan hotel. Syok tu.


Kea Farm,
39100 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM140- RM197

10. Century Pines Resort 

Tenang dan mendamaikan!! Itu yang bakal dialami setiap tetamu yang menginap di sini.


Tengok lah hiasan dalaman resort ni. Nampak mewah sangat terutama chandelier tu. Macam dalam istana je rasanya.


Century Pines Resort menawarkan 5 jenis bilik di mana setiap bilik di reka dengan penuh elegan dan moden untuk memberi kepuasan tertinggi kepada para tetamu yang menginap.

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah Pavilion Lounge, Grand Ballroom, Spa dan Sauna, Jakuzi, Bilik Mesyuarat VIP, pusat kecergasan dan Restoran Patio.



Lokasi resort pula hanya beberapa minit berjalan kaki ke Stesen Bas Tanah Rata, Ladang Cameron Bharat dan Ladang Teh Cameron Highlands.

Lot 42, Jalan Masjid,
Tanah Rata,
39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM218 - RM480

11. Hotel Jasmine

Hotel Jasmine merupakan sebuah hotel bajet di pusat bandar Brinchang yang di namakan bersempena dengan nama bunga eksotik Malaysia.


Nama je hotel bajet tapi hotel 4 tingkat ini mempunyai 72 buah bilik yang lengkap dengan kemudahan asas seperti wifi, TV satelit, pemanas air dan cerek elektrik. Murah dan selesa.

Rata-rata para tetamu yang menginap berpuas hati dengan keadaan bilik, kemudahan yang disediakan serta layanan staff yang baik.

Lokasi hotel pula hanya terletak berdekatan dengan Pasar Malam Brinchang (5 minit pemanduan), Strawberry Park, Taman Rama-rama, Lembah Cactus dan Ladang Teh Boh.

No 29 - 32 Brinchang,
39100 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM89 - RM153.

12. The Smokehouse Hotel & Restaurant

Kalau tadi tentang The Lakehouse, ni pula tentang The Smokehouse Hotel & Restaurant. Jangan sampai terkeliru pulak ye.


The Smokehouse Hotel & Restaurant yang terletak di Tanah Rata ini menawarkan penginapan rumah kotej dengan gaya Inggeris dengan pemandangan padang golf yang menghijau.

Sesuai untuk sesiapa yang ingin berehat dan bercuti dalam suasana yang tenang dan damai. Sedap mata memandang. Penuh dengan kehijauan alam semulajadi.



Setiap suite di sini dihias dengan menggabungkan perabot kontemporari dan tradisional serta dilengkapi dengan ruang tempat duduk yang luas. Tengok lah hiasan katil tu. Cantik sangat kan. Nak berbulan madu atau sambut anniversary memang sangat sesuai.


Selain dari bilik-bilik penginapan yang terbaik, The Smokehouse Hotel & Restaurant ini juga terkenal dengan menu hidangannya yang hebat terutama menu Beef Wellington. Para tetamu juga boleh menikmati minum petang di dalam Garden Terrace dengan sajian menu-menu Inggeris yang pasti memuaskan nafsu makan mereka.

P. O. Box 77,
39007 Tanah Rata,
Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM400 - RM680


Apa-apa pun yang jadi pilihan anda saya harap anda selamat bercuti dan pulang membawa memori manis bersama orang yang tersayang




You Might Also Like

0 KOmen: